Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan untuk mereka yang mahu kembali bekerja

    Panduan untuk mereka yang mahu kembali bekerja

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 30, 2024Updated:July 30, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CLAIRE (kiri) kembali bekerja selepas 20 tahun di syarikat ayahnya, Jay. - GAMBAR HIASAN

    SELEPAS 20 tahun, Claire Dunphy cuba kembali masuk ke dunia kerjaya. Percubaan pertamanya gagal beberapa bulan sebelum sebab majikannya, Gil Thorpe terlalu menjengkelkan.

    Kali ini, Claire masuk ke tempat yang sepatutnya lebih selesa dan menyenangkan, iaitu syarikat Pritchett’s Closets and Blinds. Itu syarikat ayahnya sendiri, Jay Pritchett. Dia terus memegang jawatan pengurus untuk dilatih sebagai pemilik syarikat selepas ayahnya bersara. 

    Claire masuk ke pejabat dengan dua matlamat utama: satu, mahu jadi mesra dengan semua orang di pejabat walaupun dia berperanan sebagai pengurus. Dua, dia tak mahu pekerja lain fikir dia dapat kerja itu sebab dia anak bos.

    Babak pertama dalam pejabat: Claire masuk ke bilik ayahnya dengan sedikit menggelabah. Dia bawa sepinggan biskut untuk mereka yang ada di pejabat. “Silap besar,” kata Jay. 

    Nasihat Jay, memandangkan Claire menyandang jawatan pengurus, dia perlu dihormati, bukan disukai. Claire menolak. Dia mahu jadi pengurus yang berbeza daripada ayahnya.

    Dia meneruskan misi. Masuk ke bilik makan, tegur semua orang tapi sambutannya tak mesra. Semua orang pandang dia sebagai “anak bos yang dapat jawatan tinggi”. 

    Pendek cerita, Claire buat silap demi silap sepanjang hari pertamanya. Pesan ayahnya, dalam kebanyakan keadaan, betul.

    Babak akhir dalam pejabat: Claire mengaku dia sepatutnya ikut cakap Jay.

    Jurang kerjaya

    Itu sedutan episod kedua musim kelima sitkom Modern Family. Dalam episod itu, hampir semua watak menjalani hari pertama: Claire di pejabat, Cam sebagai guru di sekolah, Luke dan Manny di sekolah menengah dan Lily di sekolah rendah.

    Dalam kesemua watak itu, hari pertama Claire paling menarik perhatian. Sebab apa yang dilaluinya unik, tidak begitu ramai yang pernah merasa hal sama.

    Claire mewakili golongan ibu yang meninggalkan dunia pekerjaan untuk memberi fokus kepada keluarga. Namun, selepas anak-anak membesar, keinginan untuk bekerjaya kembali menerpa.

    Ini, secara lebih umum, dinamakan sebagai jurang kerjaya (career gap) –  tempoh seseorang tidak mempunyai pekerjaan formal. Orang yang bekerja semula selepas jurang kerjaya yang lama dikenali sebagai pekerja kembali (career returner).

    Dalam kes Claire, jurangnya sangat besar. 20 tahun. Ada juga yang pendek seperti beberapa bulan. 

    Ada banyak sebab seseorang mempunyai jurang kerjaya tetapi cabaran sebenarnya adalah untuk kembali ke dunia kerjaya. Untuk menyesuaikan diri dengan rutin kerja, malah berhadapan politik dan drama pejabat. Semakin besar jurang kerjaya, semakin susah nak sesuaikan diri semula.

    Tapi jangan risau, cabarannya hanya sementara. Apabila anda sudah berjaya menyesuaikan diri, semuanya akan jadi seperti biasa. 

    Berikut Relevan kongsikan lima tip menyesuaikan diri di tempat kerja selepas melalui jurang kerja yang besar.

    Tetapkan niat dan matlamat

    Ini langkah yang perlu diambil sebelum anda mengemas kini resume dan memohon apa-apa jawatan. Tetapkan niat dan matlamat dahulu. 

    Portal HubSpot mencadangan empat P yang perlu difikirkan, iaitu:

    • Kedudukan (Position)  

    Peranan atau bidang apa yang mahu disasar? Meneruskan peranan sama seperti sebelum berhenti atau anda mahu berubah angin? 

    • Gaji (Pay)

    Apa sasaran tangga gaji anda dan kenapa? Adakah ada manfaat tertentu yang anda mahu, seperti insurans kesihatan atau waktu kerja fleksibel? Memikirkan hal ini membantu anda menyasarkan pekerjaan yang lebih tepat untuk kembali.

    • Tempat (Place)

    Ambil masa untuk pertimbang lokasi pekerjaan. Adakah anda memerlukan aturan kerja fleksibel? Adakah lokasi pejabat mudah dicapai? Fikirkan tentang persekitaran dan jarak yang dimahukan.

    • Laluan (Path)

    Laluan untuk perkembangan kerjaya adalah penting, lebih-lebih lagi apabila anda memasuki dunia kerjaya pada usia lewat. Fikirkan sasaran anda dalam kerjaya. Mahu naik pangkat sampai ke tahap pengurusan atau selesa dengan perkembangan yang perlahan?

    Cari kerja dengan kreatif

    Kembali dari jurang kerjaya yang lama mungkin buat anda rasa seperti seorang graduan baharu yang baru nak mulakan langkah dalam dunia kerjaya. Tapi tak semuanya sama.

    Faktor umur dan tahap gaji lazimnya tidak memihak kepada pekerja kembali. Pastinya syarikat lebih suka graduan baharu yang boleh ditawarkan gaji rendah.

    Sehubungan itu, anda perlu lebih kreatif ketika mencari pekerjaan. Kaedah tradisional mungkin tidak berkesan, maka cari jalan alternatif.

    Cuba hadir secara fizikal ke syarikat yang disasar. Minta bantuan jiran, keluarga atau kenalan. Cuba juga cari peluang latihan returnship.

    Returnship lebih kurang macam latihan amali (internship) tapi ia khusus untuk pekerja yang kembali dari jurang kerja yang lama.

    Teroka kekuatan sendiri

    Anda mungkin sudah lama tidak berada dalam dunia kerjaya formal. Mungkin jadi suri rumah tangga sepenuh masa, mungkin jaga ibu bapa yang sakit.

    Walau apa pun yang dibuat semasa dalam jurang kerjaya, anda sebenarnya sedang berlatih dan membangunkan kemahiran.

    Komunikasi, kecekalan, penyelesaian masalah, pengurusan masa: semua ini kemahiran yang mahal dalam lapangan kerja dan anda boleh membangunkannya di luar kerjaya formal. 

    Fikirkan kemahiran-kemahiran yang dipelajari sepanjang dalam jurang kerjaya dan cari jalan untuk memanfaatkannya dalam permohonan pekerjaan nanti. Jangan sia-siakan segala kemahiran yang telah dibina.

    Berhubung semula dengan rangkaian lama

    Ketika dalam jurang kerjaya, kita biasanya terputus hubungan dengan kenalan yang dibina sewaktu bekerja, kecuali mereka yang sudah dianggap sebagai kawan rapat.

    Untuk kembali mengharungi dunia kerjaya, anda memerlukan sokongan dan bantuan sebanyak mungkin kenalan. Inilah masanya untuk kembali menghubungi mereka, kenalkan diri semula dan minta nasihat atau panduan.

    Orang mungkin anggap kita hanya hubungi mereka ketika diperlukan. Jangan takut. Kalau anda mendekatinya dengan rendah diri dan sopan, hanya orang yang berhati kotor akan merasa begitu.

    Media sosial juga membantu. Facebook, Twitter atau Instagram boleh menghubungkan anda dengan rakan lama secara peribadi. Untuk lebih profesional, cuba cari rangkaian di LinkedIn. Di situ perbincangannya lebih pekat tentang dunia kerjaya.

    Dapatkan sokongan keluarga

    Portal INSEAD Knowledge mencadangkan supaya pekerja kembali mendapatkan sokongan keluarga. Ini kerana fasa awal kembali ke dunia kerjaya mungkin mencabar dan anda memerlukan sokongan yang ampuh.

    Luahkan apa-apa masalah dengan keluarga atau pasangan. Anda akan berhadapan masalah untuk menyeimbangkan masa antara keluarga dengan kerja. Jelaskan kepada anak-anak keadaan anda.

    Ingat, setiap kali hal buruk berlaku di pejabat, anda tetap akan pulang ke pangkuan keluarga. Ada syurga dunia yang menanti di rumah, jadi jangan mudah putus asa dengan usaha untuk kembali bekerja.

    Bercerita dan dapatkan sokongan daripada keluarga anda. – RELEVAN

    Previous ArticleMengapa manusia diprogramkan untuk lihat wajah pada objek?
    Next Article Satoshi Nakamoto, legenda di sebalik penciptaan Bitcoin

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.