Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Semak 9 tanda gangguan mental ini, dapatkan bantuan segera

    Semak 9 tanda gangguan mental ini, dapatkan bantuan segera

    By Zubaidah IbrahimJuly 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADA juga yang tidak jelas dengan simptom-simptom gangguan mental sehingga menganggap tekanan yang dialami itu adalah perkara biasa dan ia akan sembuh dengan sendiri.- GAMBAR HIASAN/8PHOTO/FREEPIK

    KEHIDUPAN yang semakin mencabar baik dari segi aspek pekerjaan, kesihatan, ekonomi, perhubungan dan kekeluargaan telah menyumbang kepada masalah gangguan kesihatan mental.

    Boleh dikatakan ramai yang terjejas dengan masalah kesihatan mental. Tanpa sedar, kita membiarkan tekanan dan kedukaan itu berlarutan tanpa sebarang bantuan atau rawatan sehingga keadaan menjadi semakin parah.

    Ada juga yang tidak jelas dengan simptom-simptom gangguan mental sehingga menganggap tekanan yang dialami itu adalah perkara biasa dan ia akan sembuh dengan sendiri.

    Sehubungan itu, dengan merujuk Healthdirect, Relevan kongsikan sembilan simptom gangguan kesihatan mental sebagai panduan, supaya bantuan segera dapat diberikan kepada diri mahupun orang terdekat yang mengalami masalah tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sila bergerak! Ini bahaya gaya hidup sedentari

    Namun, harus diingat, tanda-tanda ini bukanlah diagnosis untuk keadaan mental anda. Jika ada mengalami sebarang tanda ini, rujuk doktor atau pakar kesihatan mental untuk diagnosis yang lebih tepat.

    1. BERASA CEMAS ATAU BIMBANG

    Kita semua berasa risau atau tertekan dari semasa ke semasa. Tetapi kebimbangan (anxiety) boleh menjadi tanda gangguan kesihatan mental jika ia berterusan dan mengganggu sepanjang masa.

    Antara gejala kebimbangan termasuklah jantung berdebar-debar, sesak nafas, sakit kepala, berpeluh, menggeletar, berasa pening, gelisah, cirit-birit dan tidak boleh berhenti berfikir.

    2. SEDIH DAN MUDAH MARAH

    Tanda-tanda kemurungan termasuklah sedih atau mudah marah selama beberapa minggu atau lebih, kurang motivasi dan tenaga, hilang minat dalam hobi serta menangis sepanjang masa.

    3. LEDAKAN EMOSI

    Setiap orang mempunyai mood yang berbeza tetapi perubahan mood yang mendadak dan dramatik seperti rasa tertekan atau kemarahan yang melampau boleh menjadi gejala penyakit mental.

    ARTIKEL BERKAITAN: Trauma generasi: tanda, punca dan rawatannya

    4. MASALAH TIDUR

    Perubahan berpanjangan pada corak tidur seseorang boleh menjadi gejala gangguan kesihatan mental.

    Contohnya, insomnia boleh menjadi petanda anda mengalami masalah kebimbangan atau mengambil bahan terlarang.

    Selain itu, tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit juga boleh menandakan kemurungan atau gangguan tidur.

    5. BERAT BADAN ATAU SELERA MAKAN BERUBAH

    Bagi sesetengah orang, berat badan yang turun naik atau penurunan berat badan yang cepat boleh menjadi salah satu tanda amaran gangguan kesihatan mental seperti kemurungan atau gangguan makan.

    6. SENYAP ATAU MENJAUHKAN DIRI

    Menjauhkan diri daripada kehidupan harian, terutamanya jika perubahan ini berlaku dengan sangat ketara boleh menjadi petanda gangguan kesihatan mental.

    Jika rakan atau orang tersayang kerap mengasingkan diri, mereka mungkin mengalami kemurungan, gangguan bipolar, gangguan psikotik atau gangguan kesihatan mental yang lain.

    7. PENYALAHGUNAAN BAHAN TERLARANG

    Menggunakan bahan tertentu untuk mengatasi kemurungan seperti alkohol atau dadah boleh menjadi tanda gangguan kesihatan mental. Perlu diingat, penggunaan bahan tersebut juga boleh menyumbang kepada penyakit mental.

    8. RASA BERSALAH ATAU TIDAK BERHARGA

    Jika anda pernah berfikir seperti ‘saya gagal’, ‘ini salah saya’ atau ‘saya tidak bernilai’, itu semua adalah tanda kemungkinan gangguan kesihatan mental seperti kemurungan. Anda mungkin memerlukan bantuan jika kerap mengkritik atau menyalahkan diri sendiri.

    Tahap paling teruk, seseorang itu meluahkan perasaan mahu menyakiti atau membunuh diri.

    9. PERUBAHAN TINGKAH LAKU ATAU PERASAAN

    Gangguan kesihatan mental mungkin bermula sebagai perubahan halus pada perasaan, pemikiran dan tingkah laku seseorang.

    Perubahan yang berterusan dan ketara boleh menjadi tanda bahawa mereka mempunyai atau sedang mengalami gangguan kesihatan mental. Jika merasa ada sesuatu yang tidak betul, adalah penting untuk memulakan perbualan bagi mendapatkan pandangan dan bantuan.

    – RELEVAN

    bimbang featured gangguan kesihatan mental sakit stres
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.