Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 

    Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 

    By Zahra Mohamad ZhahirJune 25, 2024Updated:June 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja. - GAMBAR HIASAN VITALY GARIEV/UNSPLASH

    UMI (bukan nama sebenar) merupakan seorang graduan universiti. Dia telah berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat ternama. 

    Sebagai pekerja baharu, sudah tentulah Umi ingin belajar sebanyak mungkin. Pada hemat Umi, semakin banyak kerja, semakin banyaklah dia boleh belajar. 

    Pada bulan pertama, Umi masih boleh menyiapkan kerja-kerjanya dengan baik. Namun, pada bulan kedua, ketiga dan seterusnya, Umi terpaksa balik lambat. Kerja mula menimbun, Umi pula mula serabut. 

    Masalahnya, kerja yang Umi dapat semuanya di luar skop. Umi tidak perlu buat kerja-kerja tersebut. 

    Namun, bos merasakan Umi perlukan pendedahan dan pengalaman. Akhirnya, Umi burnout. Satu kerja pun tak jalan. 

    Seni berkata tidak di tempat kerja

    Sebenarnya, masalah Umi boleh dielakkan sekiranya dia berani berkata tidak. Bagaimanapun, sebagai seorang pekerja baharu, berkata tidak boleh disalah erti sebagai satu tanda tidak komited.

    Mereka yang menolak kerja lebih juga ada kalanya dipanggil pemalas dan enggan bekerjasama. Jika tidak dibendung, ia boleh mencetuskan persekitaran negatif di tempat kerja. 

    Selain itu, wujud juga tekanan dari segi emosi. Ramai yang mengakui mereka rasa tertekan dan gelisah jika terpaksa berkata tidak. Menolak arahan orang atasan atau rakan sekerja juga boleh menyebabkan hubungan menjadi renggang. 

    Bagaimanapun, kita bukan robot. Mahu tidak mahu, kadangkala kita perlu menolak arahan-arahan tertentu untuk mengelakkan burnout; satu terma yang diguna pakai untuk menggambarkan stres yang keterlaluan di tempat kerja. 

    Seni berkata tidak di tempat kerja melibatkan empati dan ketegasan. Perlu ada komunikasi yang jelas antara kedua-dua pihak agar dapat melindungi kesejahteraan diri sendiri dan juga mewujudkan persekitaran kerja yang lebih efisien. 

    Menurut penulis buku Failure to Communicate, Holly Weeks – tidak ada cara mudah untuk memberi berita buruk. Tetapi ada beberapa langkah yang boleh kita lakukan untuk memastikan perbualan tersebut berjalan lancar. 

    Belajar cara menolak dengan baik

    Dalam pekerjaan, anda mungkin akan diminta untuk melakukan kerja tertentu. Itu adalah lumrah. Namun, tidak salah untuk menolak tugasan tersebut asalkan ia dilakukan dengan baik dan berhemah. 

    Menurut Asana.com, formula paling mudah untuk berkata tidak adalah dengan cara: memberi respons positif + menolak + beri jalan penyelesaian.

    Lihat tip-tip yang berikut:

    1. Berterus terang

    Terangkan kepada mereka anda tidak mampu melakukan tugasan tersebut atas sebab-sebab tertentu. Pastikan nada suara yang digunakan tenang tetapi tegas. 

    Cuba: “Sarah, dengan kerja sedia ada, saya tidak mampu untuk uruskan projek ini. Masih banyak kerja yang perlu diuruskan. Tetapi, terima kasih atas peluang.”

    1. Beri alternatif lain

    Kadangkala, kita menolak satu-satu tugas atas kekangan masa. Jika ini yang berlaku, cadangkan tarikh lain untuk berbincang mengenai kerja tersebut. 

    Cuba: “Buat masa sekarang, jadual saya penuh. Bolehkah kita berbincang tentang perkara ini pada minggu hadapan?”

    1. Cuba untuk bantu

    Rakan-rakan kita juga manusia. Mereka boleh jatuh sakit dan mempunyai kecemasan tertentu. Jika ini berlaku, orang lain mungkin perlu lakukan tugasan mereka buat sementara waktu. 

    Jika ingin membantu, namun risau ia akan membebankan diri, anda boleh berbincang agar tugasan tersebut dibahagikan mengikut kemampuan. 

    Cuba: “Saya ingin membantu tetapi kerja saya terlalu banyak ketika ini. Saya boleh tolong buatkan tugas ini. Tetapi, perkara lain di luar kemampuan saya.”

    Jangan tolak semua peluang

    Jika anda mempunyai masalah berkata tidak, ada satu strategi cadangan ahli ekonomi British, Tim Harford. Sebelum lakukan satu-satu perkara, tanya diri sendiri: 

    “Jika saya perlu melakukan perkara ini hari ini, adakah saya akan bersetuju? Jika tidak, ia mungkin akan mendatangkan masalah pada masa hadapan.” 

    Namun, bukan semua peluang boleh ditolak. Kadangkala, anda perlukan masa untuk berfikir semasak-masaknya. Jika kerja tambahan itu membuatkan anda berasa gembira, apa salahnya? – RELEVAN

    featured kerjaya pekerja tempat kerja
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.