Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kematian haiwan peliharaan, kemurungan dan cara mengatasinya

    Kematian haiwan peliharaan, kemurungan dan cara mengatasinya

    By Umi FatehahJune 24, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kematian haiwan peliharaan, kemurungan dan cara mengatasinya. - GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID

    KEHILANGAN haiwan peliharaan ibarat kehilangan sebahagian daripada jiwa kita. Mereka bukan sekadar haiwan tetapi sudah menjadi keluarga.

    Makan, tidur, bahagia dan sedih semuanya mereka ada di sisi. Walaupun kadang-kadang menjengkelkan dan duit gaji habis beli makanan dan pasir, mereka tetap setia. 

    Sakitnya kehilangan haiwan peliharaan yang juga ahli keluarga ini boleh menyebabkan kemurungan. Perasaan ini sering disalah erti dan diambil remeh oleh orang yang tidak ada haiwan peliharaan. Hanya yang pernah atau sedang mengalaminya sahaja boleh faham.

    Adalah wajar untuk berasa sedih, terkejut dan marah selepas kehilangan haiwan kesayangan. Cara mengalami dan menghayati perasaan sedih juga berbeza bagi setiap orang. 

    Menurut Healthline, sekiranya fikiran dan emosi negatif berterusan hampir setiap hari dan sepanjang hari, ia mungkin mempunyai perkaitan dengan gejala kemurungan.

    Murung selepas kematian haiwan peliharaan

    Perasaan murung sementara selepas kehilangan haiwan peliharaan adalah perkara biasa. Tetapi kemurungan klinikal, dikenali secara rasmi sebagai gangguan kemurungan utama (MDD), ialah keadaan kesihatan mental yang tidak dianggap sebagai sebahagian daripada proses bersedih.

    Menurut Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental edisi kelima (DSM-5-TR), kesedihan boleh menjadi ekstrem dan menjejaskan kehidupan seharian.

    Tetapi, ia biasanya tidak mendorong kepada MDD. Jika ia berlaku, kebiasaannya individu itu sudah ada gangguan kemurungan atas faktor lain.

    Walaupun MDD bukanlah perkara yang boleh dijangka semasa kehilangan haiwan kesayangan, ia tidak mustahil untuk berlaku.

    Penyelidikan lain mencadangkan orang yang baru sahaja mengalami kehilangan haiwan peliharaan adalah tiga kali lebih cenderung untuk menunjukkan gejala kemurungan.

    Keadaan ini harus dipandang serius dan anda dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan daripada ahli terapi atau kaunselor tentang kesedihan yang dialami.

    Cara mengatasi kehilangan haiwan peliharaan

    • Hayati rasa kehilangan

    Beri ruang dan masa kepada diri sendiri untuk bersedih. Biarkan sahaja perasaan sedih menyelubungi diri buat beberapa ketika. Dengan cara ini, ia mungkin dapat membuka jalan untuk membantu anda pulih semula jadi dengan lebih cepat berbanding sibukkan diri atau cuba menghiraukan emosi.

    • Bersandarlah pada orang tersayang

    Anda tidak perlu melalui kehilangan haiwan peliharaan sendirian. Sebaiknya, cari orang yang pernah mengalami situasi yang sama agar masing-masing dapat memberi sokongan dari segi emosi dan mental.

    • Kenangkan yang sudah hilang

    Mengenang haiwan peliharaan boleh membantu anda menumpukan perhatian pada semua masa gembira yang anda kongsi.

    Saya ada satu cara untuk mengenang semula detik gembira bersama haiwan peliharaan. Dengarkan lagu Menangis, dinyanyikan oleh Mascot dan hayati setiap bait lirik. Sambil mendengar, lihat semula gambar-gambar haiwan peliharaan yang anda ambil.

    Seperti tajuk lagu tersebut, anda akan menangis, rindu dan mungkin tertawa mengenangkan gelagat mereka. 

    Gambar, puisi atau surat kepada haiwan kesayangan boleh membantu anda menutup fasa bersedih dan dapat meneruskan hari-hari dengan hati, jiwa yang lebih ringan.

    • Jurnal

    Tidak semua orang mempunyai orang tersayang untuk bersandar selepas kehilangan haiwan peliharaan. 

    Jika anda tidak mempunyai seseorang untuk diajak berborak, luah isi hati, cuba keluarkan segala perasaan melalui tulisan. Cara ini juga tidak memberi ruang kepada mereka yang tidak faham untuk menghakimi perasaan anda. 

    • Bersedihlah, tapi jangan abai diri

    Pastikan anda meluangkan masa untuk berehat dan mendapatkan tidur yang lena semasa tempoh kesedihan. 

    Berikan ruang untuk berasa sedih tanpa buang diri sendiri. Makan (walaupun tidak berselera), hirup udara segar dan kekal aktif juga penting apabila bersedih.

    • Dapatkan nasihat dan rawatan kesihatan mental

    Ahli terapi dan kaunselor boleh membantu anda mengatasi proses kesedihan dan boleh menawarkan nasihat tentang gejala lain yang mungkin menunjukkan keadaan kesihatan mental seperti MDD.

    Kesedihan itu sifatnya ephemera iaitu sementara. Ada hari normal, ada hari rasa bagai nak gila. Ada hari boleh terima, ada hari tak boleh terima. Ada hari pertikaikan kenapa dan mengapa, ada hari rasa nak berlapang dada. Ini semua proses untuk berdamai dengan takdir. 

    Teruskan hidup seperti biasa. Kenanglah mereka yang sudah hilang agar semangat tidak terus terbang. – RELEVAN

    Previous ArticleDari sekolah menjadi Universiti Alternatif
    Next Article Langkah terbaik untuk berkata tidak di tempat kerja 

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.