Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dilema gaji di Malaysia, penghijrahan bakat ke luar negara

    Dilema gaji di Malaysia, penghijrahan bakat ke luar negara

    By Zubaidah IbrahimOctober 17, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENINGKATAN gaji bagi golongan berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia berpotensi untuk meningkatkan saiz pasaran domestik seterusnya memberi manfaat kepada perniagaan tempatan. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PENGENALAN gaji minimum pada 2013 merupakan satu langkah progresif yang sangat penting. 

    Pun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan sekiranya sasaran kerangka Ekonomi MADANI untuk meningkatkan pampasan pekerja kepada 45 peratus (%) daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ingin dicapai.

    Bagi mendalami lebih lanjut mengenai isu gaji di negara ini, Relevan kongsikan laporan Tinjauan Ekonomi 2024 seperti berikut: 

    1. Pengagihan gaji di Malaysia – pertumbuhan dan ketidaksamaan gaji dari 2010 hingga 2019

    Menurut kajian oleh Khazanah Research Institute (KRI) pada 2023 mengenai pertumbuhan gaji dari 2010 hingga 2019 telah menunjukkan tiga penemuan penting. 

    • Kadar pertumbuhan gaji

    Pertama, pasaran buruh di Malaysia bergantung kepada intervensi dasar seperti gaji minimum bagi memastikan pertumbuhan gaji yang saksama dan inklusif. Kajian tersebut juga menunjukkan bahawa kadar pertumbuhan gaji tidak meningkat dengan ketara dan secara umumnya semakin merosot tanpa intervensi dasar.

    Analisis tersebut menunjukkan bahawa pertumbuhan gaji bagi kumpulan penerima gaji 30 peratus (%) terendah bergantung kepada pelaksanaan gaji minimum. Golongan ini akan terus tertekan sekiranya tiada mandat daripada kerajaan kepada majikan.

    • Kumpulan penerima gaji

    Kesan pelaksanaan gaji minimum hanya terhad kepada kumpulan penerima gaji terendah manakala kumpulan penerima gaji pertengahan mengalami pertumbuhan gaji paling rendah dalam tempoh tersebut.

    • Peningkatan kasar setahun

    Pertumbuhan gaji yang lembap masih merupakan masalah utama dalam pasaran buruh Malaysia walaupun pelaksanaan gaji minimum telah menunjukkan kesan signifikan. 

    Pekerja dalam kumpulan penerima gaji 50% terbawah hanya menerima kenaikan gaji benar bulanan sekitar RM500 bagi tempoh 2010 hingga 2019 laitu peningkatan kasar sebanyak RM56 setahun.

    2. Gaji permulaan graduan yang rendah

    Graduan baharu di Malaysia berdepan dengan masalah pertumbuhan gaji yang lembap sejak lebih sedekad lalu (Rahim, M.A.R.A. dan Suhaimi, S.A., 2022). 

    Lebih 70% daripada graduan yang bekerja memperoleh gaji di bawah RM2,000 sebulan dan lebih membimbangkan apabila peratus graduan yang bergaji antara RM1,000 dan RM2,000 telah meningkat daripada 43.7% pada 2010 kepada 54.6% pada 2020.

    Selain itu, peratusan graduan yang bergaji melebihi RM2,000 telah berkurang sebanyak 2.3% manakala graduan yang berpendapatan di bawah gaji minimum meningkat daripada 48.8% kepada 51.1% antara 2019 dan 2020.

    Senario ini menunjukkan bahawa sebahagian besar graduan berpendidikan tertiari memasuki pasaran kerja dengan menerima gaji di bawah kadar gaji sara hidup seperti yang dinyatakan dalam Belanjawanku 2022/2023. 

    Disebabkan kadar gaji permulaan yang rendah, graduan juga mungkin menerima kenaikan gaji yang rendah seterusnya mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai tahap gaji yang mencukupi.

    3. Kesan daripada gaji rendah

    Dua trend utama yang dikaitkan dengan isu kekurangan pekerjaan bergaji tinggi ialah penghijrahan bakat (brain drain) dan peningkatan jumlah pekerjaan tidak standard seperti pekerjaan gig. 

    Berdasarkan kajian Bank Dunia pada 2010, sekitar 54% daripada bakat Malaysia yang berhijrah ke luar negara berada di Singapura. 

    Penemuan daripada sesi temu duga oleh  Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura ditawarkan kadar gaji dan pampasan yang lebih tinggi untuk pekerjaan yang sama di Malaysia. 

    Sementara itu, ME Salary Survey for 2022 menyatakan bahawa seorang pengurus dalam industri pembuatan menerima gaji pokok sebanyak RM10,304 sebulan manakala jawatan yang sama di Singapura menawarkan SD7,532 iaitu bersamaan dengan RM24,695.

    Perbezaan kadar gaji antara Malaysia dengan Singapura juga ditunjukkan dalam pelbagai pekerjaan dan industri lain.

    Sementara itu, Bank Negara Malaysia pada 2023 melaporkan bahawa hanya 36% daripada isi rumah di Malaysia mampu untuk menampung perbelanjaan bagi tempoh tiga hingga enam bulan sekiranya berlaku kehilangan pendapatan.

    Laporan Belanjawanku mencadangkan penggunaan nisbah 45/35/20 sebagai panduan bajet laitu 45% daripada bajet individu perlu diperuntukkan bagi perbelanjaan keperluan, 35% untuk komitmen dan 20% untuk simpanan. 

    4. Pekerjaan gig

    Pertambahan bilangan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memilih pekerjaan gig seperti perkhidmatan p-panggilan atau e-panggilan berbanding meneruskan pendidikan atau meningkatkan kemahiran teras dan keupayaan dalam landasan kerjaya. 

    Sekitar 26% daripada guna tenaga terlibat dalam pekerjaan gig pada 2020 (Azahar, S., 2020) dan anggaran awal menunjukkan bahawa sektor gig boleh memberikan pendapatan bulanan yang kompetitif berbanding gaji permulaan graduan baharu (Goh dan Umar, 2019).

    Faktor penyumbang lain termasuk ketiadaan peluang pekerjaan serta andaian bahawa melanjutkan pelajaran tidak menjamin pekerjaan berkualiti (Mutalib, H., 2022). 

    Kekurangan pengawasan peraturan dalam memastikan standard kerja yang baik dan kesukaran penyampaian bantuan sosial kepada pekerja gig menyebabkan kebanyakan pekerja gig ‘tidak dikenal pasti’ dan kekal di luar sistem formal (Hamid, H.A. dan Sazali, N.T., 2020). 

    5. Limpahan positif daripada gaji yang lebih tinggi

    Peningkatan gaji telah menjadi sebahagian daripada peralihan ekonomi dan industri bagi negara maju di Asia (Wade, 2004). 

    Justeru, negara perlu mendukung matlamat peningkatan gaji sebagai sumber pertumbuhan dan bukan sekadar kesan daripada kemajuan ekonomi. 

    Berdasarkan kajian KRI pada 2019 mengenai corak perbelanjaan isi rumah di Malaysia, hanya 30% isi rumah teratas menunjukkan corak perbelanjaan yang mencerminkan aspirasi “kelas pertengahan”. 

    Penemuan ini menunjukkan bahawa peningkatan gaji bagi golongan berpendapatan rendah dan pertengahan di Malaysia berpotensi untuk meningkatkan saiz pasaran domestik seterusnya memberi manfaat kepada perniagaan tempatan. 

    Pada 2022, The Centre for Future Labour Market Studies (EU-ERA) telah menjalankan analisis mengenai kesan gaji yang lebih tinggi ke atas ekonomi domestik di Malaysia menggunakan model Computable General Equilibrium dan mendapati bahawa pertumbuhan gaji boleh memberikan kesan positif kepada penunjuk makroekonomi lain.

    – RELEVAN

    Previous ArticlePerang Israel-Gaza di mata anak Palestin
    Next Article 9 makanan merangsang kecerdasan otak, mudah disediakan

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.