Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kisah Sisyphus menolak batu ke atas gunung dan betapa mengarutnya hidup manusia

    Kisah Sisyphus menolak batu ke atas gunung dan betapa mengarutnya hidup manusia

    By Zahra Mohamad ZhahirJune 20, 2024Updated:June 21, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lukisan Sisyphus oleh Titian yang dipamerkan di Museum Prado, Madrid. GAMBAR HIASAN/BRITANNICA

    DALAM mitologi Yunani, ada seorang raja cerdik pandai bernama Sisyphus.

    Sisyphus, raja Ephyra, merupakan seorang yang penuh dengan tipu helah. Dia percaya dia lebih bijak dari semua orang dan lebih bijak daripada bapa segala Tuhan, Zeus. 

    Sisyphus berjaya memperdaya Tuhan Kematian, Thanatos, sebanyak dua kali. Malah, dia juga berjaya mencuri rahsia-rahsia dari langit sehingga mengundang kemurkaan Zeus. 

    Bosan dengan tipu helah Sisyphus, Zeus telah menghukumnya dengan satu tugas yang sangatlah tidak masuk akal. Sisyphus disumpah untuk menggolekkan satu batu besar ke atas gunung. 

    Bagaimanapun, apabila Sisyphus hampir sampai di puncak, batu tersebut akan bergolek ke bawah. Sisyphus pasrah. Dia mula semula dari kaki gunung. 

    Pada waktu itulah Sisyphus tersedar bahawa dia adalah insan terkutuk yang tersangkut dalam satu kitaran yang mengarut (absurd). Tidak ada hukuman yang lebih ngeri daripada kerja keras yang sia-sia. 

    Kisah itu memberi inspirasi kepada ahli falsafah Perancis, Albert Camus. Dia melihat susah payah Sisyphus itu sebagai satu metafora perjuangan manusia dalam hidup yang penuh kesia-siaan. 

    Menurut Camus dalam The Myth of Sisyphus, manusia sedar bahawa hidup ini nampak seperti tiada hala tuju, namun kita tetap meneruskannya. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Tentang sunyi yang takkan hilang walau kau tak seorang

    Perkara sia-sia mendatangkan kekecewaan 

    Melakukan perkara yang sia-sia dalam hidup sudah pasti akan menimbulkan kekecewaan.  GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Kisah Sisyphus menggolekkan batu ke atas gunung mencetuskan pelbagai perdebatan. Perdebatan inilah yang mengisi tulisan Camus dan juga ahli falsafah dari Amerika Syarikat, Rick Garlikov. 

    Menurut Garlikov dalam tulisannya, The Value of Labor and the Myth of Sisyphus, melakukan perkara yang sia-sia dalam hidup sudah pasti akan menimbulkan kekecewaan. 

    Bagaimanapun, Garlikov mengutarakan satu soalan penting – adakah perbuatannya menggolekkan batu ke atas gunung itu satu perbuatan yang sia-sia sedangkan Sisyphus berjaya sampai ke puncak berkali-kali? 

    “Benar, Sisyphus perlu mengerah tenaga untuk menggolekkan batu tersebut ke atas gunung. Tetapi, dia boleh melakukannya, ia bukan sesuatu yang mustahil. Sudah beratus kali Sisyphus berjaya sampai ke puncak. 

    “Lagipun, kejayaan selepas kerja keras itu lebih manis berbanding kejayaan selepas melakukan kerja yang mudah. Jadi, tidak ada apa-apa yang sia-sia dengan apa yang Sisyphus telah lakukan. 

    “Camus membayangkan, setiap kali Sisyphus berjaya mencapai puncak, dia akan rasa gembira walaupun kejayaan itu cuma sementara,” ulasnya. 

    Bagaimanapun, dalam kisah Sisyphus, apa yang membuatkan hukumannya itu sangat dahsyat adalah nilai di sebalik perbuatannya itu. Sisyphus terpaksa mengerah keringat siang dan malam semata-mata untuk menggolekkan batu ke atas gunung, selama-lamanya.

    Untuk itu, Garlikov menolak pandangan Camus yang mahu kita menganggap Sisyphus sedang gembira.

    Garlikov berkata, ada lima ciri utama dalam sumpahan Sisyphus: 

    1. berulang
    2. tidak ada faedah 
    3. bersifat sementara
    4. memenatkan
    5. sia-sia 

    “Bukan semua kerja itu mulia. Lebih mulia sekiranya kita cuba yang terbaik, berbanding mencuba mencapai apa-apa kejayaan atas sebab-sebab tertentu. 

    “Walaupun anda sedang melakukan sesuatu yang dirasakan berfaedah, sedangkan dalam masa sama ada benda lebih berfaedah yang boleh dibuat, itu bermaksud anda belum lagi melakukan perkara paling bernilai dalam hidup. 

    “Jadi, boleh dikatakan, anda sudah membazirkan masa melakukan sesuatu yang tidak bernilai,” katanya. 

    Garlikov sempat memetik kata-kata Aristotle – kegembiraan adalah satu aktiviti jiwa yang membantu kita mencapai kecemerlangan. 

    Bagaimanapun, apa yang Sisyphus lakukan jauh sekali daripada kecemerlangan. Ia merupakan satu perkara sia-sia. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Ekstrak khasiat muzik, kita hargai ritma dan nada di Relevan 

    Sisyphus dan kerja keras

    Bukan semua kerja keras adalah sia-sia. GAMBAR HIASAN/DANIEL CHEKALOV (Unsplash)

    Sumpahan Sisyphus sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan kita. Walaupun hukumannya itu nampak absurd, sedar tidak sedar, setiap hari kita berhadapan dengan perkara tidak masuk akal dalam hidup. 

    Terus bekerja keras tanpa sebarang kenaikan gaji? Tidak masuk akal! Mengejar cinta seseorang yang kita tahu hanya akan menolak kita berkali-kali? Ini sangatlah absurd!

    Tetapi, adakah perkara itu menghalang kita daripada bekerja dan bercinta? Sudah tentu tidak! 

    Masih ada manis dalam setiap kerja keras yang kita lakukan. Kenaikan gaji tahunan, walaupun sebanyak RM100 sahaja mampu membuatkan kita tersenyum. 

    Walaupun hidup ini penuh dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal, itu tidak bermaksud kejayaan yang dicapai itu tidak bermakna.

    Camus mengakhiri eseinya dengan berkata: kita harus membayangkan Sisyphus gembira. 

    “Jika perjalanan Sisyphus (menuruni gunung untuk menolak batu ke atas sekali lagi) dilakukan dengan kesedihan, perjalanan itu juga boleh berlaku dalam keadaan gembira. 

    “Perjuangan Sisyphus menolak batu ke atas gunung sudah cukup untuk mengisi hati seorang lelaki. Oleh itu, kita harus membayangkan Sisyphus gembira.”

    Ini bermaksud, walaupun kehidupan itu sukar dan penuh cabaran, ia masih lagi menyenangkan. 

    Maka, kita boleh terima pandangan Camus bahawa Sisyphus sedang gembira. Malah, kita juga boleh menerima pandangan Garlikov bahawa golekan batu Sisyphus tidak bernilai. 

    Yang sia-sia tetap sia-sia. Namun, kita masih boleh menikmatinya dengan senang hati. – RELEVAN

    featured kerja keras mitos sisyphus yunani
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.