Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu pilih kerja yang sesuai dengan minat atau gaji lumayan?

    Mahu pilih kerja yang sesuai dengan minat atau gaji lumayan?

    By Umi FatehahJune 19, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Mahu pilih kerja yang sesuai dengan minat atau gaji lumayan?- GAMBAR HIASAN AMIR KHALID

    SEDANG dilema mahu pilih kerjaya yang sesuai dengan minat atau yang menawarkan gaji tinggi? Pastinya ramai mengalami situasi yang sama.

    Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Kalau pilih kerjaya berdasarkan minat, kita kerja dengan rasa seronok. Produktiviti juga boleh meningkat kerana tugasan yang diterima bersesuaian dengan minat. 

    Pilih kerjaya berdasarkan gaji pula, ia bermakna anda akan memilih kerjaya yang menawarkan ganjaran lumayan walaupun kurang bersesuaian dengan minat. 

    Dilema antara minat dengan gaji ini normal. Bergantung kepada situasi dan taraf kehidupan, mungkin ada beberapa faktor perlu ditimbang sebelum memilih laluan kerjaya yang bersesuaian.

    Berikut, Relevan kompilasikan panduan yang dikongsi oleh Indeed bagi membantu anda menyuluh laluan yang terang, sesuai dengan matlamat hidup.

    Mahu seronok bekerja atau sekadar kerja untuk dapat gaji hujung bulan?

    Kita menghabiskan lebih kurang sembilan jam sehari untuk bekerja. Untuk itu, faktor emosi perlu diambil kira.

    Tidak dinafikan, ada masanya kita teruja untuk melakukan kerja yang disukai setiap hari. Namun, ada juga yang mungkin hilang semangat dan tidak dapat memberi komitmen sepenuhnya kerana bidang kerja tidak bersesuaian dengan minat.

    Minat terhadap kerja juga berkait rapat dengan tekanan. Tetapi kalau difikirkan, kerja apa sahaja yang tidak menyebabkan tekanan? 

    Semua pekerjaan akan melibatkan tekanan emosi dan fizikal tetapi perlu fikirkan juga sejauh mana anda mampu hadap dan kawal tekanan tersebut. 

    Kalau tidak sanggup menanggung tekanan kerja kerana kurang minat, mungkin ini petanda untuk cari kerja baharu yang lebih sesuai dengan minat dalam diri masing-masing.

    Namun, kalau sanggup menghadapi tekanan demi ganjaran tinggi, silakan. Ingat, apa yang penting ialah kemampuan diri sendiri dan bukan pendapat orang sekeliling.

    Bahagia bekerja atau bahagia kerana bebas daripada kekangan kewangan?

    Isu ini mungkin agak sensitif bagi beberapa pihak. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai tanggungan yang besar. 

    Sekiranya pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan akan membantu dan memudahkan anda melangsaikan bayaran komitmen, ini mungkin pilihan yang lebih baik. 

    Mungkin dengan laluan ini akan mendorong kepada rasa bahagia kerana tidak perlu lagi menanggung seksanya dibelenggu bebanan kewangan.

    Namun, ada satu perkara yang melibatkan kos yang tidak ternilai – kesihatan mental. 

    Kalau bekerja dalam budaya kerja yang kurang diminati meskipun gaji yang ditawarkan lumayan, ada potensi anda mengeluh setiap hari. Sudahlah beban kerja banyak, kerja pula tidak serasi dengan minat. 

    Fikir-fikirkan semula, masih ada masa dan ruang untuk anda pertimbangkan pilihan dalam hidup.

    Minat yang mungkin berubah-ubah atau kestabilan kewangan?

    Bagi sesetengah orang, minat dan hobi berubah mengikut peredaran masa seiring dengan usia. Semakin meningkat dewasa, mungkin kita akan menemui minat baharu. 

    Jika anda ditawarkan pekerjaan yang selaras dengan minat semasa, tidak mustahil minat ini boleh berubah. Tahun ini mungkin minat bermain dengan nombor. Tahun depan mungkin anda mahu bermain dengan kata-kata pula.

    Pertimbangkan berapa lama anda ingin kekal dalam pekerjaan atau bidang tersebut dan sama ada ia fleksibel (boleh bertukar kerjaya sekiranya mengubah fikiran).

    Paling penting, minat boleh dipupuk. Pemilihan kerjaya berdasarkan gaji pula, pada awalnya mungkin anda tidak berminat. Tetapi lama-kelamaan, timbul minat terhadap kerjaya tersebut. 

    Dibayar gaji mewah, rutin kerja yang tidak menyerabutkan kepala. Siapa tahu, mungkin anda akan jatuh cinta dengan kerja itu.

    Ada masa lapang untuk menikmati wang atau ada wang untuk menikmati masa lapang?

    Baca dan hadam betul-betul, ada bezanya antara dua perkara tersebut. Kalau pilih kerja yang selari dengan minat (baca: tidak ganggu hujung minggu) anda akan ada masa lapang untuk menikmati wang. Sama ada bercuti bersama keluarga atau pergi gig dan konsert.

    Kalau pilih kerja yang bayar gaji mewah yang mungkin beban kerjanya perlu korbankan hujung minggu, pastinya wang untuk dibelanjakan pada masa lapang itu lebih lumayan. Tetapi bila? Akan adakah masa lapang itu?

    Jika anda sedang mempertimbangkan pekerjaan yang bergaji tinggi dan bukannya pekerjaan yang diminati, perkara ini juga perlu difikirkan. Memandangkan pekerjaan bergaji tinggi kebiasaannya tempoh bekerja lebih lama. 

    Betul, wang itu penting untuk kehidupan yang lebih terjamin. Tetapi, adakah tujuan hidup  adalah untuk mencari wang semata-mata?

    Jika anda ingin memilih pekerjaan yang diminati, pertimbangkan berapa banyak wang yang diperlukan untuk melakukan sesuatu pada masa lapang. 

    Ramai orang memilih pekerjaan yang mereka suka dan bukannya pekerjaan bergaji tinggi untuk mempunyai masa lapang. Atau dalam erti kata lain, keseimbangan kerjaya dengan kehidupan (work-life balance).

    Walau bagaimanapun, jika sebahagian besar gaji digunakan untuk keperluan dan komitmen, anda mungkin tidak mempunyai banyak wang yang boleh digunakan untuk aktiviti masa lapang. 

    Ini mungkin akan menyebabkan anda perlu mencari wang tambahan dengan melakukan kerja sampingan. – RELEVAN

    featured gaji gaji lumayan kerja minat kerjaya minat minat kerja
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.