Facebook Twitter
    Trending
    • Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar
    • 6 petua hapus masalah ‘bed bugs’
    • 5 makanan buat kita susah tidur malam
    • Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026

      Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

      June 17, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Wanita ini tidak makan dan minum selama 16 tahun

    Wanita ini tidak makan dan minum selama 16 tahun

    By Zubaidah IbrahimMay 17, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KALI terakhir Ambaw makan ialah ketika berusia 10 tahun dan selepas itu dia hilang selera makan dengan tiba-tiba.- Foto Drew Binsky

    SEORANG wanita berusia 26 tahun dari Ethiopia mendakwa dia tidak makan dan minum sejak 16 tahun lalu.

    Kebanyakan orang sukar bertahan beberapa jam tanpa mengunyah sesuatu, tetapi Muluwork Ambaw menegaskan bahawa dia telah menjauhkan diri dari makanan selama-lamanya ketika berusia 10 tahun, selepas selera makannya hilang secara tiba-tiba.

    Ambaw dilaporkan mempunyai kehidupan yang normal, dia berada dalam keadaan sihat dan mempunyai banyak tenaga untuk melaksanakan tugas hariannya, termasuk memasak untuk orang lain dan menjalankan pelbagai urusan.

    Wanita muda itu telah menjalani beberapa ujian perubatan di Ethiopia, tetapi tidak ada yang dapat mengesahkan jika dia bercakap benar.

    Walaupun doktor di sebuah hospital di Addis Ababa mengesahkan bahawa tiada bukti makanan dalam ususnya pada masa pemeriksaan, tetapi ramai yang masih tidak percaya.

    Kes Muluwork Ambaw baru-baru ini menjadi tular selepas dia dikunjungi seorang blogger dan vlogger, Drew Binsky yang mendengar ceritanya semasa melawat Ethiopia dan memutuskan untuk bertemu dengan wanita itu secara peribadi. Videonya itu tular, tetapi ini bukan kali pertama kisah Ambaw menjadi tajuk berita.

    Dia mula mendapat perhatian pada 2016, apabila khabar angin tentang seorang gadis yang boleh bertahan tanpa makanan atau air mula tersebar di negara asalnya. 

    Tidak lama kemudian, wartawan berkumpul di kampung kecilnya untuk mendokumentasikan kes pelik itu.

    Wanita itu berkata, dia masih ingat kali terakhir makanan melepasi bibirnya. Hidangan terakhirnya ialah stew lentil merah dengan injera iaitu hidangan asal Ethiopia.

    Selepas itu selera makannya hilang begitu saja. Pada mulanya, dia berbohong kepada keluarganya bahawa dia telah makan, tetapi akhirnya terpaksa memberitahu mereka perkara sebenar.

    “Mereka meminta saya makan sarapan pagi dan pergi ke sekolah, tetapi saya terpaksa menipu dan memberitahu sudah makan,” imbaunya kembali. 

    Wanita muda dari Ethiopia itu memberitahu, oleh kerana dia tidak mengambil apa-apa makanan atau air selama 16 tahun, dia juga tidak perlu menggunakan tandas sejak dari itu. Satu-satunya masa dia perlu menggunakan bilik air ialah ketika mandi.

    Pada 2021, blog berita Ethiopia Borkena mengumumkan bahawa Perdana Menteri negara itu telah mengetahui kisah Ambaw dan telah mengatur untuk menjalani pemeriksaan kesihatan oleh doktor di Dubai.

    Dalam temu bual baru-baru ini dengan Binsky, wanita itu memberitahu bahawa doktor tidak menemui apa-apa pelik tentang dirinya.  

    “Saya tidak ada perkara yang hendak dicakap. Ini kerja Tuhan dan saya terima sahaja,” kata Ambaw.- RELEVAN

    Previous ArticleMPH terbesar, termewah dan terlengkap di The Exchange, TRX
    Next Article Semut pura-pura mati untuk selamatkan diri?

    Artikel berkaitan

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026
    Artikel Terkini

    Nilai hijrah dalam kehidupan pelajar

    June 17, 2026

    6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

    June 17, 2026

    5 makanan buat kita susah tidur malam

    June 17, 2026

    Meneroka peranan media sosial dalam bidang pendidikan

    June 17, 2026

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.