Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » MPH terbesar, termewah dan terlengkap di The Exchange, TRX

    MPH terbesar, termewah dan terlengkap di The Exchange, TRX

    By May 16, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANTARA buku yang dijual di MPH Bookstores The Exchange, TRX. - GAMBAR RELEVAN/KU SYAFIQ KU FOZI

    MPH Bookstores melancarkan cawangan utamanya di The Exchange, TRX, Kuala Lumpur sebagai langkah untuk kembali memainkan peranan besar dalam industri buku selepas kemeruduman akibat pandemik Covid-19 sebelum ini.

    Ketua Pegawai Eksekutifnya, Martin Cross malah menyifatkan pembukaan tersebut sebagai kelahiran semula MPH selepas beberapa cawangannya terpaksa ditutup, termasuk di Mid Valley Megamall sebelum ini.

    Jelas Cross, pandemik memberikan impak yang besar kepada industri buku apabila sekolah-sekolah ditutup dan mengganggu pasaran buku sekolah – antara pasaran terbesar dalam industri buku Malaysia.

    “Namun, pasaran umum di luar buku sekolah, saya fikir masih kukuh. Cuma pandemik memberi kesan kepada bagaimana buku dijual. 

    “Banyak kedai buku mengalami kesukaran, ada yang terpaksa tutup terus. MPH juga bergelut tetapi kini sampai masa untuk kami pulih kembali,” katanya ketika ditemui wartawan dalam majlis pembukaan cawangan MPH Bookstores di The Exchange, TRX pada 16 Mei.

    MARTIN CROSS

    Menurut Cross, cawangan MPH Bookstores itumerupakan yang terbesar dengan keluasan lebih 20,000 kaki persegi. Ini membolehkan pihaknya menyediakan ruang untuk pelbagai aktiviti, termasuk pelancaran buku, sesi bertemu peminat oleh penulis dan bengkel serta kelas.

    Keistimewaan cawangan utama itu, selain ruangnya yang luas, ialah rekaan dalamannya yang mewah dan terang, memberikan keselesaan kepada pelanggan untuk kekal lama ketika memilih buku.

    Lebih menarik, ruang yang luas membolehkan MPH mengembangkan pilihan cenderamatanya yang pelbagai. Ini bersesuaian dengan status The Exchange, TRX sebagai antara pusat beli-belah yang menjadi tumpuan pelancong.

    “Kami memilih The Exchange, TRX kerana ia menjadi pusat baharu Kuala Lumpur. Kami sukakan kedudukannya sebagai pusat kewangan, jadi ada banyak pejabat di sekitarnya. Kami juga menyediakan banyak pilihan buku-buku profesional, bukan fiksyen, usaha diri (self-help) dan perniagaan.

    “Kami juga suka sebab ada taman permainan di sini, jadi ada banyak keluarga yang datang (bercuti) pada hujung minggu. Ia demografi yang tepat,” kata Cross.

    Kerana ada ruang yang luas, seksyen kanak-kanak di cawangan itu direka lebih luas dan terbuka, membolehkan ibu bapa membawa anak-anak bukan hanya untuk memupuk minat membaca, malah bergembira.

    Menopang industri

    Dalam majlis pelancaran yang diadakan di hadapan pintu masuk MPH Bookstores The Exchange, Cross menyampaikan hasratnya untuk menjadikan kedai buku terkenal itu sebagai penyatu keluarga dan komuniti melalui aktiviti membaca.

    Malah, beliau juga berhasrat MPH Bookstores dapat menjadi rangkaian kedai buku yang mampu memupuk semangat membaca dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

    Mengulas tentang sokongan yang diberikan MPH Bookstores kepada ekosistem buku Malaysia, Cross berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama rapat dengan penerbit-penerbit tempatan, tanpa mengira bahasa terbitannya.

    RUANGAN membaca kanak-kanak. – GAMBAR RELEVAN/SYAKIR RADIN

    “Antara segmen pasaran yang sangat kukuh ialah terjemahan bahasa Melayu buku-buku bukan fiksyen terbaharu. Seperti Atomic Habits oleh James Clear dan beberapa buku lain, ia diterbitkan dalam bahasa Melayu dan menariknya, tajuknya tidak diterjemah.

    “Kami juga ada senarai jualan terbanyak mingguan yang dipamer dengan jelas, terutamanya di cawangan ini. Kami tahu ia sangat penting kepada penerbit tempatan,” katanya.

    Kurasi buku

    Dari segi pemilihan tajuk, jelas Cross, pihaknya berusaha membawa masuk tajuk-tajuk baharu selain tidak meninggalkan buku klasik yang masih mendapat permintaan.

    Kata beliau, disebabkan cawangan tersebut mempunyai ruang yang besar, mereka boleh mempelbagaikan pilihan untuk pelanggan.

    “Namun, kerja sebenar bermula hari ini kerana kami sendiri tidak dapat mengenal pasti sepenuhnya siapa yang akan datang ke kedai ini. Kami dapati di cawangan-cawangan lain, demografinya sangat berbeza.

    “Pertama, disebabkan ini pusat beli-belah yang baharu dan kedua, ini hari pertama kami buka. Kami menanti untuk lihat siapa (pelanggan) yang akan datang. 

    “Mungkin golongan pekerja pada hari minggu dan keluarga pada hujung minggu tapi kita tak tahu etniknya, julat umurnya. Jadi, sebab itu kami perlu membuat kurasi secara beransur-ansur untuk tahu apa yang pelanggan betul-betul mahu,” jelasnya. 

    Cawangan utama MPH Bookstores terletak di tingkat dua The Exchange, TRX dan sepanjang bulan pertama operasinya, pelbagai promosi akan dijalankan. 

    Ini termasuk hadiah percuma kepada pelanggan dengan nilai pembelian minimum tertentu serta diskaun harga untuk buku-buku pilihan ramai. – RELEVAN

    buku featured MPH Bookstores pendidikan perniagaan
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.