Facebook Twitter
    Trending
    • Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza
    • Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta
    • Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?
    • Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini
    • Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa
    • Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel
    • Global Sumud Flotilla: Kapal bantuan disekat, doa dan solidariti dituntut
    • Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025

      Lelaki juga boleh jadi mangsa kanser payudara?

      September 30, 2025

      Ramen berlebihan jejaskan kesihatan?

      September 26, 2025

      Produk bayi yang boleh bawa mudarat tetapi dijual berleluasa

      September 25, 2025
    • Kewangan

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025

      Bila beg Hermes dan jam Rolex jadi aset pelaburan 

      September 19, 2025

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025
    • Pendidikan

      Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

      October 6, 2025

      Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025

      Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

      October 2, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 petanda usus tidak sihat, kesan kepada kesihatan fizikal dan emosi

    7 petanda usus tidak sihat, kesan kepada kesihatan fizikal dan emosi

    By March 1, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    USUS menyediakan rahsia kesihatan yang optimum dan sebarang gangguan padanya boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi.- Foto Freepik

    SISTEM penghadaman mengandungi jumlah bakteria yang sihat untuk membantu mengawal pencernaan, memberi manfaat kepada sistem imun dan menyumbang kepada keseluruhan badan.

    Usus menyediakan rahsia kesihatan yang optimum dan sebarang gangguan padanya boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan emosi.

    Ini kerana usus adalah pusat arahan yang rumit untuk penghadaman, imuniti dan kesejahteraan emosi. Oleh itu, penting untuk kita mengekalkan kesihatan usus demi kesihatan menyeluruh.

    Berikut Relevan kongsikan tujuh petanda usus tidak sihat dengan merujuk kepada Kauvery Hospital.

    1. Sakit perut

    Kemerosotan fungsi bakteria usus dipanggil dysbiosis dan ini boleh menyebabkan makanan tidak dicerna atau disingkirkan dengan betul. Dysbiosis boleh menyebabkan sembelit, cirit-birit, ketidakselesaan, kembung dan bergas.

    Gas dan rasa kembung adalah petunjuk bahawa asid perut tidak cukup dihasilkan. Jadi, makanan akan ditapai (fermenting) di dalam perut. Bagi segelintir orang, dysbiosis  boleh menyebabkan mereka mengalami Sindrom Usus Merengsa (IBS) atau kanser kolon.

    1. Alahan makanan

    Dysbiosis juga boleh menyebabkan alahan makanan dan intolerance makanan. Ini berbeza dengan keracunan makanan, di mana kandungan bakteria atau virus yang tinggi dalam makanan menyebabkan badan membuang makanan berbahaya.

    Orang yang mengalami alahan pada makanan menunjukkan semua jenis tindak balas apabila mengambil jenis makanan tertentu. Apabila badan seseorang itu tidak dapat mencerna makanan tertentu dengan betul akan menyebabkan keadaan seperti bergas, sembelit, cirit-birit, ketidakselesaan, senak dan tekanan dalam perut.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 makanan kaya dengan probiotik, bantu kurus dan cantikkan kulit

    1. Mengidam makanan manis

    Bakteria usus merembeskan protein yang serupa dengan leptin dan ghrelin yang merupakan hormon pengatur kelaparan. Bakteria ini menjejaskan mood dan keinginan makanan. 

    Oleh itu, jika anda mengamalkan pemakanan yang sihat, anda sebenarnya telah memberi makanan yang baik kepada bakteria dalam usus. Jadi, anda akan semakin cenderung untuk makan makanan yang sihat dari semasa ke semasa dan begitulah sebaliknya. 

    Keadaan ini menjelaskan mengapa segelintir orang sentiasa cenderung kepada makanan ringan manakala segelintir lagi sentiasa mahukan makanan yang sihat.

    Disebabkan tabiat pemakanan yang tidak baik, bakteria yang baik mula mati dan bakteria jahat pula mula membiak. 

    1. Perubahan berat badan yang tidak dapat dijelaskan, nafas berbau dan kekurangan vitamin
    • Jika berat badan turun tanpa sebab, seseorang itu mungkin mengalami keadaan bakteria usus yang dipanggil pertumbuhan berlebihan bakteria usus kecil (SIBO).
    • Sekiranya mengalami penambahan berat badan tanpa sebarang perubahan dalam diet atau senaman, kemungkinan orang itu mempunyai rintangan insulin, yang merupakan pencetus diabetes Jenis 2. 
    • Rintangan insulin menyebabkan penyerapan nutrien yang lemah dan keinginan untuk makan berlebihan. Pesakit kencing manis didapati mempunyai kepekatan bakteria usus yang lebih tinggi seperti blautia, serratia dan akkermansia berbanding orang tanpa diabetes. Pesakit kencing manis juga didapati mempunyai kurang kepelbagaian bakteria usus berbanding orang yang sihat.
    • Nafas berbau atau halitosis disebabkan oleh bakteria yang tinggal di gusi antara gigi dan lidah. 
    • Walaupun mengamalkan pemakanan yang sihat, sesetengah orang menunjukkan kekurangan vitamin dan puncanya adalah ketidakseimbangan dalam bakteria usus. Kekurangan magnesium, vitamin B7, B12, D dan K menyebabkan bakteria usus dipersalahkan.
    1. Alahan makanan dan masalah kulit

    Usus yang tidak sihat disebabkan oleh pengambilan diet yang tidak baik boleh menyebabkan alahan makanan dan protein dari badan bocor keluar. Ini boleh menyebabkan keadaan kulit seperti ekzema, rosacea, jerawat, ruam dan psoriasis.

    Kajian penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal ‘Frontiers in Microbiology‘ mendapati bahawa bakteria usus yang tidak seimbang boleh menyebabkan tiga jenis alahan: kulit, makanan dan pernafasan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 8 kudapan sihat untuk kurus dan pesakit diabetes

    1. Tidur terganggu, Keletihan, gangguan mood, migrain dan kognitif yang tidak sihat

    Kelima-lima yang disebutkan di atas berkait rapat antara satu sama lain.

    • Serotonin adalah hormon yang mempengaruhi mood serta tidur kita dan kebanyakannya dihasilkan dalam usus. Ketidakseimbangan usus boleh mengganggu pengeluaran serotonin, menyebabkan insomnia dan kurang tidur.
    • Insomnia atau kurang tidur menyebabkan keletihan sepanjang hari dan meningkatkan risiko untuk keadaan yang dipanggil fibromyalgia.
    • Usus yang tidak seimbang dan keradangan sistem saraf pusat boleh menyebabkan kemurungan, kebimbangan dan perubahan mood yang juga boleh disebabkan oleh insomnia. Jadi, ia adalah masalah berganda. Ini disebabkan oleh hormon tertentu yang dipanggil peptida usus yang mengawal neurotransmitter atau isyarat antara usus dan otak.
    • Peptida usus juga boleh menjejaskan kebolehan kognitif seperti tumpuan dan fokus. Ketidakseimbangan usus turut menjejaskan pembelajaran dan ingatan.
    • Tinjauan penyelidikan yang diterbitkan dalam ‘The Journal of Headache and Pain’ telah menunjukkan bahawa sambungan usus-otak boleh menjejaskan migrain, mencetuskan migrain pada sesetengah orang dan memburukkan keadaan pada mereka yang sudah mengalaminya.
    1. Keadaan autoimun

    Usus yang sihat amat diperlukan untuk imuniti yang baik kerana hampir 70 peratus sistem imun terletak pada usus. Apabila usus tidak seimbang, ia menyebabkan pelbagai keadaan seperti keradangan dan gangguan autoimun.

    Sesetengah bakteria usus membentuk toksin yang menyebabkan keradangan dan mencetuskan beberapa keadaan yang disebutkan di atas seperti sensitiviti insulin, ekzema, sakit perut, sembelit, sindrom usus dan sakit kepala migrain.- RELEVAN

    featured imun keseluruhan kesihatan sihat usus

    Artikel berkaitan

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025

    Global Sumud Flotilla: Jangan tertipu helah Israel

    October 2, 2025
    Artikel Terkini

    Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

    October 6, 2025

    Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

    October 6, 2025

    Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

    October 3, 2025

    Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

    October 2, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.