Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » D915 jalan paling sukar dan berbahaya di dunia

    D915 jalan paling sukar dan berbahaya di dunia

    By Zubaidah IbrahimMarch 3, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JALAN D915 agak sibuk dan digunakan oleh ratusan penduduk tempatan setiap hari.

    TERLETAK 105 kilometer (km) antara bandar Of dan Bayburt di Turkiye Timur, D915 ialah jalan yang sangat berbahaya dan diakui oleh ramai pemandu sebagai jalan yang paling sukar di dunia. 

    Sebelum ini, selama bertahun-tahun, Jalan Yungas, Bolivia atau lebih dikenali sebagai ‘Jalan Kematian’ memegang gelaran tidak rasmi sebagai jalan paling berbahaya di dunia. 

    Ramai pemandu yang memuat naik foto dan video ketika melalui jalan berliku di banjaran gunung Cordillera Oriental ke ketinggian 4650 meter sehingga menjadikan Yungas sebagai salah satu tarikan pelancong paling popular di Bolivia. Ia menarik kira-kira 25,000 orang pelancong setiap tahun.

    Walaupun begitu, menurut beberapa pengembara, terdapat satu jalan yang kurang popular yang mengatasi ‘Jalan Kematian’ dari segi kesukaran iaitu D915.

    Menghubungkan Wilayah Anatolia di Timur Laut Turkiye dengan Laut Hitam, jalan pergunungan D915 menampilkan pelbagai selekoh berbahaya yang menjadikannya sangat berbahaya untuk dilalui walaupun untuk pemandu yang paling mahir.

    Sejarah jalan Babyurt – Of (D915) bermula ketika Kempen Trebizond (1916 – 1918) yang mengakibatkan penawanan Trabzon oleh tentera Rusia. 

    Dikatakan bahawa jalan itu dibina oleh tentera Rusia, mereka hanya menggunakan alatan tangan dan walaupun bahagian tertentu pada setiap hujungnya diturap dengan asfalt tetapi kebanyakannya masih terdiri daripada kerikil yang longgar.

    D915 tidak kelihatan ‘melampau’ pada permulaan jalan, tetapi apabila anda bergerak dari kedua-dua hujung, jalan menjadi lebih sempit dan curam.

    Ia menampilkan sejumlah 38 pusingan yang tajam, tetapi yang paling terkenal ialah apa yang dipanggil pusingan Derebaşı. 

    Terdapat 17 daripadanya di sepanjang 5.1 km, dari ketinggian 1,712 meter (m) hingga 2,035 m di atas paras laut dengan kecerunan memuncak pada 17 peratus.

    Tiada pagar untuk menghalang kenderaan daripada jatuh ke dalam jurang yang dalam.  Bahagian jalan yang paling curam pula sangat sempit sehingga apabila dua kenderaan bertemu dari sisi bertentangan, salah satu daripadanya perlu berundur untuk memberi ruang kepada yang lain.

    Jalan ini amat berbahaya dalam keadaan cuaca buruk seperti kabus tebal atau hujan yang mana kedua-duanya kerap berlaku, walaupun ketika musim panas. 

    Oleh kerana salji dan ais akan menjadikan D915 jauh lebih berbahaya untuk dilalui, ia biasanya ditutup antara bulan Oktober dan akhir Jun atau awal Julai.

    Beberapa selekoh pada D915 begitu sempit, kenderaan yang lebih besar bergelut untuk mengemudinya. Jalan ini agak sibuk dan digunakan oleh ratusan penduduk tempatan setiap hari. 

    Terdapat dua jalan alternatif lain antara Of dan Bayburt, tetapi D915 kurang melencong, jadi ia lebih disukai, walaupun berbahaya.

    Puncak gunung D915 menawarkan beberapa pemandangan yang luar biasa, tetapi kerana jalan yang sangat mencabar dan berbahaya untuk ke puncak, maka ia tidak disyorkan sebagai tarikan pelancong. 

    Satu pergerakan yang salah boleh berakhir dengan tragedi, jadi hanya pemandu yang berpengalaman dan mahir boleh mengendalikan jalan ini.- RELEVAN

    Previous Article7 petanda usus tidak sihat, kesan kepada kesihatan fizikal dan emosi
    Next Article Berpuasa juga perlu bersenam, ini cara sihat untuk melakukannya

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.