Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kepentingan dan manfaat belajar main rekoder di sekolah

    Kepentingan dan manfaat belajar main rekoder di sekolah

    By February 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SILIBUS pendidikan muzik sekolah rendah memerlukan murid belajar menggunakan instrumen rekoder. Kita semua yang pernah mengalami pendidikan rendah di sekolah awam pasti pernah belajar main rekoder juga.

    Pembelajaran muzik menggunakan rekoder banyak diperlekeh dalam media sosial. Kononnya, pembelajaran itu tidak menyumbang apa-apa kepada kehidupan pelajar.

    Relevan menghubungi dua pensyarah muzik, Ruviyamin Ruslan dan MK Ridzuan untuk tahu, betulkah pembelajaran muzik menggunakan rekoder di sekolah rendah tiada faedah?

    Untuk otak dan emosi

    MK Ridzuan bermula dengan menjelaskan, pembelajaran muzik di peringkat sekolah rendah bukan bertujuan melahirkan pemuzik dalam kalangan pelajar.

    “Mungkin ada yang berminat dan berbakat untuk jadi pemuzik, itu bonus. Tapi tujuannya bukan itu.

    “Pendidikan muzik di sekolah bertujuan melatih otak pelajar, meningkatkan kemahiran berbahasa dan matematik serta menambah baik koordinasi otot,” katanya.

    MK RIDZUAN

    Bagi Ridzuan yang juga seorang pemuzik, pendidikan muzik memainkan peranan penting dalam perkembangan otak kanak-kanak.

    Banyak kajian neurosains, kata beliau, menunjukkan bahawa aktiviti bermain muzik menambah baik struktur dan merangsang otak pelajar.

    “Bermain muzik ialah aktiviti berbilang tugas (multitask): pelajar perlu membaca (not), main instrumen dan mendengar pada masa sama.

    “Bayangkan otak kita macam otot-otot di badan. Apabila bermain muzik, kita seperti bersenam menguatkan otot-otot pada otak,” katanya.

    Nada sama turut disuarakan Ruviyamin yang melihat pendidikan muzik sebagai ruang untuk pelajar mempelajari disiplin mengawal dan menyampaikan perasaan. Ini berkaitan tahap emosi (emotional quotient — EQ) pelajar.

    Jelas beliau, pembelajaran tentang nada, ritma, hubungan minda dengan jari dan bermain dalam pasukan merupakan medium untuk menyampaikan perasaan.

    “Kalau berjaya, murid jadi lebih yakin dan tersusun dalam mempersembahkan sesuatu dan menjadi lebih empati terhadap perasaan orang lain,” katanya.

    Murah dan mudah

    Itu faedah pendidikan muzik secara umum tetapi persoalan yang lebih besar, kenapa rekoder? Kenapa bukan gitar, seruling, trumpet atau dram?

    RUVIYAMIN RUSLAN

    Jawapan Ruviyamin ringkas — sebab rekoder antara instrumen bernada yang paling murah dan mudah dibawa.

    Kata pereka bunyi itu juga, rekoder mudah diajar kerana ia tidak melibatkan terlalu banyak susunan jari.

    Kalau tak mahu jawapan ringkas, Ridzuan menjelaskan dengan lebih terperinci. Kata beliau, rekoder alat yang mudah untuk digunakan kanak-kanak.

    “Kalau kita tiup rekoder, pasti akan keluar bunyi. Tapi kalau trumpet, belum tentu semua akan dapat keluarkan bunyi,” katanya.

    Jelas Ridzuan, rekoder sesuai dengan keupayaan fizikal kanak-kanak. Pembelajaran instrumen lain seperti biola adalah rumit dan ia memerlukan pembelajaran yang lebih berfokus serta masa yang lama.

    “Kanak-kanak terlalu kecil untuk menguasai instrumen yang memerlukan koordinasi otot yang kompleks dan bentuk fizikal yang besar.

    “Sekali lagi, pendidikan muzik di sekolah rendah bukan untuk mereka mampu bermain dalam satu orkestra tetapi untuk melatih otak dan otot,” terangnya.

    Faedah terlindung

    Kesimpulan akhirnya, pendidikan muzik di sekolah rendah yang menggunakan rekoder sebagai instrumen penting untuk perkembangan otak pelajar, terutamanya yang masih di usia kanak-kanak.

    Faedah itu mungkin tak dapat dilihat secara kasar kerana kita tak guna rekoder untuk apa-apa urusan sebagai orang dewasa. Namun, pembelajaran muzik menggunakan rekoder itulah yang merangsang otak dan melatih emosi kita sewaktu kecil.

    Bayangkan membesar tanpa rangsangan otak dan latihan emosi yang cukup, mampukah kita berfungsi dengan baik sebagai seorang dewasa sekarang?

    Malah, kita patut bersyukur silibus pendidikan muzik di sekolah hanya memerlukan pelajar membeli rekoder. Sekurang-kurangnya, semua pelajar tanpa mengira pendapatan keluarga dapat menikmati pembelajaran tersebut. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.