Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tiga kesilapan lazim ketika merancang belanjawan

    Tiga kesilapan lazim ketika merancang belanjawan

    By February 8, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BOLEH jadi, kegagalan seseorang bertahan dengan belanjawannya berpunca daripada proses pembentukan belanjawan itu sendiri. - GAMBAR HIASAN/TOWFIQU BARBHUIYA (Unsplash)

    BELANJAWAN ialah elemen penting dalam pengurusan kewangan peribadi. Banyak pakar menyarankan pembinaan belanjawan sebagai langkah asas untuk menguruskan wang.

    Namun, sekadar membina belanjawan belum cukup. Ada banyak elemen lain diperlukan bagi memastikan belanjawan tersebut berfungsi dengan cekap dan berkesan.

    Boleh jadi, kegagalan seseorang bertahan dengan belanjawannya berpunca daripada proses pembentukan belanjawan itu sendiri. Mungkin, belanjawan yang dibuat kurang realistik. 

    Belanjawan yang terlalu bercita-cita tinggi sukar untuk dituruti, malah boleh menghakis semangat untuk terus berdisiplin menguruskan kewangan. 

    Jika semangat menguruskan kewangan anda pernah diragut kesilapan membuat belanjawan, atau tak pernah kena lagi tapi nak elak, ikuti perkongsian daripada Ketua Nasihat Kewangan Monarch Money, Natalie Taylor ini.

    • Terlepas pandang belanja bukan bulanan

    Orang biasa buat belanjawan ikut bulan sebab kebanyakan kita menerima gaji pun secara bulanan. 

    Belanjawan boleh terganggu apabila tiba-tiba ada perbelanjaan lebih pada sekian-sekian bulan. Anda pun tak pasti dari mana datang belanja itu kerana ia tidak dicatat dalam belanjawan bulanan.

    Sebenarnya, taklah misteri sangat kewujudan belanja tambahan itu. Selalunya, ia datang dalam bentuk komitmen tahunan yang tak dibayar setiap bulan seperti cukai hartanah, premium insuran tahunan, barang sekolah anak-anak atau belanja sempena perayaan.

    Kalau ini yang mengganggu belanjawan anda, lakukan perkara berikut.

    Pertama, kenal pasti belanja-belanja bukan bulanan yang ada. Buat senarai dan tentukan nilai yang perlu dibelanja.

    Kemudian, tambahkan semua nilai tersebut. Jumlah akhir yang diperlukan, bahagikan dengan 12 (sebab setahun ada 12 bulan). Dengan ini, anda akan dapat jumlah bulanan yang diperlukan untuk semua perbelanjaan tersebut.

    Akhirnya, asingkan simpanan untuk jumlah bulanan yang diperlukan itu. Dengan cara ini, perbelanjaan bukan bulanan tidak akan mengganggu belanjawan anda lagi.

    • Lupa belanjawan untuk hal-hal seronok

    Jangan anggap belanjawan macam pengawas kewangan yang tegas tak tentu hala. Kita perlu ingat bahawa belanjawan bukan dibentuk untuk membunuh nafsu berbelanja. Ia hanya membantu kita mengawal perbelanjaan dengan lebih baik.

    Jadi, jangan ketepikan keseronokan apabila merancang belanjawan. Letakkan juga belanja suka-suka, baik untuk makan sedap, tonton konsert atau aktiviti menyeronokkan lain.

    Jika memang pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk bersuka ria, asingkan duit dari bonus, komisen atau kerja sampingan yang dibuat. 

    Cuba seimbangkan antara keperluan menyimpan dengan berbelanja untuk menikmati hidup. Jika untuk berseronok sudah dicatatkan dalam belanjawan, anda mempunyai lebih kebebasan untuk berbelanja pada hal-hal yang disukai.

    Malah, kebebasan yang ada juga terkawal sebab kira-kiranya sudah dibuat awal dalam belanjawan.

    • Cuba jejak setiap sen

    Belanjawan memang bertujuan mengawal perbelanjaan kita tetapi ia tidak bermakna setiap sen perlu dijejak mana keluar-masuknya.

    Kalau anda ada cukup tenaga dan masa untuk berbuat demikian, dipersilakan. Namun, kalau tak mampu, jangan kecewa. 

    Taylor mencadangkan perkara berikut: berbanding menetapkan kategori belanja yang terperinci atau menjejak perbelanjaan setiap hari, pecahkan belanjawan anda kepada dua hal saja – tetap dan anjal.

    Perbelanjaan tetap bermaksud jumlahnya sama setiap bulan; perbelanjaan yang keputusannya sudah dibuat sebelum ini. Sewa rumah, bayaran kereta, bil utiliti dan ansuran telefon, contohnya.

    Perbelanjaan anjal pula ialah perbelanjaan yang keputusannya dibuat secara aktif dari masa ke masa. Hari ini nak makan apa? Perlu tak beli baju baharu?

    Letakkan kedua-dua jenis perbelanjaan ini dalam belanjawan. Untuk perbelanjaan tetap, jumlahnya anda sudah tahu. Bakinya (selepas ditolak simpanan) guna untuk perbelanjaan anjal.

    Apabila kedua-dua perkara ini sudah diletakkan had, belanjawan anda dalam keadaan baik. Tak perlu nak jejak setiap sen yang digunakan. – RELEVAN

    belanjawan featured kewangan tip kewangan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.