Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip menurunkan tahap kolesterol demi kesihatan yang lebih baik

    5 tip menurunkan tahap kolesterol demi kesihatan yang lebih baik

    By Umi FatehahJanuary 3, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 tip menurunkan tahap kolesterol demi kesihatan yang lebih baik. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/PEXELS

    KOLESTEROL tidak semestinya buruk untuk manusia, malah tubuh manusia memerlukan kolesterol bagi menghasilkan hormon dan sel yang sihat.

    Cuma, apabila kolesterol ‘jahat’ terlalu tinggi, ia menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.

    Ini kerana, kolesterol terbahagi kepada dua jenis, iaitu: 

    • Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL), sejenis kolesterol jahat yang menyumbat arteri. Anda seeloknya mengekalkan tahap LDL di bawah 100 mg/dL.
    • Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL), sejenis kolesterol baik yang membantu membersihkan kolesterol LDL daripada arteri anda. Pakar menasihatkan agar anda mengekalkan kadar HDL pada tahap 60 mg/dL atau lebih tinggi.

    Tahap kolesterol ialah perkara penting untuk diambil perhatian. Apabila anda mempunyai terlalu banyak kolesterol dalam darah, ia akan mula terkumpul di dalam saluran darah (juga dikenali sebagai plak). 

    Ia akan mengeras dan menyempitkan arteri serta menyebabkan darah tidak dapat mengalir dengan baik. 

    Dalam beberapa kes, plak boleh pecah dan ketulan darah (darah beku) akan terbentuk di kawasan tercedera. 

    Jika bekuan darah itu tersekat dalam arteri koronari yang terletak dalam otot jantung, ia boleh menyekat aliran darah dan menyebabkan serangan jantung.

    Ketulan darah juga berpotensi bergerak mengikut saluran darah kepada otak. Jika saluran darah untuk ke otak terganggu atau tidak lancar, ia boleh menyebabkan strok.

    Sekiranya anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi, cepat-cepat ambil tindakan. Berikut, Relevan kongsikan beberapa tip untuk mengurangkan kolesterol.

    1. Amalkan diet yang lebih sihat

    Penjagaan pemakanan ialah elemen penting untuk menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL. 

    Anda dinasihatkan untuk kurangkan atau elakkan pengambilan lemak tepu dan trans kerana ia meningkatkan kolesterol LDL.  Lemak tepu boleh didapati dalam makanan seperti daging merah, daging yang diproses seperti sosej dan pepperoni. 

    Lemak trans dibuat melalui proses menggunakan hidrogen untuk menukar minyak (cecair) kepada lemak (pepejal). Lemak tidak sihat ini bukan sahaja meningkatkan kolesterol LDL, tetapi juga menurunkan kolesterol HDL.

    Lemak trans boleh didapati dalam makanan bergoreng, makanan segera, biskut dan keropok. Dalam erti kata lain, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan makanan yang disebutkan di atas.

    Sebaliknya, dapatkan lemak sihat daripada ikan berlemak seperti salmon dan tuna, minyak zaitun dan kacang soya. Apa yang penting, ambil dalam kuantiti yang terkawal dan berpada-pada.

    1. Banyakkan bersenam

    Bersenam penting untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan dalam keadaan baik. Ia juga boleh membantu meningkatkan kolesterol HDL anda. Cuba lakukan senaman aerobik selama 30 hingga 60 minit beberapa kali seminggu. 

    Anda juga boleh lakukan senaman ringan seperti berjalan selama 10 minit pada waktu pagi, 10 minit pada waktu makan tengah hari dan 10 minit apabila anda pulang dari kerja atau sekolah. 

    1. Turunkan berat badan

    Amalan pemakanan yang baik dan kerap bersenam akan membantu anda mengurangkan berat badan. Jika berat badan berlebihan atau obes, anda perlu sekurang-kurangnya menurunkan berat badan dari 3kg hingga 5kg untuk menurunkan kolesterol LDL dan meningkatkan kolesterol HDL.

    1. Berhenti merokok

    Merokok adalah tabiat buruk yang perlu ditinggalkan atas banyak sebab. Selain meningkatkan risiko kanser dan penyakit paru-paru, bahan kimia dalam asap rokok juga merosakkan saluran darah dan mempercepat pembentukan plak di dalam arteri.

    Usaha untuk berhenti merokok boleh menjadi sangat mencabar tetapi terdapat banyak jenis sokongan dan sumber yang tersedia. Dapatkan nasihat doktor atau bekas perokok tegar yang berjaya berhenti tentang kumpulan sokongan atau program yang boleh disertai. Gula-gula nikotin juga boleh membantu untuk berhenti merokok. 

    1. Dapatkan preskripsi doktor untuk ubat penurunan kolesterol

    Jika perubahan gaya hidup tidak membantu menurunkan kolesterol jahat, berbincang dengan doktor anda berkaitan ubat preskripsi yang boleh membantu. 

    Sesetengah ubat dapat menurunkan kolesterol LDL, sementara yang lain meningkatkan kolesterol HDL. Ada juga ubat spesifik yang boleh melakukan kedua-duanya. – RELEVAN

    Previous ArticleArtikel kewangan Relevan yang paling popular sepanjang 2023: KWSP, e-Madani jadi perhatian
    Next Article 5 strategi menyelesaikan konflik di tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.