Facebook Twitter
    Trending
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara untuk menjadi lebih bijak

    5 cara untuk menjadi lebih bijak

    By Umi FatehahNovember 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DUNIA hari ini lebih kompetitif berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sama ada mahu dipilih menjadi sebahagian daripada jawatankuasa tertinggi, kenaikan pangkat atau keputusan akademik yang cemerlang, masing masing mempunyai matlamat yang sama iaitu menjadi lebih bijak.

    Meningkatkan keupayaan otak juga boleh memberi pelbagai manfaat dalam kehidupan, bukan dalam akademik atau kerjaya sahaja. 

    Meskipun dengan meningkatkan kebijakan atau kepandaian tidak mungkin akan meningkatkan paras intelligence quotient (IQ), penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang mengambil langkah untuk memelihara kesihatan otak boleh mengelakkan beberapa masalah yang berkaitan dengan penuaan dan keadaan perubatan tertentu.

    Berikut ialah cara bagaimana kita boleh menjadi lebih bijak pandai.

    1. Jadi ulat buku

    Membaca bukan sahaja cara yang bagus untuk berehat dan mengurangkan tekanan, tetapi ia juga mampu meningkatkan kuasa otak. Membaca juga membantu anda memberi tumpuan, membina ingatan, melihat masalah daripada pelbagai perspektif dan mempelajari idea baharu. 

    Ia juga membantu meluaskan lagi kosa kata dan secara tidak langsung meningkatkan kemahiran dalam bahasa buku yang dibaca.

    1. Jadi kamus tesaurus bergerak

    Apabila kosa kata semakin meluas melalui pembacaan, anda akan lebih mampu memahami perkara yang dibaca dan didengar serta menyatakan idea dengan lebih jelas dan ringkas. Kemahiran ini boleh membantu menyumbang kepada kejayaan di sekolah dan di tempat kerja.

    1. Main permainan minda

    Jika anda menikmati permainan, apa kata anda cuba pula permainan minda. Kajian terdahulu telah membuktikan bahawa permainan minda dapat meningkatkan kecerdasan otak. 

    Dalam kajian tersebut, individu berumur antara 50 hingga 93 tahun yang menyelesaikan teka-teki nombor lebih daripada sekali sehari mempunyai prestasi kognitif yang unggul pada 10 ukuran berbeza.

    Sama ada anda menyelesaikan teka-teki logik, teka silang kata, sudoku anda pasti akan melibatkan kemahiran penaakulan, penyelesaian masalah dan ingatan. 

    1. Cabar ingatan anda

    Binatang yang dikatakan mempunyai ingatan yang paling unggul ialah dolfin. Sekiranya anda mahu mempunyai daya ingatan seunggul dolfin, tugaskan diri anda untuk mengingat kembali maklumat berbanding menggali semula nota-nota lama. 

    Jika anda mempelajari teknik ingatan, prestasi ingatan anda akan bertambah baik. Jika anda tidak menggunakan daya ingatan dan tidak mahu berfikir, ingatan anda akan pudar.

    1. Bina fokus setajam laser

    Kita telah menjadi masyarakat yang buat pelbagai tugas dalam satu masa (multitask), tetapi kajian menunjukkan bahawa melakukan lebih daripada satu perkara pada satu masa adalah tidak bagus untuk otak.

    Semakin anda boleh fokus satu kerja pada satu masa, lebih banyak input yang anda boleh serap dan ingat. Petua ini sangat berguna bagi para pelajar. Fokus ulang kaji satu subjek terlebih dahulu bagi memastikan setiap maklumat dapat difahami dan diingati. Pasti prestasi pelajaran anda semakin meningkat. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.