Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tenangkan anak yang sedang meragam ketika beraya dengan cara ini

    Tenangkan anak yang sedang meragam ketika beraya dengan cara ini

    By Umi FatehahApril 9, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tenangkan anak yang sedang meragam ketika beraya dengan cara ini. - GAMBAR HIASAN ARWAN SUTANTO/UNSPLASH

    “BUDAK tengah membesar, biasalah tu meragam”.

    Betul, tetapi tidak bermakna ibu bapa boleh ambil mudah dan membiarkan sahaja anak-anak meragam lebih-lebih lagi di hadapan ramai orang.

    Jeritan dan tangisan anak juga boleh membuatkan orang sekeliling kurang selesa. Jadi, ibu bapa akan mula berasa tertekan dan perlu menenangkan anak secepat mungkin. 

    Tetapi, ada kalanya mereka tidak termakan pujukan. Dalam situasi ini, ibu bapa mungkin rasa seperti mahu menangis bersama kerana tidak tahu bagaimana carangan untuk menenangkan anak-anak. 

    Jangan risau, pengalaman yang ‘mengerikan’ itu sebenarnya normal dalam kalangan ibu bapa. Berikut ialah lima petua yang boleh membantu anda menenangkan dan mengajar mereka mengawal diri.

    1. Persiapkan diri anda

    Sebagai orang dewasa yang sudah berakal, kita perlu lebih bersedia menghadapi situasi sebegitu. Tidak ada gunanya sekiranya anda marah dan menjerit kepada anak untuk mereka diam. Mungkin ia akan memburukkan keadaan, ditambah pula dengan rasa serba salah kerana memarahi anak.

    Mood kanak-kanak boleh berubah pada bila-bila masa dan tidak boleh diramal. Namun, jika diperhatikan dengan teliti, terdapat beberapa perkara yang boleh menjadi punca kepada amukan raksasa kecil. 

    Sama ada mengantuk, lapar atau panas, anda yang lebih mengenali anak. Langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mengenal pasti perkara yang boleh mencetuskan ragam anak-anak. 

    Setelah itu, cuba bersedia untuk mencegah daripada mereka meragam dan gunakan bantuan seperti mainan serta makanan untuk mengalihkan perhatian. 

    Terdapat beberapa cara untuk mengawal anak-anak berdasarkan emosi mereka seperti yang dicadangkan oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).

    • Peringkat 1: Menjerit, menangis, merengek

    Bawa anak ke tempat lain untuk mengalihkan perhatian. Kanak-kanak mempunyai jangka masa perhatian yang singkat (short attention span). Gunakannya dan cuba alih perhatian kanak-kanak dengan menawarkan mainan atau makanan. 

    Libatkan mereka dalam aktiviti yang berbeza dan bawa anak jauh daripada persekitaran yang menyebabkan mereka meragam. 

    Sekiranya mereka meragam kerana tidak dapat sesuatu, cuba berunding dan tawarkan alternatif kepada apa yang mereka inginkan. 

    Sebagai contoh, anak menangis kerana berebut kereta mainan dengan kanak-kanak lain. Tawarkan mainan lain untuk mengalihkan perhatian dan menenangkan anak. 

    • Peringkat 2: Menjatuhkan badan, menjerit, berguling-guling di atas lantai

    Pastikan terdapat ruang yang lapang supaya kanak-kanak tidak mencederakan diri sendiri secara fizikal ketika meragam. Abaikan sahaja tingkah laku sebegini kerana mereka hanya mahukan perhatian.

    • Peringkat 3: Merengek, menangis tanpa henti

    Tenangkan anak dengan menggosok atau membelai badan mereka. Tawarkan objek atau aktiviti alternatif untuk mengalihkan perhatian. Sekiranya mereka sudah mula berhenti menangis, pujuk anak dengan kasih sayang.

    1. Tetapkan jangkaan tingkah laku

    Sebelum pergi ke mana-mana, beritahu mereka aktiviti seharian yang akan dilakukan dan jelaskan anda mahu mereka jaga tingkah laku masing-masing.

    “Nak, hari ini kita akan beraya ke rumah Pakcik Mat dan Pakcik Munir. Jaga perangai ya semua. Tak elok menjerit dan menangis di rumah orang,” – contohnya.

    Mempunyai garis panduan yang jelas akan membantu mereka memahami perkara yang boleh diterima dan apa yang tidak. Elakkan mengugut mereka untuk melakukan yang terbaik kerana ini akan membawa kepada masalah kesejahteraan yang lain. 

    “Kalau kamu tak jaga perangai dan buat kecoh di rumah orang, siap-siaplah kena rotan dengan ayah balik nanti,” – elakkan ugutan sebegini. 

    1. Puji apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang baik

    Melalui pujian, mereka akan belajar bahawa sekiranya mereka tidak meragam, menjerit atau marah, ia merupakan perkara yang baik dan perlu terus dilakukan. 

    “Bagus anak ayah tak menjerit atau marah-marah. Macam inilah anak soleh, boleh masuk syurga,” – contohnya.

    Pujian boleh menggalakkan anak-anak menguruskan emosi mereka dengan lebih baik pada masa hadapan.

    1. Kekal santai walau jiwa terbantai

    Mungkin sukar untuk kekal santai dalam keadaan anak meragam tetapi cuba sehabis baik. Walaupun mungkin darah sudah mendidih, jangan tunjukkan pada anak. Tarik nafas sedalamnya dan ingatkan diri bahawa tingkah laku ini adalah normal untuk peringkat umur mereka. 

    Kekal tenang, elakkan daripada meninggikan suara dan jangan bertindak dalam keadaan beremosi.

    Jika boleh, pindahkan anak anda ke kawasan yang lebih tenang dan kurang sesak untuk meminimumkan gangguan. Kadangkala, perubahan persekitaran boleh membantu anak bertenang dan mengawal emosi mereka. 

    Elakkan mengalah kepada tuntutan mereka semata untuk hentikan ragam kerana ini mungkin akan membuatkan mereka terbiasa dengan tingkah laku ini. – RELEVAN

    anak anak-anak featured menangis menjerit meragam pujuk
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.