Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pertahan reformasi ekonomi, nikmati kestabilan politik

    Pertahan reformasi ekonomi, nikmati kestabilan politik

    By October 19, 2023Updated:October 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BELANJAWAN 2024 menggariskan reformasi struktur dalam bentuk rasionalisasi subsidi dan peluasan asas hasil. - GAMBAR JABATAN PENERANGAN

    SAYA buka anekdot ini dengan suapan data dan nombor buat anda.

    2024 akan menjadi tahun ke-26 negara membentang belanjawan defisit. Pada 2022, defisit kita tinggi: 5.6 peratus. Pastilah puncanya Covid-19, kita sedang berusaha untuk pulih. Belanjawan 2023 pula menyasarkan defisit 5.0 peratus.

    Dalam Belanjawan 2024, sasaran defisit terus berkurang kepada 4.6 peratus. Tahun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran sukar, untuk mencapai defisit 3.2 peratus menjelang 2025.

    Nombor seterusnya: hutang dan liabiliti negara melepasi paras RM1.5 trilion, bersamaan 82 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). 

    Hutang tinggi, terutamanya dalam mata wang tempatan tidak begitu bermasalah tetapi, ini penting, bayaran khidmat hutang pada 2024 adalah sebanyak RM46.1 bilion. Ini yang menjerut perbelanjaan kerajaan kerana untuk membayar hutang saja, 15.2 peratus daripada hasil sudah diperuntukkan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Reformasi struktur perlukan keberanian, jangan tunduk pada populariti – Rafizi

    Defisit dan hutang tinggi ini baik atau tidak? Ini kena tanya ramai pakar ekonomi kerana isu ini banyak khilaf; ada yang kata baik, ada yang kata buruk. Yang pasti, kita mahu kewangan negara sihat supaya banyak wang boleh diperuntukkan kepada kesejahteraan rakyat.

    Sesiapa dengan akal rasional dan berperikemanusiaan mahu setiap belanjawan yang dibentangkan kerajaan dapat membantu rakyat miskin, baik dari segi bantuan kewangan langsung, peluang pekerjaan dengan gaji bermaruah atau bantuan perlindungan sosial yang saksama.

    Sekarang, biar saya bantu anda menghadam semua data dan nombor yang disuap tadi.

    Jika defisit dan hutang kita kekal tinggi lalu menghalang kerajaan untuk berbelanja demi rakyat, sesuatu perlu dilakukan.

    Kalau mahu kurangkan perbelanjaan, ia sudah membatalkan hasrat awal untuk membantu rakyat. Maka, jalan yang lebih baik adalah dengan merasionalkan perbelanjaan.

    Sebab itu antara inti penting Belanjawan 2024 ialah rasionalisasi subsidi: pemberian subsidi yang pukal dirombak supaya lebih bersasar, tidak tiris hingga menyenangkan mereka yang sedia senang.

    Seterusnya, hasil perlu ditambah. Maka, ada cukai baharu yang diperkenalkan, iaitu cukai keuntungan modal dan cukai barang bernilai tinggi. Malah, cukai perkhidmatan juga ditingkatkan daripada enam peratus kepada lapan peratus.

    ARTIKEL BERKAITAN: Belanjawan 2024: Cukai perkhidmatan meningkat, cukai keuntungan modal diperkenal

    Tentang cukai perkhidmatan itu, kita perlu pantau janji Perdana Menteri bahawa ia tidak akan membebankan rakyat. Jangan manis di Parlimen, pahit di kedai runcit.

    Walau bagaimanapun, usaha peluasan asas hasil dan rasionalisasi subsidi merupakan antara sari penting dalam Belanjawan 2024. Usaha ini sudah mula digerakkan sejak Belanjawan 2023 dan kita dapat lihat semangatnya diteruskan dalam belanjawan kali ini.

    Usaha reformasi struktural sebegini perlu dipertahankan rakyat kerana kesannya akan berpanjangan untuk negara. Tidak kira parti mana yang mengambil alih kerajaan selepas pilihan raya seterusnya, jika perbelanjaan sudah secara struktur dijadikan bersasar dan asas hasil sudah diperluas, ruang fiskal untuk membantu rakyat sudah sedia besar. 

    Reformasi yang dicadangkan kerajaan dalam dua Belanjawan Madani, jika berlangsung lancar, akan mengubah data dan nombor yang saya kemukakan pada awal artikel tadi.

    Sudah sekian lama negara terperangkap dalam krisis politik yang memenangkan polisi popular tetapi memihak kepada status quo yang tidak progresif. Kini kita sedang menuai hasil kestabilan, usaha-usaha mengubah tunjang ekonomi boleh dirancang dan dilaksanakan.

    Pertahankan kestabilan politik supaya usaha reformasi struktural ekonomi dapat dijayakan. Ini hasil akhir segala yang saya sampaikan sejak awal artikel. – RELEVAN

    Anekdot Relevan artikel pilihan Belanjawan 2024 featured kewangan

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.