Facebook Twitter
    Trending
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    • Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa
    • 7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 
    • Elak 7 kesilapan ini ketika sahur
    • 10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’
    • Masih dilema memilih jurusan apa? Ini kata pakar
    • Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026
    • Pendidikan

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026

      10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

      February 18, 2026

      Panduan hilangkan mengantuk ketika memandu

      February 16, 2026
    • Kerjaya

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 kudapan sihat untuk kurus dan pesakit diabetes

    8 kudapan sihat untuk kurus dan pesakit diabetes

    By Zubaidah IbrahimSeptember 4, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TERDAPAT banyak makanan sihat yang boleh dijadikan kudap-kudapan untuk mereka yang mahu kurus dan pesakit diabetes.

    LEPAS makan berat mesti mulut rasa hendak mengunyah kudap-kudapan dan pastikannya kita akan terfikir pelbagai makanan ringan walaupun tahu ia tidak baik untuk kesihatan.

    Namun, bagi pesakit diabetes dan individu yang mahu menurunkan berat badan, kudap-kudapan menjadi ancaman kepada mereka. Bukan mudah hendak melawan keinginan yang membuak-buak untuk mengunyah kudapan.

    Usah risau, sebenarnya terdapat banyak makanan sihat yang boleh dijadikan kudap-kudapan.

    Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad menerusi perkongsian di Facebook miliknya telah menyenaraikan jenis-jenis kudapan yang sihat untuk diambil oleh pesakit diabetes dan mereka yang mahu menurunkan berat badan seperti berikut:

    1.   Coklat gelap (dark chocolate)

    Coklat gelap mempunyai rasa sedikit pahit tetapi ia cara yang sihat untuk memenuhi keinginan menikmati rasa manis bagi penghidap diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

    Coklat gelap juga kaya dengan flavonoid iaitu sejenis sebatian tumbuhan yang bagus untuk pesakit diabetes. Cari coklat gelap yang mempunyai sekurang-kurangnya 70% koko.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 makanan ini buat perut lebih kenyang, bantu kuruskan badan

    1.   Pear

    Pear mengandungi serat yang banyak. Serat melambatkan penyerapan gula maka, ia dapat menstabilkan paras gula dalam darah selepas makan.

    Menurut kajian, makan pear segar juga boleh menjadi strategi yang berkesan untuk membantu meningkatkan kawalan gula dalam darah bagi penghidap diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

    1.   Epal

    Buah epal mengandungi lima gram serat dalam satu epal bersaiz sederhana. Ia juga mempunyai indeks glisemik yang rendah dengan itu melambatkan penyerapan gula ke dalam darah.

    Cuba hiris sebiji epal dan tambahkan sedikit kayu manis untuk kudapan yang mudah dibawa ke mana-mana.

    1.   Jambu batu

    Jambu batu adalah buah yang terbaik untuk pesakit diabetis kerana ia kaya dengan serat. Buah ini juga kaya dengan vitamin C.

    Vitamin C adalah vitamin antioksidan yang menghalang proses oksidatif yang merosakkan tubuh akibat tahap gula yang tinggi dalam darah.

    1.   Avokado

    Buah ini mempunyai lemak sihat mono-unsaturated yang tinggi. Selain itu, ia juga mempunyai serat yang tinggi.

    Tahap karbohidratnya yang sangat rendah sesuai untuk pesakit diabetes dan individu yang ingin menurunkan berat badan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 makanan ini boleh jadi racun jika dipanaskan semula

    1. Buah naga

    Buah naga menjadi makanan sihat yang tinggi serat terutamanya yang berwarna merah dengan mengandungi anthocyanin yang membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi daripada komplikasi kesihatan berkaitan dengan diabetes.

    1.   Belimbing

    Belimbing mengandungi vitamin C yang tinggi. Tahap serat yang tinggi bagus untuk rasa cepat kenyang dan melambatkan penyerapan gula dalam darah.

    1.   Greek Yogurt

    Dalam setiap 200 gram yogurt mengandungi 20 gram protein. Ia meningkatkan pengambilan protein dalam makanan.

    Greek yogurt juga dapat mengawal selera makan dan mengurangkan keinginan untuk makan lebih banyak.

    Ia kaya dengan vitamin D dan probiotik yang boleh meningkatkan sistem daya tahan dan membaiki kesihatan perut dan usus kita. – RELEVAN

    Previous ArticleKemunculan varian baharu Covid-19 dilaporkan
    Next Article Memahami Hepatitis A, B,C, D dan E serta cara jangkitan  

    Artikel berkaitan

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026

    10 masjid tercantik untuk misi ‘masjid hopping’

    February 18, 2026
    Artikel Terkini

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026

    Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

    February 20, 2026

    Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

    February 19, 2026

    7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

    February 19, 2026

    Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

    February 18, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.