Facebook Twitter
    Trending
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami Hepatitis A, B,C, D dan E serta cara jangkitan  

    Memahami Hepatitis A, B,C, D dan E serta cara jangkitan  

    By Zubaidah IbrahimSeptember 5, 2023Updated:September 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    DI Malaysia, program vaksinasi Hepatitis B untuk kanak-kanak telah diperkenalkan pada tahun 1989 dan telah berjaya mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia kepada 0.01 peratus.- GAMBAR HIASAN

    HEPATITIS merupakan keradangan hati yang boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor termasuklah daripada virus berjangkit atau agen tidak berjangkit.

    Virus hepatitis adalah penyebab hepatitis paling lazim di dunia, namun faktor jangkitan lain seperti pengambilan ubat-ubatan dan toksin (misalnya alkohol). Penyakit hati berlemak atau penyakit autoimun juga boleh menjadi punca hepatitis.

    Pakar Perunding Gastroenterologi dan Hepatologi Pediatrik dari Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr. Ong Sik Yong, berkata, terdapat lima jenis utama virus hepatitis iaitu hepatitis A, B, C, D, dan E.

    “Kesemua virus hepatitis ini boleh menyebabkan hepatitis tetapi cara transmisi mereka adalah berbeza, sekali gus membezakan kaedah pencegahannya.

    “Di samping rawatan khusus, rawatan kepada kanak-kanak juga akan bertumpu kepada menyokong keadaan umum pesakit untuk mengembalikan semula kesihatan mereka.

    “Selain itu, ubat-ubatan atau toksin yang dikenal pasti sebagai punca keradangan hati akan diberhentikan dengan serta merta,” katanya.

    Tambahnya, dalam kebanyakan kes hepatitis akut, keadaan pesakit boleh pulih sepenuhnya dengan rawatan yang sewajarnya.

    Walau bagaimanapun, dalam keadaan jarang, penyakit ini boleh mengakibatkan kegagalan hati akut yang boleh mengancam nyawa dalam tempoh yang singkat.   

    Hepatitis A tidak menyebabkan penyakit hati kronik. Namun begitu, Hepatitis B dan C boleh menyebabkan jangkitan kronik dan pesakit yang dijangkiti mungkin berisiko maut akibat sirosis hati dan kanser hati. 

    “Kanak-kanak yang menghidapi hepatitis memerlukan pemeriksaan perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit sebelum rawatan khusus boleh diberikan.

    “Terdapat juga penyakit hati kronik tertentu seperti hepatitis autoimun. Ubat-ubatan tertentu yang boleh digunakan untuk mengawal sistem imun yang terlalu aktif, sekali gus menghalang serangan pada hati,” jelasnya.

    Bila perlu dapatkan nasihat perubatan?

    Bagi pesakit hepatitis akut, jangkitan virus kanak-kanak mungkin akan mengalami gejala seperti berikut:

    • Jaundis (kulit dan mata menjadi kekuningan)
    • Air kencing berwarna gelap
    • Keletihan yang melampau
    • Loya
    • Muntah
    • Sakit perut
    • Gejala-gejala lain seperti demam, dan/atau hilang selera makan

    Penyakit hepatitis kronik yang berpunca daripada jangkitan virus hepatitis seperti Hepatitis B atau C, penyakit hati berlemak, ubat-ubatan atau penyakit autoimun, pesakit selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga peringkat penyakit parah.

    Disebabkan itu, pesakit yang mengalami jangkitan kronik mempunyai risiko kematian akibat sirosis hati (parut atau fibrosis pada hati yang disebabkan oleh kerosakan hati jangka panjang) dan kanser hati.

    Jangkitan virus hepatitis pada kanak-kanak

    “Hepatitis A dan E biasanya berjangkit apabila individu makan atau minum daripada sumber yang tercemar oleh najis individu yang dijangkiti Hepatitis A.

    “Hepatitis B, C dan D pula boleh dijangkiti melalui laluan parenteral iaitu pendedahan kepada darah, air mani atau cecair badan yang lain,” ujarnya.

     Cara jangkitan yang lazim bagi virus-virus ini termasuklah:

    • Hubungan seksual tanpa perlindungan dengan seseorang yang dijangkiti
    • Berkongsi jarum suntikan bukan steril dengan seseorang yang dijangkiti
    • Menggunakan barangan yang digunakan oleh/pada orang yang dijangkiti, tetapi tidak disterilkan dengan betul (mencacah tatu atau menggunakan pisau cukur seseorang untuk mencukur)
    • Hubungan langsung / pendedahan kepada cecair yang dijangkiti (darah, air mani dan lain-lain) dan / atau luka terbuka / luka
    • Dilahirkan daripada seorang ibu dengan hepatitis B

    Vaksin dan pencegahan

    Dengan kemajuan perubatan, penyakit virus hepatitis boleh dicegah dengan mengambil vaksinasi, terutamanya virus Hepatitis A dan B.

    Di Malaysia, program vaksinasi Hepatitis B untuk kanak-kanak telah diperkenalkan pada tahun 1989 dan telah berjaya mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan rakyat Malaysia kepada 0.01 peratus.

     “Semua bayi baru lahir disyorkan untuk menerima vaksinasi Hepatitis B yang pertama sejurus selepas dilahirkan, sebaik-baiknya dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran.

    “Mereka juga perlu menerima dua dos penggalak vaksin untuk dilengkapkan sebelum berusia enam bulan.”

    “Selain itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak mengesyorkan dos penggalak bagi mereka yang telah melengkapkan jadual vaksinasi sebanyak tiga dos,” tambahnya.

    Bagi ibu hamil yang merupakan pembawa Hepatitis B, pengambilan ubat antiviral semasa kehamilan disyorkan untuk mencegah transmisi daripada ibu kepada anak.

    Vaksinasi Hepatitis B dan imunoglobulin Hepatitis B yang diberikan kepada bayi yang baru dilahirkan oleh  pembawa Hepatitis B boleh membantu mengurangkan risiko transmisi virus secara signifikan.

    Hepatitis A boleh dicegah dengan dua dos vaksin Hepatitis A yang biasanya diberikan dari umur satu tahun ke atas dan dos kedua diberikan sekurang-kurangnya enam bulan selepas dos pertama. 

    Buat masa ini, masih tiada vaksin untuk mencegah jangkitan Hepatitis C, D dan E.- RELEVAN

    featured hati hepatitis jangkitan kanak-kanak
    Artikel Terkini

    4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    September 21, 2023

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    September 21, 2023

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.