Facebook Twitter
    Trending
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    • 5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025
    • Pendidikan

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela, jadi pelengkap gaji minimum

    Dasar Gaji Progresif bersifat sukarela, jadi pelengkap gaji minimum

    By Umi FatehahAugust 7, 2023Updated:August 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DASAR Gaji Progresif yang akan dilaksanakan kerajaan adalah bersifat sukarela, berteraskan insentif dan berkait dengan produktiviti.

    Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata dasar itu merupakan pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum dan akan disusuli dengan garis panduan gaji progresif tahunan bagi setiap sektor, pekerjaan dan peringkat. 

    “Berdasarkan Laporan Statistik Upah Pekerja (Sektor Formal) Suku Pertama 2023 yang dibentangkan pada minggu lepas, lebih dua juta pekerja Malaysia masih berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. 

    “Situasi ini lebih membimbangkan buat golongan muda antara umur 20 hingga 24 tahun di mana gaji penengah mereka hanyalah RM1,682 sebulan. 

    “Bagi kebanyakan pekerja Malaysia, gaji hanya akan meningkat kepada RM3,500 pada paras tertinggi sekitar umur 40 hingga 49 tahun sepanjang kerjaya mereka,” tambahnya.

    Dasar tersebut telah mendapat kelulusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 7 Ogos. Ia akan dibentangkan di Kabinet selepas ini dan kertas putih pelaksanaannya akan dibentangkan di Parlimen pada September ini.

    Perdana Menteri turut menegaskan bahawa isu gaji merupakan perkara utama yang tidak boleh diabaikan lagi. Model dasar ini diusulkan setelah Mesyuarat MTEN mengambil kira pandangan dan kepentingan pihak majikan dan pekerja.

    Tambah beliau, sesi libat urus dan tinjauan awal telah menunjukkan sebanyak 62 peratus pekerja dan 80 peratus syarikat menyambut baik cadangan Dasar Gaji Progresif dengan ciri-ciri yang dinyatakan. 

    “Langkah seterusnya yang akan dilakukan adalah mengadakan sesi perbincangan dan libat urus bersama pihak berkepentingan terutamanya para pemain industri, perniagaan dan pekerja. 

    “Perkara tersebut akan turut dibentang kepada Jemaah Menteri bagi memperhalusi kaedah pelaksanaan secara berperingkat dan meneroka keperluan untuk memperuntukkan dana sebagai insentif yang akan ditentukan berdasarkan kedudukan kewangan kerajaan dan keperluan dasar,” jelas beliau lagi.

    MTEN berpandangan bahawa Dasar Gaji Progresif merupakan salah satu reformasi pasaran pekerja untuk memastikan pekerja Malaysia tidak dibebankan dengan kos sara hidup dan dapat menikmati pekerjaan dengan gaji yang bermaruah, demi kesejahteraan rakyat dan mencapai agenda mengangkat ekonomi negara.

    Terdahulu, pengumuman kerajaan untuk mengikuti Model Gaji Progresif (PWM) yang dilaksanakan di Singapura sebelum ini disambut baik oleh Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM). 

    Namun, pengerusinya, Norsyahrin Hamidon berkata, sistem gaji minimum sedia ada tetap diperlukan walaupun terdapat ciri-ciri baik PWM yang patut diterima pakai oleh Malaysia.

    Antara isu yang dijangka turut dapat diselesaikan melalui pelaksanaan Dasar Gaji Progresif ialah peratusan pendapatan pekerja Malaysia yang telah menurun daripada 37.2 peratus pada 2020 kepada 32.4 peratus pada 2022.

    “Kerajaan menetapkan sasaran nisbah ini agar meningkat kepada 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan,” tegas Anwar Ibrahim.

    Kementerian Ekonomi sebelum ini mengumumkan pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia untuk merangka beberapa pilihan dasar yang akan dibentangkan kepada MTEN untuk membincangkan strategi terbaik bagi meningkatkan dasar gaji rakyat. 

    Menterinya, Rafizi Ramli berkata pertumbuhan gaji merupakan antara fokus utama reformasi struktur untuk mencapai sasaran ​​nisbah gaji pekerja di Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12). – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025
    Artikel Terkini

    7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

    December 16, 2025

    5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

    December 16, 2025

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.