Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA

    By Umi FatehahMay 26, 20264 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foundayo: Pil kurus sekali sehari keluaran Eli Lilly dapat kelulusan FDA. - GAMBAR INTERNET

    SYARIKAT farmaseutikal Eli Lilly sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskan Foundayo (orforglipron), pil penurunan berat badan yang diambil sekali sehari.

    Nama Eli Lilly bukan lagi asing dalam kalangan masyarakat, khususnya bagi yang mengikuti perkembangan ubat penurunan berat badan atau lebih dikenali sebagai ‘pen kurus’ seperti Mounjaro, Ozempic dan Reta. 

    Ramai yang tertunggu-tunggu produk keluaran syarikat itu selepas beberapa laporan dan data klinikal menunjukkan perkembangan positif dari segi keberkesanan membantu menurunkan berat badan.

    Malah, permintaan yang tinggi terhadap produk seumpama itu menyebabkan terdapat pihak tidak bertanggungjawab menjual versi yang tidak sah di pasaran. Situasi itu menimbulkan kebimbangan kerana keaslian, kandungan serta tahap keselamatan produk berkenaan tidak dapat dipastikan.

    Menurut WebMD, berbeza dengan kebanyakan ubat GLP-1 sebelum ini yang diberikan melalui suntikan, Foundayo hadir dalam bentuk pil dan boleh diambil pada bila-bila masa, sama ada bersama makanan atau tanpa makanan dan air.

    Ubat itu ditujukan kepada individu yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang mempunyai berat badan berlebihan bersama masalah kesihatan berkaitan seperti tekanan darah tinggi dan diabetes jenis 2. Penggunaannya perlu disertakan dengan diet rendah kalori serta aktiviti fizikal yang konsisten.

    FDA meluluskan Foundayo

    Berdasarkan data klinikal selama 72 minggu, Foundayo dos 17.2 miligram membantu pengurangan purata berat badan sebanyak 11 peratus atau sekitar 25 paun.

    Lebih separuh peserta kajian tanpa diabetes berjaya menurunkan sekurang-kurangnya 10 peratus berat badan, manakala kira-kira 45 peratus peserta dengan diabetes jenis 2 turut mencapai hasil yang sama.

    Selain membantu menurunkan berat badan, kajian turut menunjukkan peningkatan terhadap beberapa aspek kesihatan lain termasuk tekanan darah sistolik, ukuran lilitan pinggang dan profil lipid seperti trigliserida serta kolesterol.

    Kesan sampingan dan risiko kesihatan

    Namun, seperti ubat GLP-1 lain, Foundayo turut mempunyai beberapa kesan sampingan yang perlu diberi perhatian. Antara yang paling biasa dilaporkan ialah loya, cirit-birit, sembelit, sakit kepala, keletihan, sendawa dan keguguran rambut.

    FDA turut meletakkan amaran khas berkaitan risiko kemungkinan tumor tiroid jenis C-cell. Individu yang mempunyai sejarah keluarga medullary thyroid carcinoma (MTC) atau multiple endocrine neoplasia syndrome type 2 (MEN 2) tidak digalakkan mengambil ubat itu.

    Dalam kes tertentu, ubat tersebut juga boleh menyebabkan pankreatitis atau radang pankreas. Pengguna dinasihatkan mendapatkan rawatan segera jika mengalami sakit perut yang teruk sehingga merebak ke belakang badan.

    Selain itu, Foundayo juga boleh menyebabkan paras gula darah menjadi terlalu rendah terutama jika diambil bersama insulin atau ubat sulfonylurea.

    Cara pengambilan Foundayo

    Foundayo diambil sekali sehari secara oral dan tablet perlu ditelan sepenuhnya tanpa dikunyah atau dihancurkan.

    Pesakit biasanya akan memulakan rawatan dengan dos rendah sebelum dos ditingkatkan secara berperingkat setiap 30 hari sehingga mencapai tahap yang sesuai.

    Jika terlupa mengambil ubat, pesakit disaran mengambilnya sebaik sahaja teringat tetapi tidak boleh mengambil dua dos serentak. Jika tertinggal selama tujuh hari atau lebih, proses peningkatan dos mungkin perlu dimulakan semula mengikut arahan doktor.

    Perkara penting yang perlu diketahui

    Pengguna perlu segera menghentikan penggunaan dan mendapatkan rawatan jika mengalami sakit perut yang berpanjangan, muntah teruk, kesukaran bernafas atau bengkak pada muka dan tekak.

    Foundayo juga boleh melambatkan proses pengosongan perut. Oleh itu, individu yang bakal menjalani pembedahan perlu memaklumkan kepada doktor sekurang-kurangnya dua minggu lebih awal kerana ia boleh mempengaruhi keselamatan anestesia.

    Bagi wanita yang menggunakan pil perancang kehamilan, keberkesanannya mungkin berkurang kerana ubat ini mempengaruhi penyerapan dalam badan. Penggunaan kaedah tambahan seperti kondom disarankan pada bulan pertama rawatan dan selepas setiap peningkatan dos.

    Harga dan ketersediaan

    Menurut Eli Lilly, preskripsi untuk Foundayo sudah boleh diterima melalui platform LillyDirect dengan penghantaran dijangka bermula pada 6 April 2026.

    Ubat itu juga dijangka mula tersedia di farmasi dan platform telekesihatan di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Eli Lilly turut menawarkan kad penjimatan untuk pesakit tertentu yang membolehkan kos rawatan serendah AS$25 (kira-kira RM106) sebulan bagi mereka yang layak. – RELEVAN

    Previous Article5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian
    Next Article Manfaat daging korban dan cara menikmatinya dengan selamat

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.