Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja

    Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja

    By Zahra Mohamad ZhahirApril 14, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja. - GAMBAR HIASAN RELEVAN

    GENERASI Z (Gen Z) dilaporkan kurang gembira dan lebih berisiko mengalami keletihan emosi di tempat kerja berbanding rakan sekerja daripada generasi Milenial dan Generasi X (Gen X).

    Menurut Indeks Kebahagiaan Tempat Kerja SEEK oleh JobStreet, Gen Z mencatatkan tahap kegembiraan yang lebih rendah iaitu sebanyak 65 peratus di tempat kerja berbanding 70 peratus bagi Milenial dan 72 peratus bagi Gen X.

    Malah, hampir 45 peratus Gen Z dilaporkan tertekan di tempat kerja masing-masing berbanding Milenial (41 peratus) dan Gen X (36 peratus).

    Laporan sama mendedahkan, Gen Z atau pekerja berusia antara 18 hingga 20 tahun didapati kurang selesa menjadi diri sendiri di tempat kerja serta lebih menitikberatkan keseimbangan antara kehidupan dan pekerjaan.

    “Disebabkan mereka baru memulakan kerjaya, Gen Z berdepan cabaran untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

    “Mereka gembira di tempat kerja sekiranya berpuas hati dengan tanggungjawab harian dan mempunyai tujuan jelas dalam pekerjaan.

    “Sekiranya tekanan di tempat kerja dapat dikurangkan, golongan ini dijangka berasa lebih gembira dan berpuas hati,” kata laporan itu.

    Sementara itu, laporan sama mendedahkan, golongan Milenial (30 hingga 44 tahun) pula lebih menghargai fleksibiliti sama ada dari segi masa atau lokasi kerja.

    “Fleksibiliti merupakan pilihan utama bagi Milenial di Malaysia. Bagi mereka, pilihan untuk bekerja dari rumah adalah sangat bernilai kerana ia dapat mengurangkan tekanan akibat perjalanan harian yang panjang.

    “Mereka juga selalunya sudah bekeluarga dan tergolong dalam isi rumah yang mempunyai dua pendapatan. Oleh itu, fleksibiliti di tempat kerja dapat membantu mereka menguruskan kehidupan dengan lebih baik,” katanya.

    Berbeza bagi pekerja berusia 45 hingga 59 tahun, laporan tersebut mendedahkan kebanyakan Gen X berdepan cabaran dengan pengurusan atasan di tempat kerja

    Data dalam laporan sama menunjukkan hanya satu daripada tiga pekerja Gen X berpuas hati dengan pengurus atau majikan masing-masing.

    “Penting bagi majikan menitikberatkan pembangunan kerjaya bagi memupuk minat Gen X kerana kebahagiaan mereka dipengaruhi oleh struktur organisasi dan kepimpinan.

    “Oleh itu, majikan juga perlu menekankan latihan kepada pengurus bagi memastikan mereka memahami keperluan Gen X,” katanya.

    Indeks Kebahagiaan Tempat Kerja SEEK oleh JobStreet dijalankan pada Oktober hingga November 2025 menerusi tinjauan dalam talian.

    Sebanyak 1,000 responden dalam pasaran pekerjaan berusia antara 18 hingga 64 tahun di Malaysia terlibat dalam kajian tersebut.

    Bagi memastikan ketepatan, data yang diperoleh ditimbang mengikut taburan geografi tenaga buruh berdasarkan umur dan jantina. – RELEVAN

    Previous ArticleTabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 
    Next Article Bahaya lupa makan

    Artikel berkaitan

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

    August 27, 2025

    Lagu merdeka yang menyatukan kita

    August 25, 2025

    Mata tegang sebab komputer?

    March 30, 2023

    Pesakit jantung boleh berpuasa?

    March 20, 2023

    2,375 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    December 2, 2022
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.