Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

    By Umi FatehahApril 6, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh. - GAMBAR HIASAN MANKI KIM/UNSPLASH

    KITA sering diingatkan untuk meminum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Nasihat ini kedengaran mudah dan praktikal, seolah-olah ia adalah formula tetap untuk memastikan tubuh sentiasa sihat.

    Namun realitinya, keperluan air tidaklah sesederhana itu. Semua orang memerlukan jumlah berbeza dan di sinilah ramai yang sebenarnya keliru.

    Lapan gelas sehari?

    Konsep lapan gelas sehari bukanlah satu garis panduan rasmi yang ketat. Ia lebih kepada cadangan umum yang menjadi popular kerana mudah diingati.

    Menurut Mayo Clinic, keperluan air seseorang bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, tahap aktiviti dan keadaan cuaca. Ini bermakna angka lapan gelas itu tidak boleh dianggap sebagai satu peraturan yang wajib untuk semua.

    Lebih penting, tubuh kita juga mendapat air daripada sumber lain seperti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi kandungan air yang tinggi dan menyumbang kepada hidrasi harian.

    Berapa banyak air sebenarnya diperlukan?

    National Academies of Sciences, Engineering and Medicine memberikan anggaran berikut:

    • Lelaki: sekitar 3.7 liter sehari
    • Wanita: sekitar 2.7 liter sehari

    Namun, penting untuk faham bahawa jumlah ini merangkumi air kosong, minuman lain dan air daripada makanan.

    Ini bermakna, anda tidak perlu memaksa diri minum air kosong hingga cukup angka tersebut.

    Ikut isyarat badan

    Daripada terlalu fokus pada nombor, pendekatan yang lebih tepat ialah memahami signal tubuh sendiri.

    Menurut Harvard Health Publishing, antara cara paling mudah untuk menilai hidrasi ialah melalui warna air kencing.

    Tanda anda cukup air:

    • Jarang rasa dahaga
    • Air kencing berwarna kuning pucat
    • Badan terasa lebih segar dan bertenaga

    Tanda anda mungkin kurang air:

    • Cepat letih atau pening
    • Bibir dan kulit kering
    • Air kencing berwarna gelap

    Keperluan air boleh berubah ikut situasi

    Keperluan air bukanlah sesuatu yang statik, sebaliknya sentiasa berubah mengikut gaya hidup dan keadaan sekeliling. Sebagai contoh, individu yang melakukan aktiviti fizikal akan kehilangan lebih banyak air melalui peluh, manakala cuaca panas dan lembap seperti di Malaysia turut mempercepatkan kehilangan cecair dalam badan. 

    Dalam masa yang sama, keadaan kesihatan seperti demam atau penyakit tertentu boleh menyebabkan tubuh kehilangan air dengan lebih cepat daripada biasa. Bagi wanita yang hamil atau sedang menyusukan anak pula, keperluan air meningkat kerana tubuh memerlukan lebih banyak sokongan untuk menjalankan fungsi-fungsi penting ini.

    Dalam keadaan ini, berpegang pada lapan gelas mungkin tidak mencukupi.

    Terlalu banyak minum air juga bahaya

    Walaupun jarang berlaku, minum air secara berlebihan boleh memberi kesan negatif.

    Keadaan ini dikenali sebagai Hyponatremia iaitu apabila paras sodium dalam darah menjadi terlalu rendah akibat terlalu banyak air.

    Ia biasanya berlaku apabila seseorang minum air dalam jumlah terlalu banyak dalam masa singkat atau tidak memberi ruang kepada tubuh untuk seimbangkan elektrolit.

    Jadi, konsep minum air lebih banyak lagi bagus tidak semestinya tepat.

    Anda tidak semestinya perlu mengikut peraturan minum lapan gelas air sehari. Namun, ia boleh dijadikan panduan asas tetapi bukan satu kewajipan. Apa yang lebih penting ialah minum apabila dahaga, peka dengan tanda tubuh dan sesuaikan dengan aktiviti harian.

    Seperti yang ditekankan oleh Mayo Clinic, keperluan air mengikut badan masing-masing dan tiada satu formula tetap untuk semua orang. – RELEVAN

    Previous ArticleKelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja
    Next Article Organ dalaman paling mudah diserang kanser

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.