Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 7 makanan yang perlu dielakkan ibu mengandung, kata pakar

    7 makanan yang perlu dielakkan ibu mengandung, kata pakar

    By Zubaidah IbrahimMay 9, 2022Updated:May 17, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SELEPAS sebulan berpuasa, hari raya bagaikan pesta makanan dan semua orang mengambil kesempatan ini untuk menikmati pelbagai juadah lazat yang dihidangkan. Namun, bagi ibu mengandung, anda perlu berhati-hati dan menjaga pemakanan agar tidak memberi kesan kurang baik kepada bayi dalam kandungan. 

    Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad berkongsi tujuh jenis pemakanan yang perlu dielakkan oleh ibu hamil.

    1. Daging separuh masak

    “Pastikan daging yang dimakan itu telah dimasak sepenuhnya. Perkara ini sangat penting bagi mengelakkan terjadinya keracunan makanan. Daging yang kurang masak juga berisiko tinggi untuk mengundang pencemaran bakteria seperti salmonella, koliform dan toksoplasmosis,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    2. Teh tarik, kopi, teh berkafein

     Minuman seperti teh tarik atau teh ais menjadi kegemaran ramai, tetapi dinasihatkan janganlah minum dengan berlebihan. Pakar menyarankan agar mengehadkan pengambilan kafein kira-kira satu cawan sehari (lebih kurang 200 miligram atau 11 auns).

    Ibu mengandung perlu mengehadkannya kerana kafein boleh melalui plasenta dan kemudian memasuki cecair amnion serta mengalir ke dalam darah bayi. Walaupun badan boleh menyingkirkan kafein tersebut, tetapi bagi bayi yang sedang membesar ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk memprosesnya.

    3. Kuih raya, biskut raya

    Bagi ibu yang mengalami kencing manis semasa hamil, anda perlulah menahan diri daripada makan kuih raya dan seangkatan dengannya. Walaupun saiz biskut tidaklah besar, tetapi kandungan gula dan lemak tepu di dalamnya akan menyebabkan kenaikan berat badan, masalah jantung dan juga kencing manis.

    4. Minuman berkarbonat

     Apabila menziarahi sanak-saudara, adakalanya mereka menghidangkan kita dengan air berkarbonat, tetapi dinasihatkan para ibu yang mengandung agar mengelak atau mengurangkan pengambilannya. Ini kerana minuman berkarbonat mengandungi gula, pewarna dan perasa tambahan yang kurang baik untuk kesihatan. Selain itu, terdapat juga kafein di dalamnya dan ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi serta kelahiran pramatang.

     5. Keropok, kerepek, maruku yang mengandungi monosodium glutamate (MSG)

    Kandungan kalori, gula, lemak tambahan dan garam yang terdapat di dalam makanan ini berkemungkinan besar merisikokan diri anda untuk mendapat darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. Kencing manis semasa hamil akan menyebabkan risiko terjadinya komplikasi semasa melahirkan anak dan tidak boleh dipandang rendah. Oleh itu, jauhkan diri daripada makanan ringan seperti kerepek, keropok dan maruku.

     6. Kekacang

     Pengambilan kekacang adalah dilarang bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah penyakit alahan pada makanan tersebut termasuklah sejarah ahli keluarga yang lain. Ia dapat mengelakkan bayi dalam kandungan mempunyai alahan yang sama. Apa pun kuantiti yang diambil haruslah dipantau dan dikawal. Antara penyakit yang boleh dihidapi oleh bayi seperti alahan, asma dan lain-lain. Kekacang kaya dengan sumber protein, namun bagi wanita hamil yang mempunyai sejarah alahan dan sejarah penyakit G6PD, hindarkan daripada mengambil kekacang.

     7. Sate perut (organ dalaman)

     Mungkin ada yang gemar dengan hidangan yang satu ini. Walaupun organ dalaman ini membekalkan vitamin A dan ada yang mengatakan organ dalaman seperti hati boleh membantu untuk menambahkan darah, tetapi janganlah ambilnya terlalu kerap.

     Antara risiko kesihatan pengambilan organ dalaman seperti hati ayam kepada bayi ialah boleh menyebabkan kecacatan pada wajah, kepala dan jantung ataupun kecacatan semasa kelahiran serta masalah toksik hati yang teruk. Ia berpunca daripada kandungan toksik dan sisa buangan yang tinggi terkumpul pada organ dalaman tersebut.

     Jangan ambil organ dalaman lebih satu kali dalam tempoh seminggu. Organ dalaman adalah antara organ yang menjalankan fungsi perembesan dan memproses segala sisa serta toksik dalam badan. Oleh itu, ia tidak bermanfaat untuk menjadi salah satu amalan dalam pemakanan terutama bagi wanita hamil.-RELEVAN

    Previous Article2,151 kes baharu Covid-19, 51 kes di ICU dengan alat bantuan pernafasan
    Next Article 2,246 kes baharu Covid-19, 1 kematian dilaporkan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.