Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    • 5 tabiat urus kewangan pada usia muda
    • Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bahana berfikir secara keterlaluan

    Bahana berfikir secara keterlaluan

    By July 15, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Terlalu banyak berfikir boleh membawa mudarat terhadap kesihatan. GAMBAR HIASAN/PEXELS

    AIDIEL merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan. Dia ada banyak kawan. Rupa parasnya juga boleh tahan. 

    Setiap semester, Aidiel berjaya mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.8 ke atas. Pada waktu petang, dia suka bersukan. Malah, dia pernah mewakili universiti sebagai pemain apit kiri pasukan sepak takraw. 

    Pendek kata, Aidiel cuba untuk melibatkan diri dalam semua perkara. Katanya, dia ingin menjadi pelajar yang pandai serba-serbi. 

    Namun, pada waktu malam, Aidiel sukar untuk melelapkan mata. Dalam kotak fikirannya, ada satu ‘suara kecil’ yang menghantui. 

    Pukul 1 pagi, Aidiel masih fikir mengenai tugasannya yang masih belum siap. Gel rambutnya sudah habis tetapi duit dalam dompet tinggal RM10. 

    Baju apa yang hendak dipakai ke kelas esok? Baju warna coklat kegemarannya tergantung di ampaian, masih lembap dan mungkin tidak sempat kering. 

    Kasut sepak takrawnya sudah koyak, padahal dia perlu pergi latihan petang esoknya. Kalau hendak jahit, semua itu perlu duit. 

    Teman wanitanya sudah bising; katanya Aidiel terlalu sibuk dengan perkara-perkara akademik sehingga mengabaikannya. Bulan lepas, Aidiel hanya sempat keluar temu janji sekali sahaja. Bagaimana hendak keluar kalau dalam kocek ada RM10?

    Suara kecil ini lama-kelamaan jadi jeritan nyaring dalam ruang fikirannya. Aidiel bergolek atas katil, tidak mampu lelap sampai pukul 3 pagi. 

    Keesokan harinya, Aidiel bangun dengan rasa letih. Malam esoknya, perkara sama terjadi lagi, berulang-ulang kali hingga fizikal Aidiel jadi lembik dan akhirnya dia jatuh sakit. 

    Ini merupakan satu contoh bagaimana berfikir terlalu banyak boleh membawa mudarat terhadap kesihatan diri. 

    Sebenarnya, Aidiel tidak tahu dia merupakan seorang overthinker yang kronik. 

    Satu epidemik yang mengganggu belia

    Kajian menunjukkan, 73 peratus individu berusia 25 hingga 35 tahun dibebani fikiran yang melampau. GAMBAR HIASAN JOEL LEE/UNSPLASH

    Menurut profesor psikologi dari Michigan University, Susan Nolen-Hoeksema, berfikir terlalu banyak atau overthinking merupakan satu epidemik dalam kalangan belia. 

    Beliau mendapati, hampir 73 peratus individu berusia 25 hingga 35 tahun mengalami masalah sama berbanding 52 peratus individu berusia 45 hingga 55 tahun. 

    Malah, dalam kajiannya yang dimuatkan dalam jurnal Psikoterapi Kognitif, Nolen-Hoeksema mendapati individu yang dihantui fikiran-fikiran negatif ini lebih mudah terjebak dengan masalah ketagihan.

    Tetapi, mengapa ramai orang berfikir terlalu banyak, terutamanya pada waktu malam?

    Menurut Cleveland Clinic, terlalu banyak berfikir merupakan satu simptom stres, keresahan atau depresi. 

    Berfikir secara keterlaluan bukanlah satu penyakit mental, namun ia mungkin terkait dengan satu keadaan yang dikenali sebagai kecelaruan keresahan menyeluruh (generalized anxiety disorder, GAD). 

    Mereka yang terkesan selalunya mempunyai kerisauan yang melampau dan mungkin juga:

    1. Terlalu kerap berfikir mengenai keadaan atau situasi yang kecil sehingga menganggu kehidupan seharian. Keadaan ini boleh berlarutan sehingga berbulan-bulan. 
    2. Sukar mengawal kerisauan yang dialami. 
    3. Rasa resah sehingga tidak mampu bekerja/meneruskan hidup seperti biasa. 

    Selain itu, penghidap GAD juga akan cepat marah, merajuk atau mengalami kecelaruan mood.

    Ditambah pula dengan masalah tidur, penghidap GAD turut berhadapan masalah sukar untuk fokus atau hilang minat untuk melakukan aktiviti yang digemari. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan biar anak ketagihan gajet, bahaya untuk kesihatan mental dan fizikal

    ARTIKEL BERKAITAN: Kesusahan hati orang yang kaya mendadak

    Tiga jenis pelampau dalam berfikir

    Kenal pasti cara berfikir untuk elak keresahan yang melampau. – GAMBAR HIASAN TIM GOUW/UNSPLASH

    Jika anda mempunyai masalah sama – sukar untuk tidur kerana dihantui fikiran tertentu – mungkin sudah tiba masanya agar anda ‘merawat’ masalah itu dari akar umbi. 

    Sebelum itu, penting untuk kita kenal pasti terlebih dahulu apakah jenis-jenis pelampau dalam berfikir. Menurut Harvard Business Review, ada tiga jenis golongan yang sering berfikir secara keterlaluan:

    1. Apa akan jadi kalau… 

    “Apa akan jadi kalau aku tak buat salah atau buat secara berbeza. Adakah aku akan berjaya?” 

    Mereka yang tergolong dalam kategori ini merupakan orang yang tersangkut dalam masa lalu. 

    Pendek kata, golongan ini dibebani dengan rasa kesal terhadap cara mereka menangani atau menyelesaikan isu tertentu suatu ketika dahulu. 

    Malah, mereka juga mempunyai tanggapan ia boleh diselesaikan dengan cara berbeza. 

    Selalunya, golongan ini gemar menyalahkan diri sendiri dan sangat sensitif terhadap sebarang bentuk negativiti yang diterima daripada orang lain. 

    Dalam pada itu, mereka juga sering teringat akan kegagalan lalu atau dihantui rasa malu disebabkan kesalahan tertentu. 

    2. Risau tentang masa depan

    “Selalunya, kalau aku rasa gembira sangat, esok mesti ada perkara buruk yang bakal terjadi.”

    Selain itu, ada juga yang terlalu takut untuk menghadapi masa hadapan. Mereka risau tentang apa yang akan berlaku, takut dengan apa yang bakal terjadi dan tidak mahu berhadapan dengan sebarang kegagalan. 

    Malah, golongan ini juga sukar untuk meraikan sebarang kejayaan kerana beranggapan usaha mereka satu hari nanti akan jadi sia-sia. 

    Kadang-kadang, mereka tidak mampu bertenang kerana terlalu kerap berfikir tentang kerja-kerja yang perlu dilakukan pada masa hadapan. 

    3. Fikir terlalu dalam

    “Kenapa orang tadi senyum lepas tengok aku? Baju yang aku pakai pelik ke, atau bau aku busuk?”

    Berbeza dengan mereka yang tersangkut pada masa lalu atau terlalu berfikir tentang masa depan, orang yang berfikir terlalu dalam pula cenderung untuk berfikir secara melampau. 

    Kadang-kadang, perkara yang difikirkan itu kecil sahaja tetapi dibesar-besarkan hingga nampak serius. 

    Selalunya, golongan ini sering melambat-lambatkan kerja kerana terpaksa menghabiskan masa terlalu lama untuk berfikir. 

    Mereka juga sukar untuk membezakan apa tugasan apa yang penting dan tugasan apa pula boleh ditangguhkan. Ini secara tidak langsung menyebabkan golongan ini mempunyai masalah untuk membuat keputusan. 

    —

    Jangan lupa, tujuan utama adalah untuk mengelakkan diri daripada berfikir secara melampau. Semua orang perlu ada masa untuk berfikir, sama ada tentang masa lalu, masa sekarang atau masa depan. 

    Bagaimanapun, berfikir secara melampau hanya akan mendatangkan keresahan sehingga menganggu produktiviti dan ketenangan diri. 

    Pertama sekali, kenali diri terlebih dahulu. Sekiranya masalah tidak selesai, mungkin sudah tiba masanya agar anda berjumpa dengan pakar untuk intervensi. – RELEVAN

    depresi featured kegelisahan sukar tidur susah tidur susah tidur malam

    Artikel berkaitan

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    October 29, 2025

    Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025

    Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.