Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan biar anak ketagihan gajet, bahaya untuk kesihatan mental dan fizikal

    Jangan biar anak ketagihan gajet, bahaya untuk kesihatan mental dan fizikal

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IBU BAPA perlu mengawal masa anak-anak dengan gajet supaya ia tidak menjadi ketagihan. - GAMBAR HIASAN/JESSICA LEWIS CREATIVE (PEXELS)

    MELIHAT kanak-kanak kecil dalam lingkungan tiga hingga enam tahun bermain telefon pintar atau tablet sudah menjadi kebiasaan.

    Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 2020 mendapati 47 peratus kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 17 tahun menggunakan internet. Ia meningkat dengan mendadak berbanding hanya 18.4 peratus pada 2016.

    Ramai ibu bapa mengizinkan anak-anak menggunakan gajet kerana sedar kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti tersebut, lebih-lebih lagi melalui video-video pendidikan yang boleh ditonton secara percuma.

    Namun, aktiviti tersebut turut membawa keburukan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu bijak mengawal masa anak-anak dengan gajet yang jika berlebihan, boleh memberi kesan buruk yang berpanjangan kepada anak-anak.

    Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), kanak-kanak di bawah usia dua tahun tidak patut didedahkan kepada penggunaan gajet atau telefon pintar langsung. Sementara itu, untuk kanak-kanak yang berusia lima tahun hingga 17 tahun, waktu menatap skrin yang disyorkan adalah terhad kepada dua jam.

    Pendedahan berterusan kepada skrin telefon atau tablet memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal anak-anak, sehingga boleh menyebabkan ketagihan. 

    Berikut merupakan tujuh kesan negatif ketagihan gajet seperti yang dikongsikan Pensyarah dan Ahli Psikologi Klinikal Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UiTM, Siti Aminah Omar.

    GAMBAR HIASAN/ANDREA PIACQUADIO (PEXELS)
    • Rabun jauh

    Penggunaan gajet secara berlebihan boleh menjejaskan tahap penglihatan dan berisiko menyebabkan rabun jauh.

    • Reaksi melampau

    Menurut Siti Aminah, kanak-kanak yang diarahkan berhenti menggunakan gajet menunjukkan kecenderungan mempamerkan reaksi marah yang melampau. Mereka juga akan membantah, merengek dan bersikap agresif.

    • Perkembangan sosial yang tidak sihat

    Kegagalan ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak turut menyumbang kepada perkembangan sosial yang tidak sihat. Kanak-kanak berada dalam zon selesa apabila mereka lebih gemar bersosial secara maya. Ini sekali gus mengurangkan daya kreativiti dan minat untuk berkawan.

    • Sukar tidur

    Mereka yang gemar melayari internet secara berlebihan pada waktu malam juga berisiko mengalami kesukaran untuk tidur. Ia berlaku apabila mereka terlalu asyik melayari internet sehingga melepasi waktu tidur, menyebabkan kitaran tidur mereka terganggu.

    GAMBAR HIASAN/KAZUEND (UNSPLASH)
    • Obesiti

    Kanak-kanak yang sering menggunakan internet sewaktu makan berhadapan risiko obesiti. Ini berlaku apabila kanak-kanak terlalu asyik melayari internet dan tidak memberi tumpuan kepada makanan mereka. Kanak-kanak juga cenderung tidak mengendahkan waktu makan apabila ketagih dengan gajet.

    • Demensia digital

    Kanak-kanak yang didedahkan kepada internet dan gajet pada usia yang terlalu muda dan berlebihan berisiko mempunyai masalah ingatan yang lemah dan sukar memberikan tumpuan. Situasi ini dikenali sebagai demensia digital.

    • Cenderung bunuh diri

    Kajian yang diketuai Dr. Wan Salwina Wan Ismail yang diterbitkan dalam jurnal Perspective Psychiatric Care pada 2020 menunjukkan ketagihan internet dan telefon pintar boleh menyebabkan depresi, kebimbangan melampau, stres dan bunuh diri. – RELEVAN

    *Artikel ini diubah suai dari rencana bertajuk “Ketagihan internet, gajet cenderung bunuh diri?” yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada 20 Julai 2021.

    Previous ArticleRahsia Chez Hamdan bergelar penggaya rambut berjaya
    Next Article 2,070 kes baharu Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.