Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cahaya biru dan gangguan semasa tidur

    Cahaya biru dan gangguan semasa tidur

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 8, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    cahaya biru
    Menurut kajian, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama lapan jam 17 minit menatal telefon bimbit setiap hari.– GAMBAR HIASAN/FREEPIK  

    TAHUKAH anda, mengapa manusia bangun tidur dalam keadaan cergas? Salah satu faktor yang menyebabkan kita rasa bersemangat pada waktu pagi adalah kehadiran cahaya biru atau blue light yang dipancarkan oleh matahari setiap hari. 

    Dalam banyak-banyak cahaya yang boleh dilihat dengan mata kasar, gelombang cahaya biru mempunyai kesan yang paling besar terhadap kitaran tidur-bangun seseorang. 

    Ia boleh membuatkan mood kita menjadi lebih baik dan dapat meningkatkan fokus. Sebab itulah, manusia bekerja pada waktu siang. 

    Cahaya biru boleh wujud dalam dua bentuk; semula jadi dan tiruan. Cahaya biru tiruan dipancarkan oleh peranti elektronik seperti telefon pintar, televisyen dan komputer riba. 

    Walaupun cahaya biru mendatangkan kesan positif terhadap mental manusia, pendedahan terhadap cahaya tersebut pada waktu malam mungkin boleh memberikan kesan buruk terhadap kitaran tidur seseorang. 

    Menurut kajian oleh Electronics Hub, rakyat Malaysia menghabiskan masa selama lapan jam 17 minit menatal telefon bimbit setiap hari. 

    Jumlah jam tersebut meletakkan kita sebagai negara kedua di Asia dan ke-8 di dunia sebagai rakyat yang paling banyak menggunakan peranti elektronik. 

    Ramai yang tidak tahu, penggunaan peranti elektronik pada waktu malam sebenarnya boleh mencetuskan gangguan tidur. Manakan tidak, cahaya yang dipancarkan oleh telefon pintar boleh menyebabkan kita rasa cergas dan sukar untuk melelapkan mata pada waktu malam. 

    Apa itu cahaya biru?

    Cahaya biru merupakan sebahagian daripada spektrum warna yang boleh dilihat dengan mata kasar. 

    Walaupun cahaya yang terpancar daripada peralatan elektronik yang kita gunakan nampak putih, sebenarnya ia adalah cahaya berwarna biru dengan gelombang antara 380 and 500 nanometer. 

    Sumber utama cahaya biru adalah daripada matahari. Bagaimanapun, peranti elektronik yang kita gunakan setiap hari turut memancarkan cahaya sama, namun dalam jumlah yang jauh lebih sedikit. 

    Menurut Health Harvard, setiap orang mempunyai ritma sirkadian yang tersendiri. Salah satu kepentingan ritma sirkadian adalah dalam menentukan waktu bangun dan waktu tidur manusia. 

    Pada zaman dahulu, manusia bangun ketika matahari terbit dan tidur sewaktu matahari terbenam. 

    Dengan wujudnya peranti elektronik, ia sedikit sebanyak telah menganggu waktu tidur manusia. Kajian menunjukkan, semua jenis cahaya dapat menganggu ritma sirkadian manusia. Namun, cahaya biru mempunyai impak yang paling besar. 

    Malah, pendedahan terhadap cahaya biru pada waktu malam juga boleh menganggu penghasilan melatonin, sejenis hormon yang membantu mengawal keseimbangan ritma sirkadian. 

    Walaupun malap, kehadiran cahaya pada waktu malam merupakan antara punca utama ramai manusia tidak dapat menikmati tidur yang cukup. 

    ARTIKEL BERKAITAN: 6 fakta penting magnesium, bantu masalah tidur dan kemurungan

    ARTIKEL BERKAITAN: Susah tidur? Amalan ini bantu anda terlelap dalam masa 60 saat

    Kaitan antara cahaya, tidur dan ritma sirkadian

    Ritma sirkadian manusia sebahagian besarnya diprogramkan oleh genetik. Menurut Very Well Health, orang dewasa perlu tidur pada pukul 10 atau 11 malam dan bangun pada pukul 7 pagi untuk mendapatkan tidur yang mencukupi. 

    Sebarang gangguan, misalnya stres yang melampau, komitmen berlebihan di tempat kerja atau kegelisahan boleh mencetuskan konflik terhadap ritma sirkadian seseorang. 

    Namun, bagaimana pula dengan penggunaan peranti elektronik pada waktu malam? 

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Universiti Harvard, cahaya biru yang dipancarkan oleh peranti elektronik boleh menyekat rembesan hormon melatonin. Akibatnya, kita akan rasa lebih cergas dan sukar untuk tidur.

    Malah, kajian sama juga mendapati pendedahan terhadap cahaya biru boleh melewatkan ritma sirkadian manusia selama tiga jam berbanding cahaya lain.   

    Ketidakselarasan ritma sirkadian boleh membawa mudarat terhadap kesihatan seseorang. Sekiranya tidak diatasi, ia boleh menyebabkan pelbagai gangguan metabolik serta masalah mental, salah satunya adalah kemurungan. 

    Bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk mengesahkan bahawa cahaya tersebut boleh membawa mudarat terhadap kesihatan. Tetapi, gangguan tidur sudah lama terbukti dapat mencetuskan dan memburukkan masalah kesihatan sedia ada. 

    Ia boleh menyebabkan masalah mental seperti depresi dan kemurungan dan turut menjadi punca penyakit kencing manis, hipertensi dan obesiti menjadi semakin teruk.  

    Elak pendedahan terhadap cahaya biru

    Cara paling efektif untuk mengelakkan tidur kita terganggu akibat cahaya biru adalah dengan mengelakkan penggunaan peranti elektronik, sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. 

    Selain itu, anda juga boleh cuba:

    • Malapkan lampu: Sebelum tidur, tutup atau malapkan lampu bilik. Kurangkan cahaya telefon pintar agar ia tidak memancarkan cahaya berintensiti tingggi. 
    • Guna lampu warna berbeza: Jika anda suka membaca sebelum tidur, gunakan lampu yang berwarna merah atau jingga berbanding putih atau biru. 
    • Gunakan pemasa: Pastikan anda berhenti menggunakan sebarang peranti elektronik sebelum tidur. Gunakan pemasa jika anda rasa sukar untuk mendisiplinkan diri. – RELEVAN
    cahaya biru featured gangguan tidur kesihatan masalah tidur
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.