Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan

    Cabaran 30 hari tanpa beli-belah: kurangkan belanja, tingkatkan simpanan

    By Umi FatehahJune 26, 2024Updated:June 27, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CABARAN 30 hari tanpa beli belah ini cara yang sangat baik untuk kurang berbelanja. - GAMBAR HIASAN SAYKIR RADIN/UTUSAN

    HARI ini sudah 26 Jun 2024. Pasti ramai yang sudah menerima gaji. Sudah selesaikan semua komitmen seperti sewa rumah, bulanan kereta, yuran dan sebagainya? Jangan lupa juga untuk masukkan sejumlah daripada gaji dalam simpanan. 

    Baik, sekarang ada berapa baki gaji yang tinggal?

    Kebiasaannya, anda pasti membelanjakan baki tersebut untuk membeli-belah barangan kehendak, bukan? Apa kata bulan ini kita cuba lakukan cabaran 30 hari tanpa beli-belah. 

    Jangan panik, cabaran ini termaktub kepada hal-hal kehendak sahaja. Kalau ada item keperluan yang perlu dibeli, silakan. 

    Sejak akhir-akhir ini, barang-barang keperluan dan kehendak semakin mahal. Disebabkan itu, ramai yang sedang cuba untuk kurangkan perbelanjaan. 

    Jadi, cabaran 30 hari tanpa beli-belah ini cara yang sangat baik untuk kurang berbelanja. Di samping itu, cara ini juga boleh mendidik diri kita agar menguruskan wang dengan lebih bijak.

    Peraturan cabaran 30 hari tanpa beli belah

    Peraturannya senang sahaja. Seperti yang disebutkan di atas, dalam cabaran ini anda hanya dibenarkan untuk membeli barangan keperluan. 

    Untuk memudahkan urusan, senaraikan segala bil, barang keperluan yang perlu dibayar dan dibeli. Setelah selesai, baca semula senarai tersebut dan tanya diri, adakah semua barangan itu betul-betul diperlukan untuk terus hidup atau ia sudah jatuh dalam kategori kehendak?

    Perlu diingatkan bahawa cabaran ini dilakukan untuk membantu membendung tabiat berbelanja berlebih-lebihan. Jadi, tapis betul-betul dan pastikan barangan yang disenaraikan itu dalam kategori keperluan sahaja.

    Tip: Saya yakin bukan semua orang pandai dan ada masa untuk membina hamparan (spreadsheet) rekod perbelanjaan. Jadi, gunakan aplikasi pengurusan wang yang tersedia di app store. 

    Barang yang boleh dibeli

    Semasa cabaran tanpa beli-belah, anda masih perlu membayar komitmen seperti bil rumah sewa, bayaran bulanan kereta, bil utiliti, insurans, bil internet dan telefon. Jangan gunakan alasan ini untuk elak bayar bil, lain pula ceritanya nanti.

    Anda juga boleh membeli barangan penjagaan diri seperti ubat-ubatan, barangan runcit dan produk pembersihan. 

    Tetapi, mungkin ada beberapa ketika yang membuatkan anda tertanya-tanya, adakah ini keperluan atau kehendak? Sebagai contoh, kasut yang dipakai untuk ke pejabat sudah lusuh. Jika terus dipakai, kaki pula akan sakit. 

    Dalam situasi itu, anda bebas untuk membuat keputusan sama ada mahu membeli kasut baharu atau tidak. Namun, ambil kira dari segi harga, ketahanan dan sebagainya. Jangan disebabkan mahu jimat berbelanja, anda sanggup korbankan kesihatan tubuh badan pula.

    Barang larangan

    Sebelum memulakan cabaran ini, fikir betul-betul apakah barangan yang tidak perlu dibeli. Ada baiknya jika anda memutuskan terlebih dahulu barang apa yang perlu dielak supaya dapat tak berlaku kejadian seperti ‘tidak sengaja beli’ di kemudian hari.

    Berikut ialah contoh-contoh perkara yang dilarang untuk dibeli:

    • Makanan segera, makan di restoran mewah, kopi harian
    • Pakaian baharu
    • Hiasan dan kelengkapan rumah
    • Hiburan seperti menonton filem, konsert, buku, perkhidmatan penstriman (Netflix, Disney+ dan sebagainya)

    Tentukan lebih awal juga, adakah akan pengecualian dibenarkan untuk kategori ini. Contohnya, baju sedia ada sudah buruk dan lusuh. Jadi anda dibenarkan untuk membeli baju baharu untuk dipakai ke pejabat.

    Tip untuk lakukan cabaran ini dengan jayanya

    Cuba fikirkan apa yang akan menjadi halangan sepanjang cabaran ini dilakukan dan cipta strategi untuk mengatasinya. 

    Kawan selalu ajak lepak? Bagi alasan mahu berehat, berpuasa atau jujur sahaja anda mahu jimat berbelanja.

    Risau tergoda dengan tawaran diskaun di aplikasi beli belah seperti Shopee, Zalora dan sebagainya? Ambil inisiatif untuk tutup notifikasi atau buang sahaja aplikasi tersebut buat sementara waktu.

    Berikut ialah beberapa cara tambahan untuk menjayakan cabaran ini:

    • Luangkan masa untuk masak di rumah dan bawa bekal ke pejabat
    • Tahan keinginan untuk membeli kopi dan cari alternatif lain untuk hilangkan mengantuk seperti makan gula-gula getah
    • Jika teringin untuk beli sesuatu, tangguh dahulu. Kalau bulan depan masih mempunyai keinginan yang sama, menabung dahulu sebelum membeli.

    Penghujung cabaran ini, anda mungkin akan sedar bahawa kebanyakan barangan yang dibeli sebelum ini bukanlah satu keperluan. Ia cuma mendorong anda untuk hidup dengan lebih nyaman sahaja. Tidak ada barang itu pun hidup masih boleh diteruskan, bukan?

    Bagi yang berminat untuk lakukan cabaran ini, semoga berjaya! Jangan kalah dengan hasutan syaitan. – RELEVAN

    beli-belah berbelanja featured kewangan
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.