Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurangkan tekanan darah tinggi, amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan lebih sejahtera

    Kurangkan tekanan darah tinggi, amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan lebih sejahtera

    By Umi FatehahMay 16, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kurangkan tekanan darah tinggi, amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan lebih sejahtera. - GAMBAR HIASAN MOCKUP GRAPHICS/UNSPLASH

    TEKANAN darah tinggi atau hipertensi selalunya tidak mempunyai simptom tetapi ia merupakan risiko utama penyakit jantung dan strok.

    Menurut Healthline, tekanan darah ideal adalah di bawah 120/80 mm Hg. Bacaan 120-129/80 sudah cukup kuat untuk menunjukkan pesakit itu mempunyai tekanan darah tinggi. 

    Anda perlu berjumpa dengan doktor di klinik untuk mengetahui bacaan tekanan darah. Tetapi anda juga boleh memeriksa tekanan darah di rumah dengan menggunakan monitor tekanan darah. 

    Terdapat pelbagai jenis monitor yang dijual di pasaran. Pilih mana-mana yang bersesuaian dengan bajet dan keperluan. 

    Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, adalah disyorkan untuk menyimpan satu alat ini di rumah agar mudah memantau bacaan tekanan darah. 

    Untuk pesakit darah tinggi, doktor mungkin mengesyorkan beberapa petua gaya hidup untuk menguruskan tekanan darah anda agar ia terkawal. Berikut ialah cara untuk menurunkan tekanan darah yang mudah untuk dilakukan di rumah.

    1. Bersenam

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mengesyorkan sekurang-kurangnya 2.5 jam senaman intensiti sederhana setiap minggu, atau sekitar 30 minit sehari, lima hari seminggu. Untuk kanak-kanak dan remaja, CDC mengesyorkan satu jam bersenam setiap hari.

    Apabila bersenam dalam kadar yang kerap, ini bermakna anda sering meningkatkan kadar degupan jantung dan pernafasan. Lama kelamaan, jantung anda menjadi lebih kuat dan boleh mengepam darah tanpa tekanan yang tinggi. Ini akan mengurangkan tekanan pada arteri dan seterusnya menurunkan tekanan darah.

    Antara senaman yang boleh dilakukan ialah naik turun tangga, berjalan, melakukan kerja-kerja rumah dan berbasikal.

    1. Jaga berat badan

    Mempunyai berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada jantung dan sistem kardiovaskular. Ini boleh meningkatkan tekanan darah.

    Jika indeks jisim badan (BMI) anda adalah 25 atau lebih, cuba untuk kurangkan berat sebanyak dua hingga empat kilogram. Tiga kunci utama untuk menurunkan berat badan – banyakkan pergerakan, makan berpada-pada dan amalkan diet yang sihat.

    1. Hadkan pengambilan makanan diproses

    Makanan yang diproses selalunya mengandungi garam, gula tambahan dan lemak tidak sihat. Makanan jenis ini akan menyebabkan penambahan berat badan. Semua faktor ini boleh menyumbang kepada tekanan darah tinggi.

    Antara makanan diproses yang perlu dielakkan ialah sosej, nugget, daging burger, makanan bergoreng dan makanan segera.

    1. Berhenti merokok

    Merokok boleh menjejaskan kesihatan keseluruhan, termasuk tekanan darah anda. Dalam jangka panjang, bahan kimia dalam tembakau boleh meningkatkan tekanan darah anda dengan cara merosakkan dinding saluran darah, menyebabkan keradangan dan menyempitkan arteri.

    Meskipun anda hanya social smoker atau jarang-jarang merokok, ia masih akan memberi kesan negatif kepada kesihatan. Jadi, jangan gunakan alasan merokok sekali sekala itu tidak akan memberi kesan. Tidak kisahlah berapa kekerapan anda merokok sekalipun, hentikan merokok.

    1. Kurangkan stres

    Mencari cara untuk menguruskan tekanan adalah penting untuk kesihatan dan semestinya, tekanan darah anda.

    Cara menghilangkan tekanan bergantung kepada individu. Sekiranya punca utama anda stres ialah kerja, ambil cuti dan pergi bercuti. Cuba lakukan aktiviti yang berkaitan dengan alam seperti bersantai di pantai, mendaki atau jogging di taman. 

    Banyak kajian menunjukkan bahawa bersenam di hutan atau hanya duduk melihat pokok dapat mengurangkan tekanan darah serta hormon kortisol dan adrenalin yang berkaitan dengan tekanan. – RELEVAN

    Previous ArticleKenapa saya memilih untuk tidak menjadi cikgu
    Next Article MPH terbesar, termewah dan terlengkap di The Exchange, TRX

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.