Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Berpuasa mungkin menyebabkan sembelit, ikuti tip ini untuk mengatasinya

    Berpuasa mungkin menyebabkan sembelit, ikuti tip ini untuk mengatasinya

    By Umi FatehahMarch 21, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Berpuasa mungkin menyebabkan sembelit, ikuti tip ini untuk mengatasinya. - GAMBAR HIASAN TOWFIQU BARBHUIYA/UNSPLASH

    UMAT Islam seluruh dunia sedang melaksanakan rukun Islam ketiga iaitu berpuasa. Sepanjang Ramadan, perubahan gaya hidup seperti tidak makan dan minum selama kira-kira 13 jam dan kurang tidur berpotensi mengakibatkan masalah pencernaan seperti sembelit. 

    Meskipun individu yang sedang bergelut dengan sembelit merasakan mereka perlu mengabaikan sahaja rasa ketidakselesaan, ada caranya untuk membantu mengurangkan masalah ini.

    Berikut merupakan beberapa petua bagi membantu melegakan sembelit ketika Ramadan.

    1. Tingkatkan pengambilan makanan berasaskan serat

    Oleh kerana kita dihadkan untuk makan dua kali sehari ketika berpuasa, pastikan makanan yang diambil ketika bersahur dan berbuka mempunyai kandungan serat yang tinggi. 

    Serat ialah karbohidrat yang tidak dapat dihadam oleh badan, sebab itu ia memainkan peranan besar dalam sistem penghadaman. Serat secara umumnya mendorong pergerakan usus yang lebih lembut. 

    Contoh makanan tinggi kandungan serat ialah emping oat, kekacang dan sayuran hijau. 

    1. Banyakkan minum air

    Air dan serat merupakan gandingan terbaik untuk mengurangkan sembelit. Meningkatkan serat tanpa minum air yang mencukupi boleh menyebabkan sembelit yang lebih teruk. 

    Walaupun keperluan air berbeza bagi setiap orang, anda disyorkan untuk minum dua hingga tiga liter air setiap hari. Disebabkan kita tidak dapat minum pada siang hari, ia mungkin sukar untuk memastikan kita minum air yang secukupnya.

    Jadi, pastikan ketika berbuka anda minum sekurang-kurangnya 250ml air sebelum mula makan makanan berat. Kemudian, biasakan untuk kerap minum pada waktu malam sebelum waktu tidur. 

    Untuk menjejaki sama ada pengambilan cecair mencukupi atau tidak, nilai warna air kencing anda. Warna air kencing yang normal ialah seakan-akan warna kuning pucat. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Air kencing ‘beritahu’ masalah kesihatan (Bahagian 1)

    Tip tambahan

    Memberi perhatian kepada pengambilan serat dan penghidratan adalah langkah yang penting untuk mengurangkan sembelit tetapi terdapat tip tambahan yang boleh membantu anda menangani sembelit dan melancarkan fungsi usus.

    • Ubah kedudukan

    Membuang najis dalam posisi mencangkung atau separuh mencangkung dianggap sebagai postur yang paling semula jadi untuk badan kita. Selain menggalakkan pergerakan usus yang optimum, ia juga dapat meminimumkan keperluan untuk meneran yang berlebihan.

    • Latihan pernafasan

    Terdapat banyak manfaat latihan pernafasan yang perlahan dan dalam, salah satunya ialah mengatasi masalah sembelit. 

    Cuba tarik nafas secara teratur dan perlahan terutamanya semasa cuba membuang najis. Cara ini dikatakan akan membantu menggalakkan pergerakan usus. 

    • Aktif bergerak

    Mungkin sukar untuk kita aktif bergerak ketika berpuasa kerana kekurangan tenaga tetapi berjalan kaki sahaja sudah cukup memadai untuk mengatasi sembelit. Cuba berjalan sekurang-kurangnya 15 minit pada waktu siang dan 20 hingga 25 minit selepas berbuka puasa. – RELEVAN

    Previous ArticleKeburukan cinta pejabat serta segala horor yang menanti pelakunya
    Next Article Pencemaran makanan: Kenali jenis sarung tangan yang selamat untuk penyediaan makanan

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.