Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kereta miniatur mewah lengkap perincian kereta sebenar

    Kereta miniatur mewah lengkap perincian kereta sebenar

    By Zubaidah IbrahimFebruary 27, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SYARIKAT Amalgam mempunyai kepakaran dalam membina model miniatur kereta sport ikonik yang menampilkan semua ciri seperti kereta sebenar.- Foto Amalgam Collection

    SEBUAH syarikat yang berpangkalan di United Kingdom (UK) iaitu Amalgam mempunyai kepakaran dalam membina model miniatur kereta sport ikonik yang menampilkan semua ciri seperti kereta sebenar.

    Ditubuhkan pada 1995 di Bristol, UK, Amalgam mempunyai reputasi besar untuk membina kereta miniatur yang paling lengkap (terperinci) di dunia seperti kereta bersaiz sebenar.

    Syarikat tersebut mempunyai hubungan rapat dengan pengeluar kereta terkemuka seperti Ferrari, Lamborghini dan Aston Martin. Sehubungan itu, membolehkannya mempunyai akses kepada data CAD asal dan lukisan kejuruteraan kenderaan, begitu juga kod cat serta sampel warna.

    Amalgam juga menggunakan foto resolusi tinggi dan imbasan digital untuk mencipta semula setiap kenderaan dengan sempurna. 

    Bagi setiap satu kereta miniatur berskala 1:8, syarikat tersebut mengambil masa antara 250 hingga 450 jam kerja yang teliti untuk disiapkan. Oleh itu, harga yang ditawarkan juga seperti kereta sebenar sehingga mencecah AS$30,000 (RM142,860).

    Amalgam baru-baru ini mengumumkan bahawa ia akan menambah ikon Lamborghini Countach LP400 dan Lamborghini Revuelto untuk koleksi miniatur 1:8.

    Sama seperti ciptaan Amalgam yang lain, kereta miniatur itu akan menampilkan semua elemen terkecil kereta asal termasuk pintu gunting (scissor doors) yang berfungsi dan lampu pop timbul serta miniatur yang mengagumkan. 

    Kereta miniatur Lamborghini Countach LP400 akan dibangunkan dengan inspirasi asalnya iaitu V12 dan ia boleh dimiliki pada harga AS$18,700 (RM89,049)

    Manakal bagi model miniatur Revuelto, syarikat itu setakat ini hanya mengeluarkan dalam versi miniatur rendering digital pada harga AS$16,400 (RM78,096).

    Melihat kepada harga dan perincian di setiap kereta miniatur menunjukkan bahawa ciptaan Amalgam itu bukan kereta mainan biasa.

    Justeru, koleksi kereta ini ditujukan kepada pemilik kereta mewah yang mahu ‘harta berharga’ mereka dicipta semula pada skala yang lebih kecil.

    Syarikat yang berpangkalan di Bristol itu juga menawarkan untuk mencipta miniatur kereta berskala 1:8 yang dipesan lebih dahulu (bespoke) hingga ke butiran terkecil.

    “Kami akan mencipta untuk anda model yang hebat dan terperinci dengan membina setiap aspek spesifikasi kereta anda.

    “Selain itu, kami juga akan menyiapkan model dengan warna cat yang tepat dan kemasan dalaman. 

    “Malah, butiran terkecil termasuk warna jahitan pada tempat duduk, plat lesen, roda dan setiap aspek boleh dilihat pada kereta anda yang akan dihasilkan semula dengan sempurna,” kata laman web Amalgam.

    Menurut laman web Amalgam, pada masa ini model Ferrari 250 GTO dengan saiz 1:8 merupakan miniatur paling mahal iaitu berharga AS$29,760 (RM141,717).

    Manakala bagi model paling mahal untuk miniatur berskala 1:4 adalah dua kenderaan Mercedes Formula 1 iaitu masing-masing berharga AS$41,145 (RM195,932).

    Jika anda mahu memiliki miniatur Amalgam tetapi bajet tidak cukup besar, anda masih boleh memiliki miniatur kereta berskala 1:18 dengan julat harga antara  AS$1,000 dan AS$2,000 (RM4,762 hingga RM9,524).

    Buat masa ini Amalgam tidak mempunyai jalinan rakan kongsi dengan Rolls Royce tetapi jika anda berminat untuk mendapatkan miniatur Rolls Royce Cullinan berskala 1:8, syarikat itu akan membinanya dengan harga AS$27,000 (RM12,8574).- RELEVAN

    Previous ArticleIklan kerja menarik tetapi tidak paparkan gaji, apa kita patut buat?
    Next Article Ulasan 5 lagu terbaik kategori hip hop ALI2023 dan ramalan pemenang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.