Facebook Twitter
    Trending
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    • Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya
    • Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025

      Apa nak buat dengan duit raya?

      April 3, 2025

      Berbaloikah iftar di bufet hotel? 

      March 20, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bersedia hadapi musim panas, ikuti 6 tip ini

    Bersedia hadapi musim panas, ikuti 6 tip ini

    By February 23, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RATA-RATA negeri di Malaysia sudah mula merasa bahang panas akaibat fenomena El Nino.- Foto Wirestock/Freepik

    FENOMENA El Nino kini kembali melanda negara dan dijangka cuaca panas ini berterusan hingga pertengahan tahun ini. Rata-rata negeri di Malaysia sudah mula merasa bahang panas.

    Cuaca yang terlalu panas ini bukan sahaja membuat kita berasa tidak selesa dan menghadkan banyak aktiviti tetapi juga mengundang pelbagai masalah kesihatan seperti keletihan, demam dan strok haba. 

    Oleh itu, Relevan kongsikan enam tip sebagai persiapan untuk kita semua menghadapi fenomena El Nino.

    1. Kekal hidrasi

    Air adalah penting untuk memastikan badan anda sentiasa sejuk semasa cuaca panas. Oleh itu, banyakkan minum air walaupun anda tidak berasa dahaga. 

    Cara terbaik untuk memeriksa tahap penghidratan anda adalah dengan mengukur warna air kencing anda. Jika warnanya kelihatan lebih gelap daripada biasa, ia mungkin merupakan petunjuk bahawa dehidrasi sedang berlaku dan air diperlukan.

    Jauhi minuman manis seperti soda (walaupun bebas gula) kerana ia mengurangkan keupayaan badan anda untuk menyimpan air. Juga, elakkan daripada minuman beralkohol, kopi dan minuman berkafein yang merupakan diuretik semula jadi.

    1. Pilih makanan yang menyejukkan badan

    Makanan boleh membantu menyejukkan badan anda dengan syarat anda membuat pilihan yang tepat. Pilih salad, sayur-sayuran dan buah-buahan. Timun sangat disarankan untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi 100 peratus air.

    Elakkan makan daging dan makanan berprotein tinggi semasa hari panas kerana ia boleh meningkatkan pengeluaran haba metabolik yang menyebabkan kehilangan air.

    Untuk mengetahui jenis makanan yang boleh membantu menyejukkan badan, anda boleh rujuk artikel ini: 10 makanan membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas

    1. Jauhi matahari semasa hari panas

    Elakkan aktiviti di bawah sinar matahari ketika cuaca sangat panas. Adalah lebih baik untuk mengehadkan aktiviti di bawah sinaran matahari antara pukul 10 pagi dan 4 petang. 

    Sebaliknya, jadualkan aktiviti pada awal pagi atau lewat petang. Pastikan mereka yang berisiko kepada haba untuk tinggal di dalam ruma semasa cuaca panas seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

    1. Pakai krim pelindung matahari

    Walaupun krim pelindung matahari tidak membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas tetapi ia penting untuk melindungi kulit daripada selaran matahari.

    Pastikan anda memakai krim pelindung matahari sekurang-kurangnya yang mengandungi SPF 15 dan SPF 30 adalah lebih baik jika berada di luar rumah.

    Anda perlu kerap mengulang pakainya setiap dua jam untuk melindungi kulit anda dengan baik.

    1. Semburan halus air pada kulit

    Bagi memastikan anda berada dalam keadaan sejuk walaupun ketika cuaca panas, anda boleh membuat semburan halus pada kulit dan juga mandi dengan air yang lebih sejuk.

    Untuk membuat semburan air itu, anda hanya perlu isikan air di dalam botol dan letakkannya di dalam peti sejuk. Jika terasa panas, sembur pada muka dan badan anda untuk membantu memberi rasa sejuk dengan cepat.

    1. Pakai pakaian yang tidak tebal

    Pakaian yang nipis (bernafas) dan longgar akan membantu badan anda lebih sejuk. Memakai baju berwarna terang adalah lebih baik, kerana ini akan memantulkan haba dan cahaya matahari dengan lebih baik.

    Pakaian kapas dan linen membantu anda berasa sejuk dan menyerap lembapan ketika cuaca panas.

    Elakkan pemakaian daripada fabrik sintetik yang cenderung untuk memerangkap kelembapan dan menjadikan fabrik terasa lebih berat, melekat pada kulit dan menyekat aliran udara.- RELEVAN

    cuaca featured matahari panas
    Artikel Terkini

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    May 12, 2025

    ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

    May 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.