Facebook Twitter
    Trending
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip berhadapan dengan manusia narsistik

    5 tip berhadapan dengan manusia narsistik

    By Zubaidah IbrahimAugust 10, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JANGAN biarkan manusia narsistik membunuh jiwa anda.- GAMBAR HIASAN/TIMUR WEBER/PEXELS

    BERHADAPAN dengan manusia yang mengalami masalah Gangguan personaliti Narsistik (NPD) bukan mudah. Lebih teruk lagi jika perlu berdepan dengan manusia narsistik setiap hari seperti pasangan, rakan sekerja dan ahli keluarga.

    Bayangkan tingkah laku negatif manusia narsistik ini sudah menjadi makanan harian sehingga jiwa menjadi semakin terluka dan tertekan. Anda juga tidak boleh lari kerana sudah terikat dengan mereka.

    Jangan biarkan anda terus diperlakukan dengan buruk. Lakukan sesuatu untuk membebaskan diri daripada manusia narsistik.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan 5 tip bagi membantu anda berhadapan dengan manusia narsistik dengan lebih berani:

    1. Didik diri anda tentang NPD

    Terlebih dahulu, anda perlu mengenali ciri-ciri Gangguan personaliti Narsistik (NPD). Lengkapkan diri anda dengan ilmu mengenai NPD.

    Nak bertempur perlulah ada ilmu, barulah anda boleh menang. Sampai bila nak jadi mangsa manusia toksik?

    Ilmu tentang NPD boleh membantu anda memahami dengan lebih baik kekuatan dan kelemahan orang-orang narsistik. Makin mudah untuk anda tumbangkan tingkah laku negatif  mereka.

    Banyakkan membuat bacaan tentang kesihatan mental terutama berkaitan NPD.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat

    1. Bina harga diri

    Membina harga diri yang sihat boleh membantu anda untuk mengendalikan tingkah laku berbahaya manusia narsistik.

    Persekitaran narsistik ‘membunuh’ diri anda dari dalam sehingga anda berasa tidak berharga langsung.

    Oleh itu, cari balik keyakinan diri dengan perbincangan yang positif, amalkan penjagaan diri yang baik dan cari sistem sokongan untuk membantu mengembangkan daya tahan serta memupuk harga diri.

    1. Tetapkan sempadan yang jelas

    Meletakkan sempadan yang jelas, bersifat tegas dan menyokong diri sendiri adalah kunci penting untuk anda berhadapan dengan individu NPD.

    Daripada cuba mengubah seseorang yang mempunyai NPD, lebih baik untuk menetapkan sempadan tentang sebarang tingkah laku yang tidak boleh diterima oleh anda.

    Anda juga harus menguatkuasakan sempadan ini supaya ia dipandang serius dan tidak terus menjadi mangsa tingkah laku biadap narsistik.

    1. Amalkan kemahiran untuk bertenang

    Mempraktikkan kemahiran seperti pernafasan, melakukan yoga atau meditasi memudahkan anda untuk kekal tenang dan mengelakkan daripada bertindak balas yang tidak sepatutnya apabila berinteraksi dengan seseorang yang menghidap NPD.

    Perlu diingat, NPD pandai memanipulasi keadaan sehingga akhirnya anda yang terkorban. Oleh itu, ambil nafas dalam-dalam dan susun strategi supaya anda tidak lagi menjadi mangsa narsistik.

    1. Dapatkan bantuan

    Mempunyai hubungan dengan seseorang yang mempunyai personaliti narsistik sangat memenatkan emosi. 

    Jika dibiarkan, ia akan mengheret sama masalah kesihatan mental anda sehingga mengalami kebimbangan melampau, kemurungan dan pelbagai lagi gangguan termasuklah penyakit fizikal.

    Oleh itu, jika anda merasa simptom-simptom gangguan mental, jangan teragak-agak untuk mendapatkan bantuan professional.- RELEVAN

    featured kesihatan mental narsistik
    Artikel Terkini

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    September 21, 2023

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.