Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

    Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

    By Zubaidah IbrahimNovember 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ALERGI makanan ialah keadaan di mana makanan tertentu mencetuskan tindak balas imun yang tidak normal.- Foto Freepik

    PERNAHKAH anda mengalami gatal-gatal dan bengkak pada bibir selepas makan? Ini adalah simptom-simptom alahan kepada makanan.

    Boleh dikatakan kebanyakan orang pernah mengalami alergi makanan sehingga mereka terpaksa mengelak daripada daripada mengambil makanan yang mencetuskan alahan itu.

    Walaupun pada pandangan umum ia hanyalah sakit ringan, tetapi sebenarnya alahan makanan boleh menyebabkan maut jika tidak dirawat dengan segera.

    Apakah alahan makanan?

    Menurut healthline, alergi makanan ialah keadaan di mana makanan tertentu mencetuskan tindak balas imun yang tidak normal.

    Ia disebabkan oleh sistem imun anda tersalah mengenal pasti beberapa protein dalam makanan sebagai berbahaya.

    Badan anda kemudian melancarkan pelbagai langkah perlindungan termasuk membebaskan bahan kimia seperti histamin yang menyebabkan keradangan.

    Ada yang mengalami gejala ringan dan ada juga yang mengalami gejala teruk (mengancam nyawa) iaitu dikenali sebagai anafilaksis.

    ARTIKEL BERKAITAN: Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

    Alahan makanan menjejaskan kira-kira lapan peratus kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan orang dewasa sebanyak empat peratus.

    Walaupun tiada penawar, sesetengah kanak-kanak boleh mengatasi alahan makanan apabila usia meningkat.

    Alahan makanan terkadang mengeliru dengan intoleransi makanan kerana simptomnya yang hampir sama. Namun, intoleransi makanan adalah keadaan yang kurang serius dan tidak melibatkan sistem imun.

    Jenis-jenis alahan makanan

    Alahan makanan sebenar boleh dibahagikan kepada dua jenis:

    • Pengantaraan imunoglobulin E (IgE)

    Sistem imun badan anda membuat antibodi IgE yang bertindak balas dengan makanan tertentu.

    Antibodi ialah sejenis protein darah yang digunakan oleh sistem imun untuk mengenali dan melawan jangkitan.

    Tindak balas alahan yang dimediasi IgE biasanya berlaku dalam masa beberapa jam selepas makan makanan pencetus alahan dan boleh merangkumi gejala ringan hingga teruk, termasuk anafilaksis.

    • Pengantara bukan IgE

    Dalam alahan makanan bukan IgE, sistem imun anda tidak membuat antibodi IgE, tetapi bahagian lain sistem imun terlibat dalam meningkatkan tindak balas terhadap ancaman yang dirasakan.

    Tindak balas alahan bukan pengantara IgE selalunya melibatkan simptom kulit atau pencernaan atau gabungan simptom tersebut, termasuk muntah dan cirit-birit serta boleh berlaku sehingga tiga hari selepas memakan alergen makanan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 9 makanan merangsang kecerdasan otak, mudah disediakan

    Simptom-simptom alahan makanan

    Mayoclinic menjelaskan, gejala alahan makanan biasanya berkembang dalam beberapa minit hingga dua jam selepas makan makanan yang mencetuskan alergi.  Ini termasuklah:

    • Kebas atau gatal-gatal di dalam mulut
    • Gatal-gatal atau ekzema
    • Bengkak pada bibir, muka, lidah dan tekak atau bahagian badan yang lain
    • Semput, hidung tersumbat atau kesukaran bernafas
    • Sakit perut, cirit-birit, loya atau muntah
    • Pening atau pengsan

    Anafilaksis

    Bagi sesetengah orang, alahan makanan boleh mencetuskan tindak balas alergi teruk yang dipanggil anafilaksis. Ini boleh menyebabkan tanda dan gejala yang mengancam nyawa, termasuklah:

    • Penyempitan dan pengetatan saluran pernafasan
    • Tekak bengkak atau rasa ketulan di kerongkong yang menyebabkan sukar untuk bernafas
    • Kejutan dengan penurunan tekanan darah yang teruk
    • Nadi laju
    • Pening atau pengsan

    Rawatan kecemasan adalah penting untuk anafilaksis. Tanpa rawatan, anafilaksis boleh menyebabkan koma atau kematian.- RELEVAN

    Previous ArticleKes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun
    Next Article Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.