Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

    Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

    By November 23, 2023Updated:November 23, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PERCERAIAN tertinggi adalah dalam kalangan kumpulan umur 35 hingga 39 tahun bagi pengantin lelaki manakala pengantin perempuan dalam kalangan kumpulan umur 30 hingga 34 tahun. - GAMBAR HIASAN/ALEX GREEN (Pexels)

    BILANGAN perceraian yang direkodkan pada 2022 meningkat 43.1 peratus kepada 62,890 kes berbanding 43,936 kes pada 2021.

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, perceraian dalam kalangan orang Islam mencatatkan peningkatan 45.8 peratus, daripada 31,650 kes pada 2021 kepada 46,138 kes pada 2022.

    Kata beliau, peningkatan itu disebabkan kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya.

    “Tiga negeri mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam, iaitu Kedah (113.6 peratus), Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus).

    “Perceraian orang bukan Islam turut meningkat sebanyak 36.4 peratus daripada 12,286 pada 2021 kepada 16,752 pada 2022. 

    “Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang bukan Islam ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (500 peratus), Johor (61.5 peratus) dan Melaka (59 peratus),” katanya dalam kenyataan pada 23 November 2023.

    Jelas Mohd. Uzir, perceraian tertinggi adalah dalam kalangan kumpulan umur 35 hingga 39 tahun bagi pengantin lelaki manakala pengantin perempuan dalam kalangan kumpulan umur 30 hingga 34 tahun.

    Kadar perceraian am

    Sementara itu, selari dengan peningkatan bilangan perceraian, kadar perceraian am menunjukkan peningkatan bagi lelaki daripada 6.1 pada 2021 kepada 8.7 pada 2022, bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang berkahwin.

    Trend sama turut direkodkan bagi perempuan, meningkat daripada 6.2 pada 2021 kepada 8.9 pada 2022, bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang berkahwin.

    Kata Mohd. Uzir, kadar perceraian am juga meningkat bagi lelaki Islam daripada 7.1 pada 2021 kepada 10.4 pada 2022. Kadar perceraian am bagi perempuan Islam pula meningkat daripada 7.3 pada 2021 kepada 10.6 pada 2022.

    “Bagi orang bukan Islam, kadar perceraian am bagi lelaki bukan Islam meningkat daripada 4.4 pada 2021 kepada 6.1 pada 2022. 

    “Kadar perceraian am bagi perempuan bukan Islam meningkat daripada 4.5 pada 2021 kepada 6.1 pada 2022,” katanya.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Bilangan perkahwinan menurun

    Di samping itu, data daripada laporan Perangkaan Perkahwinan dan Perceraian Malaysia 2023 turut menunjukkan penurunan 0.5 peratus dari segi bilangan perkahwinan, iaitu daripada 215,973 pada 2021 kepada 214,824 pada 2022.

    Menurut Mohd. Uzir, penurunan tersebut disumbangkan penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam, iaitu 168,726 pada 2022 berbanding 176,002 pada tahun sebelumnya.

    Kata beliau, tiga negeri yang menunjukkan penurunan tertinggi perkahwinan orang Islam ialah Wilayah Persekutuan Putrajaya (19.6 peratus), Perak (12.8 peratus) dan Terengganu (11.3 peratus).

    “Sebaliknya, bilangan perkahwinan orang bukan Islam pula merekodkan peningkatan 15.3 peratus daripada 39,971 pada 2021 kepada 46,098 pada 2022.

    “Tiga negeri yang menunjukkan peningkatan tertinggi perkahwinan orang bukan Islam ialah Terengganu (40.2 peratus), Johor (26.6 peratus) dan Negeri Sembilan (211.1 peratus),” katanya.

    Perkahwinan beza etnik

    Tambah Mohd. Uzir, pada 2022, hampir tujuh peratus daripada jumlah perkahwinan adalah perkahwinan antara pasangan berbeza kumpulan etnik.

    Kata beliau, bilangan perkahwinan antara etnik menurun 15.4 peratus, iaitu 16,346 pada 2021 kepada 13,883 pada 2022.

    44.2 peratus daripada jumlah tersebut merupakan perkahwinan antara etnik bagi orang Islam manakala 55.8 peratus lagi orang bukan Islam.

    Perkahwinan mengikut kumpulan umur

    Menurut Mohd. Uzir, umur penengah pengantin lelaki kekal pada 28 tahun manakala umur penengah pengantin perempuan meningkat kepada 27 tahun berbanding 26 tahun pada tahun sebelumnya.

    Jelas beliau, perkahwinan tertinggi adalah dalam kalangan kumpulan umur 25 hingga 29 tahun bagi kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan.

    “Statistik juga menunjukkan umur pengantin lelaki dan pengantin perempuan paling tua direkodkan pada 2022 masing-masing adalah berumur 92 tahun dan 86 tahun.

    “Sementara itu, 2.9 peratus pengantin lelaki berumur 65 tahun dan lebih telah mengahwini pengantin perempuan yang lebih muda dalam kalangan umur 24 tahun dan ke bawah.

    “Manakala 3.5 peratus pengantin perempuan berumur 65 tahun dan lebih telah berkahwin dengan pengantin lelaki dalam kumpulan umur 24 tahun dan ke bawah,” katanya. – RELEVAN

    DOSM featured pendidikan perceraian perkahwinan statistik
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.