Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hari Warga Emas Sedunia: Jaga kesihatan demi kehidupan sejahtera

    Hari Warga Emas Sedunia: Jaga kesihatan demi kehidupan sejahtera

    By Umi FatehahOctober 2, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hari Warga Emas Sedunia: Jaga kesihatan demi kehidupan sejahtera. - GAMBAR HIASAN SHAHIR NOORDIN

    SEIRING dengan peningkatan usia, badan kita mengalami beberapa siri perubahan yang memerlukan perhatian dan penjagaan khas.

    Penjagaan kesihatan adalah penting bagi setiap peringkat umur. Namun, bagi golongan warga emas, mereka memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih teliti bagi menjamin kehidupan yang aktif dan bahagia.

    Sempena Hari Warga Emas Sedunia, Relevan kongsikan beberapa tip penjagaan kesihatan bagi golongan warga emas.

    1. Kekal aktif

    Senaman boleh membantu melambatkan banyak kesan penuaan. Menurut Medline Plus, bersenam dengan kerap boleh meningkatkan keseimbangan badan dan memastikan warga emas boleh bergerak tanpa memerlukan bantuan.

    Selain itu, senaman juga dapat menstabilkan emosi dengan mengurangkan risiko kebimbangan dan kemurungan serta menyumbang kepada fungsi kognitif yang lebih baik. 

    Dengan bersenam, ia akan mengurangkan risiko beberapa penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kanser payudara dan kolon serta osteoporosis.

    Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mencadangkan untuk meluangkan 150 minit bagi aktiviti aerobik intensiti sederhana (seperti berenang atau berjalan pantas) setiap minggu. Jadualkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti sihat sehari dalam seminggu.

    1. Bersosial

    Interaksi bersama keluarga dan rakan boleh memberi banyak manfaat untuk kesihatan seiring dengan usia. Kajian menunjukkan bahawa tahap aktiviti sosial yang tinggi mendorong kepada kestabilan emosi yang lebih positif. 

    Secara tidak langsung, ia akan mengurangkan kemungkinan untuk warga emas berasa sunyi yang akan menyebabkan kemurungan dan kebimbangan.

    Sertai mana-mana kelab atau aktiviti sosial seperti persatuan ibu tunggal bagi memastikan anda tidak kesunyian dan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

    1. Amalkan diet yang seimbang

    Untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh untuk penuaan yang sihat dan mengurangkan risiko keadaan kronik seperti penyakit jantung, amalkan pemakanan yang tinggi kandungan serat dan rendah lemak tepu sebagai pilihan. 

    Menurut Harvard, mengikut pelan pemakanan seperti diet Mediterranean boleh membantu anda mencapai matlamat untuk pemakanan yang berkhasiat. 

    Diet Mediterranean menekankan keseimbangan pengambilan minyak zaitun, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin penuh serta ikan. 

    1. Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala

    Pemeriksaan kerap dengan doktor, doktor gigi, doktor mata dan pembekal penjagaan kesihatan pakar adalah peluang untuk menangani masalah lebih awal dan merawatnya sebelum menjadi masalah yang lebih besar.

    Jika anda mempunyai satu atau lebih keadaan perubatan kronik, mengambil beberapa ubat, mengalami masalah ingatan atau mobiliti, atau dimasukkan ke hospital baru-baru ini, anda mungkin mahu menjadualkan temu janji dengan pakar geriatrik. Pakar geriatrik ialah pakar dalam penjagaan dan rawatan untuk kumpulan warga emas. 

    1. Ambil ubat-ubatan seperti yang dinasihatkan

    Anda mungkin merasakan seperti sudah sihat atau tidak perlu lagi bergantung dengan ubat, tetapi perlu diingatkan bahawa ubat-ubatan yang diberi perlu diambil seperti yang diarahkan oleh doktor.

    Lakukan pemeriksaan sekiranya keadaan kesihatan berada dalam keadaan baik. Biar pihak doktor yang memutuskan sama ada anda masih perlu bergantung dengan ubat atau tidak.

    Jangan ambil apa-apa suplemen kesihatan tambahan tanpa nasihat doktor kerana dikhuatiri ia mempunyai tindak balas negatif dengan ubat-ubatan lain.

    1. Berhenti merokok

    Jika anda seorang perokok, berhenti sebelum terlambat. Merokok adalah punca utama kepada penyakit-penyakit dan kematian pramatang. Bagi warga emas, risiko yang berkaitan dengan merokok menjadi lebih kritikal kerana mereka sering berhadapan dengan isu kesihatan berkaitan usia. 

    Merokok memburukkan lagi keadaan seperti penyakit jantung, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan kanser yang semuanya menjadi lebih kronik apabila seseorang itu semakin tua.

    1. Dapatkan tidur yang mencukupi

    Pakar mengesyorkan bahawa mereka yang berumur 65 tahun ke atas perlu mendapatkan tidur yang cukup iaitu antara tujuh dan lapan jam tidur setiap malam. 

    Apabila usia meningkat, anda mungkin menyedari bahawa jadual tidur berubah supaya anda mengantuk lebih awal pada waktu malam dan bersedia untuk bangun lebih awal pada waktu pagi. Ini bukan perkara luar biasa dan tidak menimbulkan masalah selagi anda terus mendapatkan tidur yang mencukupi.

    Jika anda mengalami insomnia, rujuk dengan doktor dan dapatkan nasihat bagi menyelesaikan masalah kesukaran untuk tidur.

    1. Amalkan penjagaan gigi yang baik

    Untuk melindungi gigi dan gusi, berus gigi dua kali sehari menggunakan berus gigi lembut dan ubat gigi berfluorida. Selain itu, flos setiap hari dan bersihkan gigi palsu dengan kerap. Dengan rutin ini, bukan sahaja gigi dan gusi anda akan menjadi lebih sihat tetapi boleh mencegah keradangan dalam mulut. – RELEVAN

    featured hari warga emas sedunia kesihatan warga emas
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.