Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    By Zubaidah IbrahimSeptember 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SYARIKAT TinyCircuits melancarkan dua set televisyen terkecil di dunia.- TinyCircuits

    SEBUAH syarikat perkakasan yang mengkhususkan dalam penciptaan peranti elektronik kecil iaitu TinyCircuits telah melancarkan dua set televisyen terkecil di dunia.

    Diberi nama TinyTV 2 dan TinyTV Mini, televisyen kecil itu merupakan hasil ciptaan oleh Pengasas dan Presiden Syarikat TinyCircuits, Ken Burns. Ia dikeluarkan di Ohio, Amerika Syarikat.

    TinyCircuits nama yang tidak asing lagi dalam penciptaan peranti elektronik bersaiz kecil di dunia.

    Pada tahun 2012, syarikat itu melancarkan projek pertamanya iaitu pemproses komputer kecil yang dipanggil projek TinyDuino.

    ARTIKEL BERKAITAN: Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    Walaupun peranti televisyen yang kelihatan retro ini mungkin sebesar setem pos, ia sebenarnya berfungsi seperti televisyen bersaiz biasa dengan menampilkan tombol pelarasan bunyi dan saluran.

    Kedua-duanya mempunyai kapasiti dalaman yang sama iaitu lapan gigabait (GB) dan disertakan dengan siri video pramuat.

    TELEVISYEN kecil itu mempunyai kapasiti dalaman yang sama iaitu lapan gigabait (GB) dan disertakan dengan siri video pramuat.- TinyCircuits

    Menariknya, pengguna juga boleh menstrim video ke TinyTV 2 atau TinyTV Mini daripada komputer peribadi melalui USB-C dengan menggunakan perisian percuma syarikat itu.

    Ia turut mempunyai kemampuan untuk menyimpan lebih 10 hingga 40 jam rakaman pada peranti masing-masing serta paparan OLED yang terang.

     TinyTV 2 mempunyai paparan 1.0 inci (26 milimeter) manakala TinyTV Mini mempunyai ukuran lebih kecil iaitu skrin bersaiz 0.6 inci (15 milimeter).

    ARTIKEL BERKAITAN: Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI

    Tiny Circuits turut menawarkan penukar video percuma yang membantu pengguna menukar video menjadi fail yang boleh dimainkan di kedua-dua televisyen kecil itu.

    Pengguna juga boleh memuat naik filem kegemaran, program dan video TikTok dengan memasukkannya ke dalam komputer peribadi mereka dan menyeret fail.

    Video ini perlu terlebih dahulu ditukar kepada format mesra TinyTV dengan menggunakan perisian percuma yang disediakan oleh TinyCircuits.

    Perisian itu juga membolehkan pengguna menambah kesan pada video mereka seperti statik dan video looping.

    Dari segi jangkat hayat bateri, TinyTV 2 menampilkan bateri dalaman yang baik untuk kira-kira dua jam main balik video.

    Manakala TinyTV Mini yang lebih kecil mempunyai bateri yang lebih kecil yang bertahan selama kira-kira sejam.

    Orang ramai boleh mendapatkan TinyTV 2 atau TinyTV Mini pada harga AS$49 (RM230) atau AS$59 (RM277) jika mereka memilih versi sarung yang jelas.

    Selain itu, pengguna juga boleh mendapatkan alat kawalan jauh inframerah pada harga AS$10 (RM47).

    Jadi mengapa orang ramai berminat dengan televisyen terkecil di dunia?

    Selain daripada tarikan saiz kecil, televisyen ini sangat popular dalam kalangan peminat diorama yang ingin menjadikan ciptaan mereka kelihatan sangat realistik.- RELEVAN

    Previous ArticleUKM juara Debat Perpaduan 2023
    Next Article 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.