Facebook Twitter
    Trending
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    By Umi FatehahSeptember 27, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi. - GAMBAR HIASAN ANDREA PIACQUADIO/PEXELS

    ANDA mungkin pernah memikirkan tentang kekayaan generasi sama ada dalam sedar atau tidak sedar. Kekayaan generasi membawa maksud pewarisan harta bermula daripada anda atau generasi sebelumnya kepada generasi akan datang. 

    Pewarisan harta yang dimaksudkan tidak terhad kepada wang sahaja. Ia boleh menjadi pewarisan dalam bentuk ​​dana pelaburan, saham dan bon, hartanah mahupun keseluruhan syarikat.

    Dengan perancangan yang betul, anda boleh membina perniagaan keluarga atau menyediakan portfolio pelaburan untuk mewariskan kejayaan kewangan kepada generasi yang akan datang. 

    Berikut, Relevan senaraikan empat cara untuk mula membina kekayaan generasi.

    1. Belanjakan wang dengan bijak

    Terdapat beberapa perangkap wang yang kebanyakan kita terjerumus ke dalam lembah kepapaan wang. 

    Pertama, tidak ada simpanan kecemasan yang boleh digunakan sekiranya berlaku apa-apa situasi kecemasan. Kedua, Perbelanjaan menjadi luar kawalan kerana anda tidak merekodkan aliran keluar masuk wang. Ketiga, anda tidak dapat mengawal nafsu dan membeli barang-barang yang tidak diperlukan.

    Sama ada anda telah jatuh ke dalam satu atau semua perangkap ini, masih tidak terlambat untuk melakukan perubahan. Lebih cepat anda mengubah mindset, belajar menyimpan dan berbelanja dengan bijak, lebih cepat anda akan berjaya.

    1. Fokus kepada aliran tunai

    Bagi kebanyakan individu, menyimpan 10 peratus daripada gaji bulanan mungkin tidak mencukupi untuk membina kekayaan generasi disebabkan pulangannya yang rendah. Jadi, untuk membina kekayaan generasi yang kukuh, anda mungkin perlu berusaha mencari pendapatan sampingan.

    Sama ada mencari pekerjaan baharu dengan gaji yang lebih tinggi atau membuat kerja sampingan seperti penterjemah, pekerja bebas (freelancer) atau pemandu e-hailing.

    1. Dapatkan pendapatan pasif

    Pendapatan pasif adalah penting dalam membina kekayaan generasi. Ini adalah aliran pendapatan yang digunakan oleh beberapa individu terkaya di dunia seperti Warren Buffett dan Bill Gates. 

    Contoh pendapatan pasif yang paling ramai amalkan ialah pelaburan. Namun, pastikan anda mempunyai pengetahuan yang secukupnya sebelum mula melabur. Secara amnya, terdapat banyak jenis pelaburan. Kaji setiap jenis pelaburan dan pilih yang mana satukah bersesuaian dengan anda dari sudut risiko dan keuntungan.

    1. Terus belajar perkara baharu

    Dalam kehidupan, kita perlu sentiasa mempelajari perkara baharu untuk kekal relevan. Untuk mencipta kekayaan generasi, anda boleh cuba belajar ilmu perdagangan (trading) dan pelaburan. 

    Melalui perdagangan dan pelaburan, anda mungkin akan mampu menyimpan dan mengumpul lebih banyak wang. Justeru, anda dapat mewariskan harta dalam jumlah yang lebih banyak kepada keturunan akan datang. – RELEVAN

    featured kekayaan kekayaan generasi kewangan
    Artikel Terkini

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.