Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    By Zubaidah IbrahimSeptember 26, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEANUT ayam baka bantam dinobatkan sebagai ayam tertua di dunia oleh Guinness World Records.- oleh GUINNESS WORLD RECORDS

    PURATA jangka hayat ayam adalah sekitar lima hingga 10 tahun, tetapi berbeza dengan seekor ayam bernama Peanut yang kini berusia 21 tahun sehingga dinobatkan sebagai ayam tertua di dunia oleh Guinness World Records.

    Peanut secara rasminya mendapat pengiktirafan dunia itu pada 28 Januari 2023 ketika ia berusia 20 tahun dan 272 hari.

    Sekali gus, merampas kedudukan ayam bernama Muffy yang berusia 23 tahun dan 152 hari ketika ia mati pada 2011.

    21 tahun lalu, pemilik ladang dari Michigan, Amerika Syarikat, Marsi Parker Darwin hampir membuang telur ayam busuk ke dalam kolam buaya, tetapi tiba-tiba dia terdengar suara anak ayam yang menetas dari telur itu.

    “Saya menyedari bahawa anak ayam itu masih hidup dan cuba keluar dari telur tersebut.

    “Anak ayam ini bersaiz kecil dan ia tidak pernah membesar melebihi satu paun, kira-kira satu pertiga daripada saiz ayam lain di ladang, jadi saya menamakannya ‘Peanut’,” cerita Darwin yang merupakan pesara pustakawan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Kucing jalanan ubah hidup Bowen dari gelandangan ke karpet merah

    Pada tahun-tahun berikutnya, anak ayam kecil itu membesar menjadi ayam bantam dewasa yang sihat.

    Darwin tidak pernah membayangkan bahawa anak ayam betina berwarna perang itu akan bersamanya dan suaminya selama lebih dua dekad.

    Peanut juga menjadi bintang buku kanak-kanak baharu yang ditulis dan diterbitkan sendiri oleh Darwin, bertajuk My Girl Peanut and Me-On Love and Life From the World’s Oldest Chicken.

    DARWIS bergambar bersama Peanut di ladang miliknya di Michigan, Amerika Syarikat.

    Di ladang seluas 37 ekar milik sepasang suami isteri itu turut terdapat pelbagai haiwan lain termasuk burung kakak tua, ayam, itik, ayam guinea dan burung merak.

    Bercerita mengenai Guinness World Records, Darwin memberitahu, membuktikan umur ayam bukanlah perkara yang mudah.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana kucing fikir tentang manusia? Ini fakta yang mengejutkan

    “Mujur saya mempunyai beberapa gambar bertarikh dari rakan dan anak saudara yang pernah merakam gambar dengan Peanut beberapa tahun lalu.

    “Jadi, itu bukti terbaik kami,” kata Darwin.

    Kira-kira enam tahun lalu, Peanut memutuskan bahawa ia tidak mahu lagi hidup di dalam reban. 

    Pada suatu hari, semasa musim sejuk, ayam betina itu mengikut Darwin ke anjung rumah untuk membuat sarang dan enggan keluar dari situ.

    Akhirnya, Darwin memutuskan untuk membenarkan Peanut dan anak ayam betinanya, Millie tinggal di dalam rumah sepenuh masa.

    Kedua-dua ekor ayam itu kini mendiami reban dawai di ruang tamu dan diletakkan berhampiran tingkap supaya ayam itu dapat melihat luar rumah.

    “Peanut makan yogurt blueberry dicampur dengan tablet vitamin D yang dihancurkan serta beberapa pisang, anggur dan sayur-sayuran segar sekali-sekala.

    “Ia sihat dan manja,” ujar Darwin.- RELEVAN

    Previous ArticleKentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    Next Article Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.