Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI

    Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI

    By September 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ORANG ramai boleh membuat pemeriksaan percuma kanser paru-paru dengan menggunakan teknologi AI.- GAMBAR HIASAN/ RAWPIXEL.COM/ FREEPIK

    BAGI menyediakan pemeriksaan kanser paru-paru secara percuma kepada rakyat Malaysia, Lung Cancer Network Malaysia (LCNM), AstraZeneca dan Qualitas Medical Group telah bekerjasama dengan tiga buah pusat rawatan kanser swasta iaitu Hospital Beacon, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Pusat Perubatan Sunway.

    Kerjasama ini akan meluaskan lagi akses untuk orang ramai menerima teknologi saringan Kecerdasan Buatan (AI) yang canggih (Qure.ai) di klinik penjagaan utama dan jika perlu siasatan lanjut akan dibuat dengan imbasan tomografi terkira dos rendah (LDCT) di ketiga-tiga hospital penjagaan tertier itu.

    Menurut Malaysia Cancer Registry Report 2012-2016, kanser paru-paru adalah kanser kedua paling biasa dan penyebab utama kematian berkaitan kanser dalam kalangan kaum lelaki rakyat di negara ini.

    Kebanyakan kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain di negara kita.

    BEKAS perokok tegar dan individu yang aktif merokok berisiko tinggi mendapat kanser paru-paru.- FOTO OLEH PIXABAY

    ARTIKEL BERKAITAN: Sistem imun kanak-kanak lemah selepas pandemik? Ini penjelasan pakar – Relevan

    Sehubungan itu, menerusi program ini, rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berkemungkinan berada dalam kategori berisiko tinggi seperti bekas perokok tegar dan individu yang masih lagi aktif merokok akan dapat mengesan kehadiran awal kanser melalui penggunaan teknologi canggih yang disediakan.

    Pakar Bedah Kardiotoraks dan Presiden LCNM, Dr. Anand Sachithanandan berkata, pengesanan penyakit kanser paru-paru peringkat awal adalah penting kerana hasil rawatan dan prognosis sangat bergantung kepada peringkat penyakit.

    “Prognosis yang tidak baik dalam kalangan pesakit kanser paru-paru selalunya disebabkan kebanyakan mereka tidak akan mengalami apa-apa tanda atau gejala pada peringkat awal penyakit ini dan hanya sedar apabila ia sudah di fasa lewat.

    “Dengan pendekatan terapi pelbagai disiplin dan mod, kanser paru-paru yang dikesan pada peringkat awal dapat membawa prognosis yang sangat baik kerana rawatan kuratif akan lebih berkesan serta efektif apabila kanser mula dirawat pada peringkat ini.

    “Sejarah keluarga dan pencemaran udara merupakan faktor risiko yang utama kepada peningkatan trend kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok.

    “Kerjasama yang menggunakan teknologi AI untuk saringan kanser ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia dan ia akan membantu memenuhi keperluan pengesanan kanser paru-paru dalam kalangan bukan perokok,” katanya.

    KEBANYAKAN kes kanser paru-paru dikesan lewat dan ini menyebabkan penurunan kadar kelangsungan hidup pesakit kanser jenis ini berbanding jenis kanser utama yang lain di negara kita.- FOTO OLEH LIFESTYLEMEMORY/FREEPIK

    Tambah beliau, dengan akses yang dipertingkatkan, alat tafsiran X-ray AI yang menggunakan algoritma pembelajaran mendalam untuk mengesan keabnormalan pada radiografi dada boleh meningkatkan kepekaan untuk pengesanan nodul paru-paru yang selalunya merupakan tanda pertama kanser paru-paru.

    Kes yang disyaki kemudiannya akan disiasat selanjutnya dengan imbasan LDCT bukan kontras yang merupakan kaedah saringan yang terbukti baik untuk mengurangkan kematian berkaitan kanser paru-paru bagi individu berisiko tinggi.

    Anand memberitahu, X-ray dada AI akan meningkatkan ketepatan diagnostik dan mempercepatkan rujukan kes kepada pakar paru-paru yang berkaitan.

    Dengan penyiasatan dan rawatan yang lebih pantas, kadar kelangsungan hidup yang lebih baik boleh dijangkakan.

    “Kemajuan perubatan yang inovatif seperti mesin algoritma AI pembelajaran mendalam ini merupakan satu langkah besar untuk industri dan berpotensi mengubah status industri perubatan semasa.

    “Kami berharap untuk mewujudkan peralihan peringkat penyakit secara berkesan sambil mengesan lebih banyak kanser paru-paru di peringkat awal dalam komuniti,” jelasnya lagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir – Relevan

    Sementara itu, Presiden Negara, AstraZeneca Malaysia, Dr. Sanjeev Panchal berkata, melalui kerjasama buat kali kedua dengan LCNM, Kumpulan Perubatan Qualitas dan barisan hospital tertier, diharapkan dapat  meluaskan lagi akses untuk pesakit mendapatkan diagnosis awal kanser paru-paru.

    Sekali gus, dapat mengurangkan kadar kematian disebabkan oleh penyakit kanser paru-paru di Malaysia.

    “Penyepaduan teknologi inovatif seperti AI untuk saringan kanser paru-paru yang bermula diperingkat penjagaan utama adalah bukti bagaimana pemeriksaan awal boleh meningkatkan kadar rujukan yang tepat bagi individu berisiko tinggi untuk mendapatkan diagnosis lanjut dari hospital tertier yang menggunakan teknik pengimejan LDCT.

    “Kami bercita-cita untuk menjangkaui pil dan mencipta ekosistem kesihatan yang teguh sambil menggalakkan diagnosis awal untuk mengurangkan bebanan penyakit dan meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan pemeriksaan serta rawatan.

    “Inisiatif tersebut juga diharap dapat membuka jalan kepada pengusaha industri lain untuk menyertai gabungan ini bagi membantu meluaskan lagi akses supaya pesakit yang diagnosis dengan kanser paru-paru membayar pada harga berpatutan,” ujarnya.

    Untuk maklumat lanjut tentang kempen saringan percuma ini, sila kunjungi https://www.lungcancer.net.my/free-ldct-lung-screening-programme-2/– RELEVAN

    featured kanser paru-paru percuma
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.