Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

    5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

    By September 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEMUA orang berasa sedih apabila diberhentikan kerja tetapi jangan pernah berputus asa untuk mendapatkan pekerjaan baharu.- FREEPIK

    DALAM keadaan ekonomi yang tidak menentu, ada syarikat yang terpaksa mengambil keputusan untuk memberhentikan sebahagian pekerja mereka bagi mengecilkan kos operasi.

    Berita pemberhentian kerja ini sangat menggerunkan malah ada yang diberhentikan kerja dalam tempoh 24 jam. Tiba-tiba dunia terasa gelap.

    Pastinya semua orang berasa sedih apabila diberhentikan kerja kerana mereka kehilangan sumber pendapatan namun apakan daya jika rezeki di situ telah ternoktah. Jangan berputus asa mencari untuk pekerjaan baharu.

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan 5 cara untuk anda berdepan dengan masalah pemberhentian kerja agar lebih bersedia seperti disarankan oleh LinkedIn.

    1. Luahkan perasaan dan dapatkan sokongan emosi

    Tarik nafas dan cuba tenangkan fikiran seketika. Kehilangan pekerjaan memberi trauma dalam hidup anda. Semua yang terjadi ini adalah proses dalam kehidupan dan pengalaman hidup.

    Jangan memendam rasa dan bersendirian ketika menghadapi keadaan getir ini. Dapatkan sokongan emosi daripada keluarga atau kenalan rapat.

    Sokongan mereka penting untuk memastikan anda sentiasa positif dan bersedia mencari pekerjaan baharu dengan sikap lebih terbuka menghadapi ujian hidup.

    1. Buat perancangan kewangan

    Penasihat Kewangan, Winnie Sun mengesyorkan untuk membuat dokumen khas bagi menjejaki keadaan kewangan semasa anda sebaik sahaja diberhentikan kerja.

    “Mencatat sesuatu perkara dan mempunyai perancangan akan membantu anda berfikir secara pragmatik, bukan emosi.

    “Tulis dan rekodkan wang keluar dan wang masuk,” katanya.

    Selepas anda tahu berapa banyak wang yang anda ada, langkah seterusnya ialah mengira berapa lama ia akan bertahan.

    Fokus kepada tiga perbelanjaan utama iaitu perumahan, makanan dan keperluan perubatan.

    1. Kemas kini resume, portfolio dan profil LinkedIn anda

    Sejak pandemik Covid-19, banyak perubahan dalam keperluan pekerjaan, kemahiran dan skop tugas. Oleh itu, anda perlu membuat kemaskini dalam resume dan permohonan kerja supaya anda lebih menonjol.

    Semak dan kemaskini resume, surat lamaran, portfolio, laman web peribadi dan profil LinkedIn anda dengan mengambil kira perubahan semasa.

    Fokus kepada kemahiran yang telah anda kembangkan sepanjang kerjaya anda.

    Apakah kemahiran ini telah membantu mencapai matlamat anda? Bagaimana pula cara anda bersedia untuk menerapkannya dalam pelbagai peranan pada masa hadapan?

    1. Anggarkan berapa lama anda mencari kerja

    Untuk mula membina pelan carian kerja, anda perlu mempunyai beberapa jenis idea tentang berapa lama masa yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan.

    Salah satu caranya, anda boleh bertanya kenalan yang baru-baru ini bertukar kerja.  Berapa lama mereka mengambil masa untuk keseluruhan proses mendapatkan pekerjaan baharu itu?

    Ini juga membantu membuka perbualan tentang status baharu anda sebagai pencari kerja dan meletakkan anda dalam fikiran mereka sebagai seseorang yang diingati jika ada kerja kosong.

    Selain itu, hubungi juga kenalan-kenalan yang lain dan sampaikan hasrat anda yang kini sedang mencari pekerjaan.

    1. Buat rancangan berstruktur untuk mencari pekerjaan

    Buat dokumen perancangan dan gunakannya untuk menulis perkara yang akan anda lakukan setiap hari. Tetapkan matlamat mingguan dalam empat bidang utama ini:

    •   Menghubungi rangkaian kenalan profesional semasa anda
    •   Membuat rangkaian kenalan baharu
    •   Mencari pekerjaan terbuka
    •   Memohon untuk pekerjaan terbuka

    Masukkan semua yang anda lakukan itu dalam satu dokumen seperti maklumat berkaitan tentang pekerjaan yang telah anda pohon, siapa yang anda hubungi, perkara yang anda hantar kepada mereka dan butiran-butiran penting lain. – RELEVAN

    berhenti featured kerja kerjaya resume
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.