Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Selam dunia fotografi bersama Abeden dan Khairul Amin

    Selam dunia fotografi bersama Abeden dan Khairul Amin

    By Umi FatehahOctober 12, 2022Updated:October 12, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Selam dunia fotografi bersama Abeden dan Khairul Amin

    KEHIDUPAN ini sebenarnya berlalu dengan pantas. Dan setiap saat menjalani kehidupan, kita mengisi dengan kenangan yang mahu diingati hingga ke akhir hayat. 

    Namun, dengan hanya menerusi pemerhatian dan ingatan mungkin tidak mampu membuatkan momen tersebut kekal hidup dalam memori. Oleh kerana masa tidak dapat diberhentikan untuk menikmati sesuatu peristiwa penting, kita akan mengambil gambar agar dapat dikenang kembali pada masa hadapan. 

    Itulah apa yang dilakukan oleh para jurugambar sedunia. Bagi jurugambar, mereka bukan setakat mengambil gambar sahaja, tetapi merakam memori dan emosi. 

    Menurut Hishamudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Abeden, menjadi jurugambar itu tidaklah sukar. Sekiranya sudah memahami konsep pencahayaan, bayang-bayang dan komposisi yang betul, anda sudah boleh menjadi seorang jurugambar yang baik.

    Menjadi jurugambar tidak semestinya perlu menggunakan kamera atau telefon pintar yang mahal dan canggih, kata Abeden. Cukup sekadar memahami kemahiran asas dan gunakan apa sahaja jenis kamera dan telefon pintar, anda sudah boleh menghasilkan gambar yang baik.

    “Untuk mempelajari kemahiran asas, boleh dilakukan di mana-mana sumber dalam talian kerana zaman sekarang sudah ramai membuat perkongsian ilmu fotografi. Tetapi, latihan secara fizikal juga penting seperti menghadiri bengkel dan sebagainya. 

    “Bagi saya, kalau hanya sekadar belajar di internet dan tiada latihan fizikal dilakukan, pengalaman sebenar itu tidak akan diperoleh. Kata orang, gambar yang ke-10,000 yang kita tangkap belum tentu lagi ia gambar terbaik yang mampu dihasilkan,” kata anak kelahiran Kelantan itu.

    View this post on Instagram

    A post shared by TKDNXV CREATIVE SOLUTIONS (@tkdnxv)

    Khairul Amin Ahmad Shukri yang juga seorang jurugambar terkenal dalam dunia fotografi berpendapat, pemilihan masa yang sesuai adalah penting untuk mendapatkan pencahayaan yang sesuai. 

    “Waktu-waktu yang terbaik untuk mendapatkan gambar dengan pencahayaan yang sesuai ialah pada ‘golden hour’ iaitu sekitar jam enam hingga lapan pagi dan lima hingga tujuh petang.

    “Luangkan masa untuk berjalan-jalan dan meneroka kerana anda akan jumpa tempat dan saat menarik yang berlaku dari persekitaran anda. Selain itu, latih diri dengan melihat daripada pelbagai perspektif untuk mencari sudut (angle) yang menarik,” kongsi Khairul yang sudah 8 tahun berkecimpung dalam industri ini.

    View this post on Instagram

    A post shared by Khairul S. (@k__amin)

    Khairul juga menambah, jurugambar jangan takut untuk mencuba sudut yang baharu. Dalam fotografi, penting untuk menghasilkan idea yang segar. Justeru, jangan sekat kemampuan diri dan bebaskan setiap sisi kreativiti yang anda ada.

    Khairul juga berkongsi beberapa kamera Digital Single-Lens Reflex DSLR seperti Canon 1000D atau Sony A6000. Menurutnya, model yang disebutkan sesuai digunakan bagi menghasilkan gambar yang menghasilkan resolusi yang lebih tajam dan berkualiti. 

    Abeden dan Khairul Amin mula mendapat perhatian orang ramai apabila mereka sering kongsikan karya mereka dalam media sosial. Sehingga hari ini, mereka masih mempunyai pengikut baharu dan berjaya menguatkan penjenamaan mereka dalam media sosial.

    Abeden dengan pengikut sebanyak kira-kira 115,000 dan Khairul Amin dengan kira-kira 48,000 di Instagram berpendapat bahawa penting untuk menguatkan penjenamaan sendiri (personal branding) bagi menarik perhatian klien untuk mendapatkan khidmat mereka.

    Menurut mereka, penjenamaan sendiri boleh dimulakan dengan mencipta identiti sendiri dan lain daripada orang lain, tapi tetap menepati gaya atau cita rasa terkini. Selain itu, rajinkan diri juga untuk berinteraksi dengan jurugambar yang lain untuk membina rangkaian yang lebih luas.

    “Paling penting, konsisten dan kekal aktif dengan melakukan banyak perkongsian dalam media sosial. Dengan cara ini, gambar yang dikongsikan akan menarik lebih banyak perhatian dan minat orang ramai dan seterusnya meningkatkan lagi bilangan pengikut dan pengaruh dalam internet.

    “Bagi anda yang ingin menceburi dunia fotografi, jangan mudah putus asa dan kuatkan pendirian dalam membina kerjaya dalam fotografi. Naik turun dalam kehidupan itu normal dalam apa jenis perjalanan hidup.

    “Akhir sekali, rakam dan hasilkan banyak foto yang menarik dan tunjukkan dunia anda kepada seluruh dunia” pesan mereka. – RELEVAN

    featured fotografer kerjaya
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.