Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 12 tabiat yang boleh buat anda dibenci rakan sepejabat

    12 tabiat yang boleh buat anda dibenci rakan sepejabat

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 26, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KADANG-kadang kita tak perasan yang tindakan kita membuatkan kawan-kawan jadi tidak senang. - GAMBAR HIASAN/YAN KRUKAU (Pexels)

    ANDA ada pengalaman disisih rakan sepejabat? Masuk saja pejabat, orang kiri kanan menjeling dan mencebik sedangkan anda tak ada buat salah apa.

    Kalau terjadi, mungkin ada salah yang anda buat, cuma tak perasan. Kadang-kadang ada sikap atau tabiat yang kita fikir tak ada masalah tapi sebenarnya mengguris hati kawan atau lebih teruk lagi, buat orang menyampah pada kita.

    Sebab itu penting untuk kita cermin diri. Semak semula sikap dan tabiat sendiri. Lebih penting lagi, kalau kita tahu ada buat silap, ringankan mulut untuk minta maaf dan berubahlah.

    Untuk mudahkan lagi proses cermin diri anda itu, Relevan senaraikan 12 tabiat yang boleh buat rakan sepejabat menyampah dengan anda. Semak satu-satu, mana tahu ada terlekat juga sikap ini pada diri anda.

    • Datang lambat

    Sudahlah selalu datang lambat, bila sampai buat macam tak ada salah apa. Hubungan rakan sekerja, antara lain, berdiri pada asas hormat-menghormati. Kalau berkali-kali anda tidak menepati masa, itu bermakna anda tidak hormat pada masa orang lain.

    Kalau sudah tiada hormat, pastilah akan ada yang membenci. Tambahan lagi kalau kelewatan anda menyukarkan kerja rakan lain. Macam yang selalu dipesan orang tua – hidup jangan menyusahkan orang.

    • Makan atas meja

    Kadang-kadang kawan tak kisah kalau anda pilih untuk makan di meja kerja. Orang pun faham, anda nak cepat sebab kerja banyak. 

    Tapi kalau makanan itu jenis yang berbau kuat, janganlah makan di meja. Selamba kunyah petai dan jering di sebelah kawan yang tengah berusaha nak faham emel dari sumber manusia. Mana tak kawan itu marah?

    • Yang busut dikata gunung

    Kawan-kawan yang merungut tentang sikap bos atau polisi syarikat itu normal. Tapi kalau sepanjang hari mahu merungut, malah segala cadangan dan polisi syarikat ditentang semberono, susah juga nak dibuat kawan.

    Orang sebegini suka membesarkan masalah. Hal kecil diperbesar dan rungutannya meleret-leret. Sikap negatifnya itu boleh berjangkit, jadi berhati-hati.

    ARTIKEL BERKAITAN: Manusia-manusia toksik di tempat kerja

    • Mat soalan

    Satu cadangan orang beri, 20 soalan kita tanya. Kalau soalan itu ditanya dengan niat baik dan tersusun, tak apa. Ini bertanya sekadar mahu mempertikai.

    Orang sebegini biasanya hanya mahu cari alasan untuk tidak melaksanakan tugasan atau cadangan. Atau, lebih teruk lagi, hanya mahu dilihat pandai dengan soalan-soalannya yang caca marba.

    • Selekeh dan busuk

    Ini asas. Pastikan kita jaga penampilan, kekemasan dan bau badan. Kalau semua ini tidak dijaga, tak perlu tunggu rakan sekerja, kita berselisih di tepi jalan pun orang dah pandang semacam.

    Di pejabat lebih penting. Bukan saja kekemasan diri, meja kerja pun perlu selalu kemas dan teratur. Lepas makan di pantri, jangan biarkan meja comot dengan kotoran. Sampah juga jangan dibiarkan bersepah.

    • Suka menyampuk

    Penting untuk kita sedar diri apabila berinteraksi dengan kawan-kawan. Jangan semua hal nak kita sibukkan.

    Pantang nampak kawan-kawan bersembang, laju saja kita jenguk muka nak bersembang sekali. Waktu orang tengah bercakap, asal boleh mahu menyampuk.

    Elakkan sikap sebegini, nanti orang benci.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 ciri bos yang teruk

    • ‘Profesor’ serba tahu

    Dari isu politik, perubatan, teknologi, ekonomi hingga sukan, semua ilmu kita tapau. Kalau pun betul anda tahu banyak benda, tak perlu beritahu semua orang. Pamerkan pengetahuan anda hanya pada waktu yang sesuai.

    Apabila dilihat tahu semua benda, sesetengah orang rasa takut untuk berbual dengan kita. Mereka rasa rendah diri atau mungkin, rasa semak dengan syarahan yang tak kena tempat. Maka, berpada-padalah.

    • ‘Terpaling’ politik

    Memang politik itu pengetahuan am yang penting tapi kalau di pantri cerita politik, di meja kerja cerita politik, dalam mesyuarat pun cerita politik; susahlah.

    Simpan kecenderungan politik anda pada diri sendiri. Tak perlu dalam setiap saat kita cuba nak rekrut kader politik baharu di pejabat. 

    • ‘Terpaling’ fesyen

    Pejabat bukan pentas fesyen. Cukuplah kita berpakaian kemas, sesuai dan sedap mata memandang. Kalau kawan pakai seluar yang tak kena warnanya dengan baju, tak apalah. Tak perlu kritik bersungguh.

    Apatah lagi kalau kritikan itu termasuk pada wajah atau bentuk badan. Kalau kawan itu berat badannya terlebih, cukuplah kita mencadangkan rejim senaman atau diet yang sesuai secara sederhana.

    Jangan diulang-ulang yang kawan itu gemuk; dia tahu dia gemuk.

    ARTIKEL BERKAITAN: 11 ciri pekerja bermasalah

    • Bising

    Banyak kerja yang memerlukan fokus dan suasana yang tenang. Kadang-kadang, ada kawan yang mahu berbincang sesuatu. Sebab itu buka lagu Dream Theater kuat-kuat di meja anda itu bukan idea yang baik.

    Begitu juga apabila kita berbual dan bergurau. Tak perlu cakap kuat-kuat macam mahu satu pejabat dengar.

    • Berpuak

    Akuilah, ini amalan zaman sekolah. Dah tua-tua ini, anak pun dah bersusun, tak perlulah lagi nak berpuak-puak di pejabat.

    Mempunyai lingkaran kawan rapat di pejabat itu tidak salah tapi jangan amalkan sikap berpuak. Maknanya, sikap tidak mahu bergaul dan sering bersangka buruk dengan orang di luar lingkaran. Sikap itu yang perlu dibuang jauh-jauh.

    • Kera sumbang

    Ini sensitif sikit sebab ada orang yang sikapnya memang introvert dan kurang bercampur orang. Tak apa sebenarnya kalau anda memang ada kekok sosial sebegitu.

    Yang menjadi masalah apabila setiap aktiviti bersama di pejabat tidak disertai, malah sembang-sembang biasa juga anda tidak terlibat. Sampaikan tiada langsung orang yang boleh dianggap kawan di pejabat, itu masalah. – RELEVAN

    Previous ArticleBeli kereta baharu atau kereta terpakai? 
    Next Article Prof. Dr. Rosylin wanita paling berpengaruh dalam perniagaan dan kewangan Islam

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.