Facebook Twitter
    Trending
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    • Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026

      6 petua hapus masalah ‘bed bugs’

      June 17, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 3 cara semak keputusan SPM pada 8 Jun ini

    3 cara semak keputusan SPM pada 8 Jun ini

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 7, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEPUTUSAN SPM 2022 boleh disemak mulai 8 Jun ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DEBARNYA akan berakhir. Pada 8 Jun ini, seramai 403,637 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan mengetahui keputusan masing-masing.

    Pasti ramai yang teruja menanti keputusan tersebut, baik calon sendiri mahupun ibu bapa dan keluarga. 

    Walaupun bukan penentu tunggal, keputusan SPM yang baik boleh membuka banyak peluang berharga. Keputusan yang baik memberikan markah merit yang tinggi kepada calon, seterusnya mencerahkan peluang mereka untuk berjaya dalam permohonan Unit Pusat Universiti (UPU).

    ARTIKEL BERKAITAN: Buat lepasan SPM, ikuti langkah ini sebelum buat permohonan UPU

    Sebelum berkira-kira jangkaan keputusan yang akan diperolehi, pastikan anda tahu terlebih dahulu cara untuk menyemak keputusan SPM.

    Berikut Relevan senaraikan tiga langkah untuk menyemak keputusan SPM, seperti yang dikongsikan Kementerian Pendidikan sebelum ini.

    • Semakan fizikal

    Untuk calon sekolah, mereka boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi, 8 Jun 2023. 

    Ini cara yang paling popular kerana ketika inilah calon-calon dapat bertemu semula rakan-rakan dan guru-guru setelah terpisah seusai tamat peperiksaan.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang perlu dibuat selepas menerima keputusan SPM?

    Untuk calon persendirian pula, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

    • Semakan dalam talian

    Calon boleh melayari pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Laman itu boleh digunakan bermula pukul 10 pagi pada 8 Jun 2023 hingga 6 petang pada 14 Jun 2023.

    Ini sesuai untuk calon yang berjauhan dari sekolah pada tarikh pengumuman keputusan. Masa yang lama juga diberikan kepada calon untuk menyemak keputusan mereka, iaitu hampir seminggu.

    • Semakan SMS

    Mahu lebih mudah, guna sahaja sistem pesanan ringkas (SMS). Anda hanya perlu taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 

    Anda hanya akan menerima ringkasan keputusan melalui cara ini. Untuk slip penuh, anda perlu hadir ke sekolah atau semak melalui pautan laman web.

    Sistem semakan secara SMS akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 8 Jun 2023 sehingga pukul 6 petang pada 14 Jun 2023. – RELEVAN 

    Previous ArticleAlternatif tenaga solar di Malaysia, lebih jimat wang
    Next Article Mengimbas keputusan SPM 2021

    Artikel berkaitan

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026

    Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.