Facebook Twitter
    Trending
    • Elok untuk bersenam pada waktu malam?
    • Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elok untuk bersenam pada waktu malam?

      April 20, 2026

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Alternatif tenaga solar di Malaysia, lebih jimat wang

    Alternatif tenaga solar di Malaysia, lebih jimat wang

    By Umi FatehahJune 7, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    JIMAT pembayaran bil elektrik dengan tenaga solar. - GAMBAR HIASAN MARKUS WINKLER/UNSPLASH

    HAMPIR semua orang tertekan dengan bayaran bil elektrik setiap bulan, lebih-lebih lagi kini negara kita mengalami cuaca yang sangat panas sehingga meningkatkan penggunaan penyaman udara.

    Tahukah anda, selain mematikan plag selepas digunakan, ada lagi cara lain yang dapat menjimatkan bil elektrik dalam jangka masa panjang?

    Selain bagus untuk alam sekitar, penggunaan tenaga solar juga dapat menjimatkan bil elektrik di rumah. 

    Di Malaysia, pilihan untuk menggunakan tenaga solar mungkin keputusan yang bermanfaat. Hal ini kerana kedudukan negara di garisan khatulistiwa menyebabkan kita menerima sinaran matahari hampir sepanjang tahun.

    Kebaikan menggunakan panel solar

    Jadi, adakah panel solar sebenarnya menjimatkan wang? Jika benar, berapa banyak wang pula dapat dijimatkan? 

    Jawapannya, ya! Ia akan menjimatkan wang. Sebelum itu, perlu diingatkan bahawa sebelum dapat menjimatkan wang, anda perlu menyediakan sejumlah wang pendahuluan untuk proses pembelian dan pemasangan panel solar.

    Anggap saja ia sebagai satu pelaburan. Anda perlu mendahulukan sejumlah wang mengikut keperluan untuk pemasangan panel solar. Kemudian, anda boleh menjimatkan wang untuk bil elektrik dalam jangka masa panjang.

    Sekiranya panel solar yang dipasang cukup besar, anda mungkin dapat menjana tenaga elektrik yang mencukupi untuk seluruh rumah dan menjual lebihan itu kembali ke grid di bawah skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM) di Malaysia. 

    Secara purata, sebuah rumah boleh menjimatkan antara RM40,000 dan RM125,000 sepanjang hayat sistem panel solar anda.

    Di samping itu, apabila anda memasang sistem panel solar di hartanah, ia akan menambah nilai hartanah tersebut di pasaran.

    Sebagai contoh, jika anda merancang untuk menjual rumah dilengkapi dengan sistem panel solar, pembeli akan sanggup membayar harga yang lebih tinggi. Hal ini kerana mereka mengetahui ia akan menguntungkan kerana tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi setiap bulan.

    Faktor perlu diambil kira sebelum memasang panel solar

    Terdapat beberapa faktor perlu diambil kira sebelum membuat keputusan untuk memasang panel solar di rumah.

    1. Penggunaan tenaga

    Untuk mengetahui jenis sistem panel solar yang diperlukan, kaji bil elektrik bulanan untuk mengetahui jumlah elektrik yang digunakan oleh isi rumah anda secara tetap.

    1. Corak penggunaan tenaga

    Mengetahui apabila anda menggunakan sistem panel solar anda adalah penting. Apabila panel solar memenuhi semua keperluan kuasa, anda tidak bergantung pada grid dan tidak membayar elektrik pada waktu tersebut. 

    Sebaliknya, jika anda menggunakan kurang tenaga daripada yang dihasilkan, anda boleh memberitahu grid dan menerima kredit pada bil berdasarkan feed-in tariff (FiT).

    1. Feed-in tariff

    Feed-in tariff (FiT) ialah skim yang membolehkan anda menjana elektrik sendiri untuk dijual kepada grid.

    FiT di Malaysia bergantung pada syarikat yang memasang panel solar. Jadi, pastikan anda bertanya kepada mereka sebelum memasang sebarang sistem tenaga solar.

    Kadar FiT di Malaysia dikatakan agak memberangsangkan terutamanya untuk photovoltaic (PV). Kebiasaannya, mereka akan menggariskan pelbagai jumlah bonus yang dikenakan jika penjana memenuhi kriteria tertentu.

    1. Saiz panel solar

    Lebih besar panel tenaga solar, lebih banyak tenaga yang dijana. Justeru, lebih banyak wang yang anda boleh jimatkan dari semasa ke semasa. Memandangkan sistem panel solar lebih besar akan menelan kos yang lebih tinggi, pastikan anda tahu kuasa atau bil elektrik seluruh isi rumah bagi menentukan saiz panel solar.

    1. Lokasi

    Satu lagi aspek yang perlu dipertimbangkan ialah lokasi rumah. Di Malaysia, boleh dikatakan matahari bersinar sepanjang tahun. Tetapi, penerimaan sinar matahari mungkin berbeza bergantung kepada kawasan.

    Sekiranya lokasi rumah tidak menerima sinaran matahari dengan banyak, anda mungkin hanya memerlukan panel solar yang kecil sahaja atau ia mungkin tidak akan menjimatkan bil elektrik dengan ketara. – RELEVAN

    Previous Article30 rakyat England bakal terima RM9,000 sebulan secara percuma
    Next Article 3 cara semak keputusan SPM pada 8 Jun ini

    Artikel berkaitan

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026
    Artikel Terkini

    Elok untuk bersenam pada waktu malam?

    April 20, 2026

    Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

    April 20, 2026

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.