Facebook Twitter
    Trending
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    • 10 makanan pencetus migrain
    • 1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023

      5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

      September 14, 2023

      Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

      September 14, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengimbas keputusan SPM 2021

    Mengimbas keputusan SPM 2021

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 7, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADAKAH keputusan keseluruhan SPM 2022 lebih baik berbanding pencapaian tahun sebelumnya? - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    CALON Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan memperolehi keputusan masing-masing pada 8 Jun ini.

    Pada tahun tersebut, seramai 403,637 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,355 pusat peperiksaan di seluruh negara dan seramai 131,318 petugas peperiksaan telah dilantik.

    Calon SPM 2022 merupakan kohort kedua yang menggunakan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). 

    Kurikulum tersebut memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran abad ke-21 seperti komunikasi, kolaboratif serta pemikiran dan kreatif, selaras dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

    Menjelang pengumuman keputusan SPM, pasti ramai yang tertunggu-tunggu angka-angka utama yang akan diumumkan, seperti jumlah calon yang memperoleh semua A, Gred Purata Nasional (GPN) dan sebagainya. 

    Sebelum kita meneliti angka-angka utama itu nanti, Relevan mahu mengimbas semula keputusan yang dicapai calon SPM 2021, iaitu kohort pertama yang menggunakan KSSM. Barulah mudah untuk kita bandingkan dengan keputusan terbaharu.

    Berikut merupakan empat indikator utama keputusan SPM 2021:

    • 9,696 calon dapat semua A

    Seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon SPM 2021 memperoleh keputusan semua A manakala 71,842 atau 18.80 peratus lagi mendapat keputusan sekurang-kurangnya kepujian.

    Calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus sementara 125,454 atau 32.83 peratus merupakan calon yang gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran.

    Terdapat 382,156 atau 88.09 peratus calon layak  menerima sijil (lulus Bahasa Melayu dan Sejarah).

    • 56,207 gagal dapat sijil

    Seramai 56,207 calon SPM 2021 gagal mendapat sijil. Jumlah itu merangkumi 10,681 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan dan 45,526 calon yang menduduki peperiksaan tetapi gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya.

    • Gred Purata Nasional

    GPN bagi SPM 2021 mencatatkan penurunan kepada 4.86 berbanding 4.80 bagi SPM 2020.

    • Analisis Prestasi Mata Pelajaran

    Bagi SPM 2021, pelaporan Analisis Prestasi Mata Pelajaran dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu 27 mata pelajaran baharu, 48 mata pelajaran sedia ada dengan format baharu dan 20 mata pelajaran sedia ada dengan format sedia ada.

    Format SPM 2021 merangkumi 95 mata pelajaran, 180 kertas peperiksaan, 68 mata pelajaran sedia ada dan 27 mata pelajaran baharu. – RELEVAN

    featured pendidikan sekolah spm
    Artikel Terkini

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023

    Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

    September 19, 2023

    Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.