Facebook Twitter
    Trending
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda

    Bangkit dari pandemik, bina semula simpanan anda

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Pixabay (Pexels)

    SEJAK pandemik Covid-19 melanda negara, bukan sahaja kesihatan dan keselamatan rakyat terjejas, malah ia memberikan impak negatif kepada kewangan peribadi rakyat.  Hal ini kerana, pada peringkat awal pandemik, ramai individu yang kehilangan punca pendapatan dan hidup dalam kesengsaraan kerana tiada wang simpanan yang mencukupi.

    Menurut bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin, kira kira 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan sejak pandemik melanda.  

    Kini, kita sedang menuju ke fasa endemik yang bermakna, kita akan terus hidup bersama Covid-19. Dalam fasa peralihan ke endemik ini, ramai yang menghadapi kesusahan sebelum ini cuba mengatur langkah untuk memperkukuh kedudukan kewangan mereka semula.

    Melihat kepada impak pandemik terhadap kewangan peribadi rakyat, Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Laporan Tahunan 2021 berkongsi lima langkah membina semula simpanan anda untuk menjalani kehidupan yang lebih terjamin.

    • Beri keutamaan untuk menyediakan dana kecemasan

    Bagi menyediakan dana kecemasan, anda perlu merangka keperluan perbelanjaan untuk mengelakkan terlebih belanja.  Asingkan wang yang secukupnya untuk perbelanjaan seperti keperluan harian, pendidikan atau keperluan kesihatan.  

    Setelah mengasingkan keperluan perbelanjaan, mulakan penyimpanan wang bermula dengan nilai kecil seperti RM10 setiap hari.  Pada awalnya, anda mungkin merasakan RM10 itu terlalu banyak untuk disimpan, tetapi apabila memikirkan jaminan kesenangan masa hadapan, anda pasti akan lebih bermotivasi.  Selepas beberapa minggu menyimpan RM10 setiap hari, tingkatkan kepada RM15 dan seterusnya mengikut kemampuan masing-masing. 

    Ingat, sikit-sikit lama lama jadi bukit.

    • Wujudkan dana terikat

    Anda perlu merancang dan menyenaraikan perbelanjaan sekali gus isi rumah, perbelanjaan luar kebiasaan dan perbelanjaan spesifik.  Jika sudah berkeluarga, bincang dengan pasangan dan ahli keluarga masing-masing berkaitan peruntukan semua perbelanjaan.  

    Perangkaan keperluan boleh dilakukan secara bulanan atau mingguan.  Sebagai contoh, asingkan RM1,000 untuk perbelanjaan barang keperluan dapur dan rumah setiap bulan.  Ini bagi memastikan anda berbelanja dalam had yang sudah ditentukan dan boleh mengelakkan perbelanjaan yang tidak penting.

    • Rekodkan perbelanjaan anda

    Lestarikan tabiat merekod semua perbelanjaan dalam diri.  Anda boleh menggunakan lembaran kira-kira atau meletakkan peruntukan mengikut sampul sebelum berbelanja.  

    Apabila anda merekodkan perbelanjaan, anda dapat mengenal pasti aliran keluar masuk wang.  Sekecil-kecil perbelanjaan seperti membeli sebuku roti juga perlu direkodkan bagi mengelakkan kecelaruan ketika anda melakukan kira-kira kewangan.  

    • Berbelanja mengikut kemampuan anda

    Semasa berbelanja, dahulukan keperluan berbanding kehendak.  Jangan lupa untuk lakukan perbandingan harga seiring dengan kualiti untuk mengelakkan perbelanjaan melebihi kemampuan.  

    Sekiranya mempunyai hasrat untuk berbelanja barangan kehendak, pastikan barangan keperluan sudah cukup.  Jangan terlalu ikutkan nafsu ketika berbelanja.  Kelak, menyesal di kemudian hari tiada gunanya lagi.  

    • Manfaatkan aplikasi digital

    Kemajuan teknologi seiring dengan inovasi kreatif manusia telah mendorong kepada penciptaan aplikasi untuk merekod segala perbelanjaan.   Dapatkan aplikasi kewangan di Play Store atau App Store.  

    Ada juga antara aplikasi sebegini yang mampu meramal tabiat pengguna.  Ramalan ini akan membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang lebih baik dan tidak akan berbelanja lebih daripada bajet yang ditetapkan.

    Kini, tiada alasan untuk tidak mahu rekod perbelanjaan, teknologi sudah memudahkan urusan kehidupan kita dan segalanya di hujung jari sahaja!

    Ada kalanya, anda mungkin akan terlebih berbelanja sekali-sekala. Perkara ini sering berlaku walaupun terhadap mereka yang mempunyai perancangan hal ehwal kewangan.  Jangan patah semangat, kembali ke trek pengurusan kewangan dan perbaiki kesilapan demi kesejahteraan hidup pada masa hadapan. – RELEVAN

    featured kewangan pandemik simpanan
    Artikel Terkini

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.