Facebook Twitter
    Trending
    • Lukisan potret realistik dengan api
    • Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?
    • 175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam
    • 7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  
    • 1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam
    • 379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital
    • 5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan
    • Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

      February 7, 2023

      7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

      February 6, 2023

      1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

      February 5, 2023

      379 pesakit Covid-19 dirawat di hospital

      February 4, 2023

      Tiada kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 3, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Lukisan potret realistik dengan api

      February 7, 2023

      Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

      February 7, 2023

      5 lagu tempatan yang diinspirasikan dari kisah benar misteri dan menyedihkan

      February 3, 2023

      Kesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak

      February 1, 2023

      Pertanian bandar semakin popular, jamin bekalan makanan

      February 1, 2023
    • Kerjaya

      Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

      February 1, 2023

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Simpanan dan pelaburan untuk hari tua

    Simpanan dan pelaburan untuk hari tua

    By Zubaidah IbrahimMarch 22, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: jcomp - www.freepik.com

    MENABUNG untuk hari tua bertambah sukar dengan peningkatan kos sara hidup. Kenaikan barangan keperluan asas, bahan api dan pelbagai bil menyebabkan masyarakat berhadapan masalah untuk menabung serta melabur dengan pulangan yang baik.

    Pasaran saham juga berisiko mengalami kejatuhan. Kadar faedah atau perkongsian keuntungan menerusi simpanan di bank turut terdedah kepada risiko turun naik yang ditentukan oleh kadar asas pinjaman (BLR). Semua ini akan menjejaskan pelan persaraan seseorang. 

    Pengeluaran berterusan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) juga mengurangkan simpanan hari tua malah, simpanan KWSP sebanyak RM10,000 akan menjadi RM50,000 dalam tempoh 30 tahun.

    Cabarannya ialah mencari cara terbaik meningkatkan pulangan bagi setiap ringgit serta mencari instrumen yang memberi pulangan baik supaya anda tidak hidup melarat selepas persaraan.

    Secara asas, menabung untuk hari tua adalah wajib. Setiap individu mesti mempunyai pelan simpanan hari tua. Pelan simpanan persaraan akan membantu anda berdepan dengan sebarang kemungkinan.

    Walaupun terdapat banyak sumber dan pakar yang dapat merangka pelan persaraan masing-masing. Namun, empat perkara yang perlu dirancang dalam pelan kewangan hari tua adalah seperti berikut: 

    1. Jumlah wang diperlukan selepas anda bersara?

    Setiap individu harus memikirkan cara hidup yang dikehendaki selepas bersara. Ini termasuklah:

    Di mana anda mahu menetap?

    Adakah anda mahu memiliki kediaman sendiri?

    Adakah anda sudah berkahwin, kekal tidak berkahwin atau bercerai?

    Adakah anda mempunyai tanggungan ketika itu? 

    Keadaan kesihatan ketika itu?

    Secara kasar, seseorang membelanjakan 60 hingga 85 peratus pendapatan untuk menyara kos sara hidup dan perbelanjaan isi rumah pada masa ini. Ketika menghampiri usia persaraan, peratusan perbelanjaan akan menurun kerana pendapatan seseorang telah meningkat berbanding 20 tahun lalu selain komitmen kewangan berkurangan pada lanjut usia.

    2. Jangan lupa inflasi

    Inflasi adalah musuh utama kepada nilai setiap ringgit. Kenaikan harga barangan dan inflasi. RM10 hari ini mungkin membolehkan anda membeli tujuh barangan tetapi, pada 20 tahun akan datang dengan amaun sama hanya dapat membeli tiga barang.

    Untuk menikmati hidup selesa seperti 20 tahun lalu, seseorang itu harus mempunyai lebih banyak wang. Secara kasar, barangan keperluan mencatatkan kenaikan purata tahunan antara tiga hingga empat peratus. Jadi, nilai RM10 akan berkurangan dalam kuasa membeli.

    3. Apa yang mahu dibelanjakan pada masa depan?

    Jangka hayat rakyat Malaysia semakin meningkat. Ini bermakna seseorang akan hidup lebih lama dan memerlukan sejumlah wang selepas bersara. Oleh itu, adalah baik seseorang pada usia lebih muda mempunyai perancangan tabungan untuk tujuan tertentu seperti pembelian rumah, kereta atau pendidikan anak-anak.

    Ia akan memastikan tabungan selepas bersara dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dan cara hidup ketika itu. Wang persaraan tidak boleh digunakan untuk tujuan pembelian barang “besar” atau big ticket items.

    4. Mengira jumlah yang diperlukan setiap bulan 

    Selepas membuat perkiraan “bakul perbelanjaan” ketika bersara atau pada hari tua, contohnya, untuk setiap bulan, maka seseorang itu harus berusaha mencapai jumlah itu. Perkiraan itu juga harus mengambil kira peratus inflasi setiap tahun contohnya, 3.5 peratus setiap tahun.

    Secara kasar, untuk anda berbelanja RM2,000 sebulan selama 20 tahun selepas bersara, anda memerlukan simpanan ketika bersara berjumlah kira-kira RM691,600. Justeru, penting memastikan caruman KWSP sentiasa dipelihara.

    Kesimpulan, ramai mungkin berasa takut kerana jumlah wang yang besar diperlukan. Apa yang penting, ia masih tidak terlambat selagi anda menabung lebih awal.

    Pilih instrumen yang memberikan pulangan tertinggi, lebih tinggi daripada kadar inflasi dan berisiko rendah kerana ini adalah wang untuk hari tua. Jangan sesekali menggadaikan wang hari tua dalam skim pelaburan yang berisiko tinggi.

    Contohnya, RM200 setiap bulan dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB).

    Paling penting memulakan tabiat menabung sejak awal. Ia akan memastikan hari tua adalah masa untuk meraih manfaat daripada pengorbanan menabung ketika muda. – RELEVAN

    featured persaraan simpan duit
    Artikel Terkini

    Lukisan potret realistik dengan api

    February 7, 2023

    Mengapa Türkiye tidak lagi dipanggil Turki?

    February 7, 2023

    175 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

    February 7, 2023

    7 tip pilih kolagen dan cara amalkan untuk hasil terbaik  

    February 6, 2023

    1 kematian akibat Covid-19 dicatatkan semalam

    February 5, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.