Facebook Twitter
    Trending
    • Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan
    • Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023
    • 4 cara untuk mula membina kekayaan generasi
    • Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih
    • UKM juara Debat Perpaduan 2023
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

      September 27, 2023

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023
    • Pendidikan

      Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

      September 29, 2023

      Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

      September 28, 2023

      Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

      September 27, 2023

      UKM juara Debat Perpaduan 2023

      September 27, 2023

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menangani masalah mental dalam kalangan remaja

    Menangani masalah mental dalam kalangan remaja

    By Umi FatehahMarch 9, 2023Updated:March 10, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MENANGANI masalah mental dalam kalangan remaja. - GAMBAR HIASAN GADIEL LAZCANO/UNSPLASH

    KITA sering mengingati zaman kanak-kanak sebagai tempoh emas. Kita bebas daripada apa sahaja kebimbangan kerana pada tempoh ini, belum sampai waktunya untuk menggalas beban dan tanggungjawab dewasa.

    Walau bagaimanapun, generasi hari ini sedikit berbeza dengan generasi kanak-kanak zaman dahulu. Di seluruh dunia, ramai remaja menghadapi masalah kesihatan mental. 

    Menurut Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef), kira-kira 86 juta remaja berumur lingkungan 15 hingga 19 tahun mempunyai masalah kesihatan mental yang didiagnosis dan 50 peratus daripada mereka mula mengalaminya seawal usia 14 tahun. Manakala 75 peratus bermula sebelum mereka mencapai usia pertengahan 20-an. 

    Apa yang membimbangkan ialah masalah kesihatan mental ini menyerang semasa remaja-remaja ini sedang dalam kemuncak akademik mereka, meliputi tahun- tahun dari sekolah menengah hingga ke universiti.

    Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan mendapati kebanyakan masalah kesihatan mental tertinggi berlaku dalam kalangan mereka yang berumur antara 16 hingga 19 tahun dengan 18.3 peratus mengalami kemurungan dan 10 peratus terfikir untuk membunuh diri (suicidal thoughts). 

    Apa yang lebih membimbangkan ialah kes- kes sebegini menunjukkan peningkatan berterusan. Bermula dengan 10.6 peratus pada 1996 dan meningkat kepada 29.2 peratus pada 2015 dalam kalangan mereka yang berusia 16 tahun ke atas.

    Terdapat beberapa faktor dikaitkan dengan peningkatan kes ini termasuk pengangguran, masalah kewangan, konflik keluarga, isolasi sosial dan pendedahan kepada keganasan atau trauma.

    Selain itu, peningkatan penggunaan media sosial dan internet juga dikaitkan dengan kesihatan mental yang buruk pada remaja dengan peningkatan buli siber, perbandingan sosial dan jangkaan tidak realistik yang menyumbang kepada perasaan kecemasan dan kemurungan. 

    Penting untuk diakui bahawa masalah kesihatan mental pada orang muda bukanlah tanda kelemahan atau kegagalan. Ia adalah keadaan kompleks yang boleh memberikan kesan yang besar terhadap prestasi akademik, hubungan sosial dan keseluruhan kualiti hidup. 

    Oleh itu, adalah penting bagi remaja yang mengalami gejala ini untuk mendapatkan sokongan dan rawatan yang diperlukan. Meskipun ramai yang memberi kesedaran dan pelbagai saluran sokongan disediakan ketika negara dilanda pandemik, masih terdapat pelbagai halangan untuk mereka mendapatkan rawatan.

    Antaranya termasuk kurang pemahaman tentang masalah kesihatan mental, rasa takut terhadap stigma sosial atau rasa malu, kurang sokongan sosial dan kesulitan untuk mendapatkan perkhidmatan profesional. 

    Bagi pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara, ia mungkin menjadi suatu masalah yang lebih besar. 

    Bagi mengatasi masalah ini, IMU bekerjasama rapat dengan sekolah-sekolah bagi memastikan sokongan dan penjagaan yang menyeluruh bagi kesejahteraan pelajar mereka.

    Selain itu, mereka juga memberikan panduan tentang realiti yang dihadapi oleh pelajar mereka yang menjalankan kehidupan universiti di luar negara. 

    Menurut IMU, sokongan boleh datang dalam bentuk inisiatif yang dipimpin oleh pelajar seperti sokongan rakan sebaya apabila pelajar-pelajar terkesan menghubungi satu sama lain dan sesi kaunseling dengan penyelia akademik atau penasihat profesional.

    Mengenali tanda amaran merupakan langkah pertama. Langkah seterusnya ialah menawarkan sokongan kepada mereka yang sedang menghadapi masalah. Kaunselor Unit Pembangunan Kendiri IMU mengatakan bahawa mendengar kata hati adalah sangat penting. 

    Menurut Kaunselor Unit Pembangunan Diri IMU, beberapa perubahan tingkah laku yang perlu diperhatikan ialah seperti pola tidur terganggu. Ini mungkin termasuk kesukaran untuk tidur atau terjaga, terjaga di tengah-tengah malam atau tidur yang berlebihan.

    Selain itu, gangguan emosi seperti sangat sensitif, mudah terganggu atau marah. Sekiranya sering berasa kepenatan yang berterusan, ia juga mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan mental. 

    Di samping itu, kebiasaannya mereka akan mengasingkan diri daripada bersosial. Seseorang itu mungkin mengelak atau menarik diri dari aktiviti sosial, kurang aktif, sangat diam atau tidak ikut serta apabila berada dalam kumpulan sosial. Mereka juga mungkin mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain.

    Sokongan yang boleh diberikan

    • Notice/Perhatikan – beritahu orang itu perkara yang anda perhatikan yang membimbangkan anda, seperti ‘Saya perasan bahawa anda tidak banyak makan/tidur kebelakangan ini’
    • Express concern/Nyatakan kebimbangan – beritahu bahawa anda bimbangkan mereka. Berikan ruang dan privasi untuk mendengar apa yang mereka mahu katakan dan beri sokongan dalam apa jua cara seperti “Saya bimbangkan awak. Apakah yang berlaku? Saya di sini untuk awak”.
    • Connect/Sambungkan mereka kepada individu yang boleh membantu – cadangkan orang atau sumber di mana mereka boleh mendapatkan bantuan yang diperlukan atau tawarkan untuk menemani mereka apabila mereka bersedia untuk mendapatkan bantuan profesional. – RELEVAN
    featured IMU kemurungan kesihatan kesihatan mental mental remaja
    Artikel Terkini

    Menjuri debat: Pusingan akhir Debat Perpaduan 2023 di mata Relevan

    September 29, 2023

    Intipati perdebatan pusingan akhir Debat Perpaduan 2023

    September 28, 2023

    4 cara untuk mula membina kekayaan generasi

    September 27, 2023

    Televisyen terkecil di dunia, dilengkapi ciri teknologi canggih

    September 27, 2023

    UKM juara Debat Perpaduan 2023

    September 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.