Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 azam tahun baharu untuk berjaya dalam kerjaya

    10 azam tahun baharu untuk berjaya dalam kerjaya

    By Umi FatehahDecember 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa kata anda cuba wujudkan azam tahun baru dalam aspek kerja pula. Dalam pekerjaan juga perlukan kemajuan, bukan? - GAMBAR HIASAN UNSPLASH

    RAMAI yang berazam untuk memperbaiki diri dalam beberapa aspek pada tahun baharu. Antaranya ialah ingin menurunkan berat badan, menyimpan lebih banyak wang atau mahu menamatkan pelajaran dengan keputusan yang cemerlang.

    Kesemua azam yang disebutkan di atas tidak salah, tetapi apa kata anda cuba wujudkan azam tahun baru dalam aspek kerja pula. Dalam pekerjaan juga perlukan kemajuan, bukan?

    Setiap penambahbaikan perlu dilakukan secara berperingkat, mulakan dengan yang lebih mudah untuk dicapai sehingga kemajuan lebih besar. 

    Namun, penetapan matlamat baharu untuk kerjaya merupakan satu proses yang agak kompleks dan memerlukan perancangan lebih teliti. Berikut ialah 10 azam baharu dalam aspek kerjaya buat panduan anda seperti yang dikongsikan di Forbes.

    • Datang lebih awal ke pejabat

    Ciri utama individu yang beretika dan profesional dalam bekerja ialah menepati masa. Individu yang jarang menepati masa sering mempunyai naratif yang negatif serta dianggap sebagai kurang berprofesional. 

    Justeru, jadikan menepati masa sebagai azam utama dalam aspek kerjaya untuk menjadi individu yang lebih baik.

    • Jadi orang yang lebih teratur

    Menjadi lebih teratur membolehkan anda menjadi efisien, produktif dan fokus dalam melakukan tugasan. Mulakan dengan menyusun setiap dokumen di dalam fail yang betul dan kemaskini senarai tugasan yang perlu diselesaikan.

    Anda bukan sahaja akan menjadi lebih teratur, tetapi masa dan tenaga juga dapat dijimatkan kerana tidak perlu lagi menggeledah seluruh pejabat atau komputer untuk mencari dokumen yang diperlukan. 

    Tiba sahaja di pejabat, rancang terlebih dahulu tugasan yang perlu dilakukan dalam sehari dan selesaikan satu per satu. Pasti hari anda akan menjadi lebih teratur dan kurang tertekan.

    • Luaskan rangkaian

    Ringankan mulut untuk berkenalan dengan individu lain dalam industri. Siapa tahu, dalam 10 orang yang kita baharu sahaja berkenalan mungkin membuka pintu kepada tawaran pekerjaan yang lebih baik.

    • Sertai program sukarelawan

    Mungkin kaedah ini tidak sesuai bagi semua jenis pekerjaan, tetapi sekiranya anda berpeluang, bantu masyarakat dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki. 

    Sebagai contoh, jika anda bekerja dalam sektor pendidikan, terdapat banyak program yang menawarkan pendidikan percuma kepada anak-anak yang tidak mempunyai akses untuk menimba ilmu. 

    Anda akan berasa lebih berguna kerana dapat berbakti kepada masyarakat dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. 

    Cara ini juga membantu anda meluaskan rangkaian. Sekiranya bernasib baik, mungkin ada pihak yang ingin menaja program anda.

    • Minta maklum balas daripada majikan 

    Apabila anda telah menyelesaikan projek atau tugasan, cuba dapatkan 15 minit masa majikan dan dapatkan maklum balas daripada mereka. Melalui maklum balas yang diberikan, anda boleh tahu apa yang perlu ditambah baik untuk meningkatkan prestasi bekerja.

    Melalui cara ini, majikan akan melihat pekerjanya sebagai seorang yang komited ketika menyelesaikan tugasan dan berfikiran terbuka dalam menerima teguran serta mahu memperbaiki diri sendiri.

    • Belajar dan tingkatkan kemahiran baharu 

    Jika anda kekok menggunakan perisian seperti Microsoft Word dan Excel atau Adobe Photoshop, isi masa lapang dengan mempelajari dan meningkatkan kemahiran untuk menggunakan perisian tersebut.

    Salah satu cara untuk menonjolkan diri anda berbanding rakan sekerja lain ialah dengan sentiasa mengikuti kemahiran dan teknologi terkini yang berkaitan dengan bidang kerja.

    Setiap industri berkembang dengan cepat, jadi anda perlu mengikuti perkembangan untuk kekal relevan dan diperlukan dalam industri.

    • Banyakkan membaca

    Anda dinasihatkan untuk tahu akan perkembangan semasa dalam industri. Baca berita atau buku-buku berkaitan industri pekerjaan. Selain itu, dengar pendapat daripada pakar dalam industri juga. 

    Melalui cara ini, anda akan lebih cakna dengan isu-isu semasa dalam industri. Sebagai contoh, sekiranya industri pekerjaan anda tidak berkembang, masih ada ruang untuk menukar industri pekerjaan atau cari pekerjaan sandaran.

    • Jangan berdendam

    Sekiranya berlaku apa sahaja isu antara rakan sekerja, elakkan berdendam dengan mereka. Hal ini kerana sekiranya menyimpan dendam, ia akan menimbulkan isu politik dalaman dan membuatkan persekitaran bekerja yang negatif.

    Seeloknya, jangan berdendam. Sekiranya ia tidak berkaitan dengan urusan kerja, biarkan sahaja ia berlalu. Anda hanya perlu fokus pada tugasan yang diberikan dan lakukan kerja dengan cemerlang. 

    • Cari kaedah yang boleh bantu kurangkan tekanan

    Apabila anda kecewa atau tertekan tentang kerja, cuba cari perkara atau aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan. 

    Cuba lakukan regangan badan, berjalan-jalan, bersenam atau membaca. 

    Anda juga boleh menceburi hobi baharu seperti bermain alat muzik atau melukis. 

    Merujuk kepada kajian bertajuk Reduction of Cortisol Levels and Participants’ Responses Following Art Making, melakukan aktiviti yang melibatkan kreativiti boleh mengurangkan tekanan.  

    • Pantau perkembangan kerjaya

    Pemantauan perkembangan kerjaya penting kerana kita semua mahukan kemajuan dalam kerjaya. 

    Jadi, tetapkan matlamat yang boleh dicapai dalam masa sekurang-kurangnya sebulan seperti meningkatkan jumlah jualan, dapatkan klien yang lebih besar dan sebagainya. 

    Bukan sahaja anda akan mencapai tahap tertinggi dalam hierarki keperluan Maslow iaitu keperluan sempurna kendiri, tetapi majikan juga akan sedar kemajuan anda. Ini juga boleh menjadi peluang untuk anda dinaikkan pangkat. 

    Semoga apa sahaja yang anda tetapkan dalam azam tahun baharu dapat dicapai dengan jayanya. – RELEVAN

    Previous Article1,154 kes sembuh Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article EFT tapping legakan tekanan, anxiety dan PTSD

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.